This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

10 Dalil Mengapa Mahligai Idaman Harus Menjadi Pilihan Anda

//10 Dalil Mengapa Mahligai Idaman Harus Menjadi Pilihan Anda

10 Dalil Mengapa Mahligai Idaman Harus Menjadi Pilihan Anda

Kami sering mendapat panggilan pemanggil yang bertanyakan mengenai bina rumah menggunakan khidmat Mahligai Idaman.Biasanya soalan paling utama adalah harga.Yang kedua spesifikasi rumah (biasanya jarang ditanya apabila sudah mengetahui harga, kebiasaan pemanggil letak terus telefon).Disebabkan ketiadaan informasi mengenai rumah, tidak ramai pemanggil yang bertanya mengenai spesifikasi rumah. Pada anggapan kebanyakan, semua rumah adalah sama.Dan satu lagi perkara yang jarang diambil pertimbangan mendalam adalah reputasi kontraktor itu sendiri.Dikesempatan ini, Mahligai Idaman ingin menerangkan mengapa pentingnya memilih kami sebagai kontraktor bina rumah anda.Kelebihan menggunakan khidmat Mahligai Idaman:

1) Bisnes diusahakan famili (anak beranak) – jika berlaku apa-apa terhadap pemilik seperti kematian, syarikat masih boleh berjalan kerana diusahakan oleh famili. Berbanding kontraktor individu, jika berlaku sebarang kejadian spt kematian, selalunya famili atau saudara mara tidak dapat meneruskan perniagaan kerana tidak tahu perjalanan bisnes. Rumah ada risiko untuk terbengkalai jika hal ini berlaku ketika dalam pembinaan.

2) Mempunyai pejabat di Kota Bharu, Kuala Terengganu & Kuantan (di urus secara professional) – Mempunyai projek bina rumah banglo di 3 negeri; Kelantan, Terengganu & Pahang

3) Mempunyai pejabat yang didokong staff spt Pelukis Pelan, Site Supervisor, Pegawai Akaun, Marketing, Pengurus IT.

4) Ditubuhkan sejak 2008. Jumlah banglo disiapkan melebihi 100 buah banglo tanpa terbengkalai.

5) Mempunyai pelukis pelan sendiri (inhouse) – Mempunyai 4 pelukis pelan di Kelantan, 2 pelukis pelan di Pahang. Pelanggan boleh memilih rekaan rumah. Tidak ramai kontraktor yang dapat berikan khidmat seperti ini, kebanyakannya hanya beri pilihan 2-3 jenis rumah sedia ada sahaja.

6) Tukang rumah yang terpilih – Hanya tukang rumah terbaik yg sudah mempunyai rekod dengan Mahligai Idaman. Kesemua tukang rumah terdiri dari tukang struktur, tukang siling kapur, tukang plaster dinding, tukang elektrik, tukang pasang tingkap, tukang paip & sbgnya. Semuanya sudah ditapis dan mempunyai rekod kerja dgn Mahligai Idaman.

7) Facebook follower melebihi 100k, disamping mempunyai website & instagram sendiri yg diupdate hampir saban hari. – Portfolio rumah MI sama ada yg sudah siap atau dlm pembinaan boleh dilihat di FB mahupun laman web. Memudahkan pembeli terutamanya anak Kelantan yg tinggal diluar. Rekod komen di FB semuanya positif termasuk dari bekas pelanggan.

8) Harga mengikut nilaian penilai kerajaan mahupun pihak bank. Jadi tidak timbul isu rumah mahal kerana kami hanya bina rumah mengikut harga nilaian.

9) Tiada rekod rumah terbengkalai – Tiada rekod rumah terbengkalai. Boleh semak  dengan pihak bank di Kelantan spt Bank Islam, CIMB, Maybank, BSN. Juga bahagian pinjaman rumah kerajaan.

10) Spesifikasi rumah mengikut JKR- Sebagai contoh penggunaan besi tetulang bersaiz Y12.

Kongsikan :

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +