This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

Pinjaman Kerajaan : Bahagian 1

//Pinjaman Kerajaan : Bahagian 1

Pinjaman Kerajaan : Bahagian 1

Saya sering menerima panggilan daripada bakal pelanggan bertanyakan tentang pengurusan Pinjaman Kerajaan (Government Loan) bagi membiayai perumahan mereka. Realitinya, lebih 90% pembiayaan perumahan kepada syarikat Mahligai Idaman adalah daripada pinjaman kerajaan. Situasi ini mungkin berbeza di negeri-negeri yang lain kerana di Kelantan dan Terengganu, syarikat-syarikat swasta boleh dibilang dengan jari menjadikan profesion berkaitan kerajaan contohnya perguruan, ketenteraan dan kejururawatan sebagai pekerjaan majoriti bagi penduduk di kedua-dua negeri ini. Ditambah pula dengan kadar faedah pinjaman kerajaan yang lebih rendah berbanding pinjaman persendirian (personal loan), maka tidak hairanlah kaedah pinjaman kerajaan ini menjadi pilihan majoriti.

Apabila memohon pinjaman kerajaan bagi membina rumah, ramai dalam kalangan pelanggan kami keliru tentang prosedur dan cara pinjaman itu diberikan.  Saya sering diajukan soalan seperti begini, “Saya layak untuk memohon pinjaman kerajaan sebanyak RM300,000. Bolehkah Mahligai Idaman menguruskan permohonan pinjaman kerajaan sebanyak RM300,000 untuk rumah berharga RM200,000? Saya ingin menggunakan baki beza RM100,000 untuk kegunaan lain”. Haaa….dalam bahasa kelantan cara begini diberi istilah ‘spelek’ (menipu). Jawapan saya adalah “Tidak tidak dan tidak”. Ada dua sebab kenapa ianya hampir mustahil dilakukan pertama adalah etika, dan kedua penilaian perumahan tidak dilakukan oleh kami atau mana-mana pemaju perumahan. Ok sebelum pinjaman kerajaan diluluskan, pelan perumahan perlu dihantar kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang merupakan agensi kerajaan bagi tujuan penilaian. Jabatan ini terdiri daripada pakar-pakar penilai yang bertanggungjawab memastikan pinjaman yang dipohon adalah selaras dengan harga pasaran bagi rumah yang ingin dibina. Dengan kata lain, kontraktor ataupun pemaju tiada kawalan tentang berapakah pinjaman yang akan diluluskan mereka. Jika tidak, saya pasti ramai antara kita yang akan menggunakan kemudahan pinjaman ini bagi tujuan lain…oh bad bad boy. Jangan mudah terperdaya jika ada individu atau pemaju yang mendakwa mereka boleh menguruskan over-claim bagi pinjaman anda, ianya salah di sisi undang-undang dan mustahil dilakukan.

Nota : Ketika artikel ini ditulis, penilaian kerajaan bagi sebuah rumah adalah sekitar RM100/kaki persegi.

Kongsikan :

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +