19 lot tanah banglo yang terletak di Taman Universiti Jeli ini dengan keluasan tanah yang cukup berbaloi dengan harga jualan pasaran semasa. Harga hampir separuh lebih rendah dari harga pasaran semasa di kawasan ini. Jimat banyak jika dapatkan segera. Minima saiz tanah 5000 kaki persegi, sangat selesa untuk kediaman masing-masing. Lokasi tanah lot banglo Taman Universiti Jeli sangat strategik kerana terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Kelantan kampus Jeli. Lokasinya hanya 550m dari UMK Jeli dan 1.5km ke MRSM Jeli serta 5km ke Bandar Jeli menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk menetap disini. Anda boleh lihat banyak lagi lot tanah yang pastinya harga lebih murah dari pasaran luar. Jangan lepaskan peluang ini! Miliki Rumah Idaman Anda sekarang.
Lokasi tanah di Taman Universiti Jeli ini terdapat pelbagai juga kemudahan asas seperti Masjid, Sekolah, Hospital dan sebagainya. Selain daripada kemudahan asas, lokasi tanah Taman Universiti Jeli merupakan kawasan bebas banjir. Jadi tidak menjadi kerisauan kepada pelanggan untuk bina rumah di kawasan ini. Minima keluasan tanah adalah 5000 kaki persegi yang mana sangat sesuai untuk bina sebuah banglo keselesaan ahli keluarga. Rekabentuk rumah yang dibina mengikut lakaran 3D yang pilih oleh pelanggan sendiri. Kami juga menyediakan khidmat konsultansi secara percuma untuk bakal pelanggan yang ingin dapatkan maklumat lanjut tentang Pakej Tanah dan Bina Rumah.