This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

Faktor Pemilihan Lokasi Rumah Kediaman

//Faktor Pemilihan Lokasi Rumah Kediaman

Faktor Pemilihan Lokasi Rumah Kediaman

Rumah kediaman adalah satu keperluan yang penting pada masa kini. Namun, seringkali kita terdengar rungutan daripada pihak pembeli yang menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap pemaju-pemaju yang sebahagian kecilnya gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka.Ada sebahagian pembeli yang mengadu bahawa pemilihan lokasi tapak tidak beberapa sesuai untuk mendirikan rumah.
Di sini kami telah menyediakan beberapa aspek penting dalam pemilihan lokasi rumah untuk rujukan anda.

1.    BENTUK MUKA BUMI
1.1    Tanah tinggi
-Pembinaan rumah di kawasan tanah tinggi ini mempunyai risiko yang tinggi.
-Struktur tanah perlulah dikaji terlebih dahulu untuk mengetahui kekuatan dan keadaan tanah tersebut.
-Pembinaan rumah di kawasan ini juga memerlukan kos yang tinggi untuk kerja-kerja pemotongan bukit dan menampal lereng-lereng bukit bagi mengelakkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh.
-Rumah yang sesuai dibina di kawasan ini adalah banglo dan kondominium.

1.2 Tanah pamah
-Pembinaan rumah di kawasan tanah pamah ini lebih mudah berbanding di kawasan tanah tinggi. Hal ini kerana, kawasan ini mempunyai tanah yang rata dan tidak berbukit.
-Selain itu, penghantaran bahan mentah juga boleh didapati lebih cepat.
-Pelbagai jenis kediaman sesuai didirikan di atas tanah ini.

2.    INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA
-Mempunyai kemudahan yang sedia ada seperti taman permainan, lampu jalan, lampu isyarat (bagi kawasan yang sibuk)  hentian bas dan lain-lain.
-Selain itu, lokasi tersebut hendaklah menyediakan perkhidmatan seperti bekalan air dan elektrik, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, pengangkutan awam dan banyak lagi.
-Perhubungan dan komunikasi juga perlulah lengkap dengan menyediakan jalan raya, telefon awam dan sebagainya.
-Bayangkan kawasan rumah anda dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana ini, sudah tentu aktiviti harian anda akan menjadi lebih mudah.

3.     KESELAMATAN
-Dalam pemilihan lokasi ini juga keselamatan juga salah satu pekara penting yang perlu dititikberatkan.
-Rumah kediaman anda lebih selamat apabila berdekatan dengan balai polis, balai bomba dan agensi lain. Masa perjalanan dapat disingkatkan apabila berlaku kes-kes seperti pecah masuk rumah, kebakaran dan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku.
-Kawasan kejiranan juga dapat memastikan keselamatan anda terjamin.

4.    ESTETIKA
-Merujuk kepada keindahan dan kebersihan kawasan tersebut.
-Kawasan yang mempunyai landskap yang cantik dan dipenuhi flora dan fauna dapat memberi ketenangan kepada kita.
-Keindahan dan kebersihan ini juga dapat memastikan kita sentiasa kekal sihat dan aktif.

Kongsikan :

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +