This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

PENYIDAI BAJU MODEN | TIPS BINA RUMAH

/, Berita Semasa, Jual Beli/PENYIDAI BAJU MODEN | TIPS BINA RUMAH

PENYIDAI BAJU MODEN | TIPS BINA RUMAH

Sejak kebelakangan ini, kita sering buntu dalam pemilihan penyidai baju yang sesuai untuk rumah kita. Hal ini kerana, terdapat beberapa jenis pakaian yang tidak boleh terkena terus dengan cahaya matahari dan ruang dirumah yang agak sempit serta halaman rumah yang berada berdekatan dengan kawasan berdebu menyebabkan kita terpaksa mencari alternatif lain untuk menyidai pakaian. Kami di Mahligai Idaman ingin berkongsi ciri-ciri terbaik sesuatu penyidai baju yang kini banyak terdapat di pasaran. Tujuan syarikat kami hanyalah untuk memberi maklumat lengkap yang perlu anda tahu dan nilai bagi sesebuah penyidai baju sebelum membuat keputusan untuk membeli. Antara ciri atau aspek yang perlu dinilai adalah:

1. Material Produk
Terdapat 2 jenis material yang digunakan iaitu aluminium dan ‘stainless steel’. Walaupun kedua-duanya adalah tahan karat namun daya tahan material itu berbeza. Aluminium sangat ringan dan selalunya tidak boleh menampung bebanan baju yang berat. Ianya berkecenderungan untuk melendut dan akhir sekali akan patah. Manakala stainless steel lebih berat dan boleh menampung bebanan yang lebih sehingga 60kg. Namun begitu stainless steel pun terdapat beberapa jenis gred. Oleh itu bagi memastikan gred ‘stainlees steel’ yang terbaik dapatkanlah penyidai baju yang dapat memberikan jaminan selama 2 tahun atau lebih.

penyidai-tipsbinarumah

2. Tapak Pemegang Bagi Pegun Di Dinding
Untuk mendapatkan penyidai baju yang kukuh dan pegun di dinding, anda perlu memastikan tapak pemegangnya cukup panjang dan lebar. Ciri ini dapat memastikan bebanan yang berat dapat ditampung serta tapak tidak akan tercabut daripada dinding. Ciri ini adalah amat penting kerana melibatkan keselamatan keluarga anda.

ROD

3. Ciri-ciri Rod
Sebelum membeli terdapat 2 perkara penting berkenaan rod yang perlu anda teliti.

*. Bilangan Rod – Terdapat 2, 3 dan 4 batang rod yang terdapat di pasaran. Semakin banyak rod yang digunakan semakin banyak kuantiti pakaian yang boleh disidai. Tetapi anda perlu ingat tentang ciri-ciri pertama dan kedua berkenaan bebanan yang boleh ditampung serta kedudukan antara rod akan menjadi semakin rapat dan ini akan melambatkan proses pengeringan. Bagi kami 3 batang rod sudah mamadai dan pilihlah penyidai baju yang mempunyai jarak rod yang lebar antara satu sama lain.

baju

*.Rod Boleh Laras. Terdapat pelbagai saiz rod di pasaran 3kaki dan hinggakan ke 8 kaki. Sepertimana ciri bilangan rod begitu juga dengan ciri saiz rod. Semakin panjang saiz rod semakin banyak pakaian yang boleh di sidai dan ciri-ciri pertama dan kedua juga perlu diambil kira. Namun begitu kebanyakkan rod yang terdapat di pasaran tidak boleh dilaras. Sila rujuk gambar. Rod tersebut terletak di penghujung pemegang tapak. Masalah mungkin tidak berlaku sekiranya rod yang digunakan hanya 2 atau 3 kaki. Tetapi sekiranya bersaiz 4 sehingga 8 kaki, ini akan menjadikan rod melendut di tengah kerana tidak mampu menampung bebanan yang berat. Oleh itu carilah rod yang boleh dilaras dimana tapak pemegang penyidai dapat memegang rod di bahagian dalam sedikit. Ciri ini dapat memastikan penyidai kain anda dapat menampung bebanan semaksimum mungkin.

buy
4. Aksesori
Sebelum membeli pastikan aksesori, perkhidmatan selepas jualan dan jaminan disediakan. Aksesori seperti ‘wall plug’ dan ‘hook’ mesti terkandung dalam set penyidai baju.

bajusiap
5.Pemasangan
Walaupunianya Nampak mudah namun memerlukan teknik dan kemahiran bagi memastikan pemasangan yang kemasdan yang paling penting dapat menampung bebanan maksimum. Sebelum memulakan aktiviti menebuk lubang, ukuran antara tapak haruslah tepat. Ukuran diambil daripa dalantai bagi memastikan ketinggian antara tapak selari. Hanya ‘hammer drill (impact)’ mampu menembusi dinding ‘concrete’. Sekiranya anda tiada kemahiran menggunakan hammer drill pastikan perkhidmatan pemasangan turut di sediakan.

Kongsikan :
By | 2017-10-02T11:49:05+00:00 March 17th, 2016|Categories: Artikel Umum, Berita Semasa, Jual Beli|0 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +