This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

Kesan Kenaikan Harga Rumah Masakini

//Kesan Kenaikan Harga Rumah Masakini

Kesan Kenaikan Harga Rumah Masakini

Setiap insan mempunyai impian untuk memiliki kediaman yang selesa untuk diri sendiri dan keluarga. Tetapi pada masa kini, ramai yang tidak mampu untuk memperolehi rumah idaman mereka kerana harga rumah kediaman yang semakin meningkat dan membebankan pembeli. Hal ini dibebankan dari segi untuk membuat pembayaran balik dengan nilai yang tinggi.
kenaikan-harga-tanah-rumah

Tidak dinafikan saban hari projek pembangunan harta tanah kediaman semakin meningkat. Pelbagai reka bentuk rumah direka oleh pihak pembinaan bagi menarik minat masyarakat untuk membeli. Namun bagi mereka yang kurang berkemampuan hanya mampu melihat dan menjadikannya sebagai impian mereka kerana tidak mampu untuk memperolehi rumah yang bernilai ratusan ribu ringgit. Ramai berpendapat rumah. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kenaikan harga rumah antaranya ialah kos bahan mentah, harga tanah, kos pengurusan, penglibatan pelabur asing dan lain-lain lagi.

Berdasarkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), permintaan tinggi terutama di kawasan bandar adalah pendorong utama kenaikan harga rumah, kira-kira 70 peratus penduduk tertumpu di bandar-bandar utama yang merupakan pusat tumpuan aktiviti ekonomi. Bilangan penduduk pula bertambah disebabkan migrasi untuk mendapatkan pekerjaan. Pembangunan kawasan bandar utama menjadi padat dan permintaan terhadap tempat kediaman pula melebihi penawaran. Ini kerana penawaran yang terhad dan persaingan mendapatkan kediaman yang diingini, menjadi faktor yang mendorong harga meningkat secara tidak langsung. Kenaikan harga rumah juga akan meningkat disebabkan harga tanah yang meningkat.

Menurut laporan JPPH Kuala Lmpur, menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda pihak kontraktor membina rumah pada suku pertama 2014 dalam unit baru dilancarkan pada harga dalam lingkungan RM50,00 sehingga 1 Juta. Berdasarkan rekod terdapat pertambahan daripada 264 unit pada suku keempat 2013 kepada 684 unit pada suku pertama 2014.

Tidak dinafikan nilai harga tanah merupakan faktor utama yang mendorong penentuan harga rumah, ia melibatkan kos tanah, binaan, prasarana seperti sistem perparitan, jalan masuk dan penyediaan tapak. Selain itu, fi iktisas melibatkan khidmat profesional seperti arkitek, juruukur, dan jurutera dalam sesuatu pembinaan dan sumbangan kepada pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom dan syarikat Air turut mempengaruhi harga kediaman.
kesan-kenaikan-harga-tanah-rumah- kenaikan harga tanah rumah

Berkuat kuasa 1 mei 2014, semua harga bagi bahan binaan utama meningkat sehingga 10 peratus ia termasuk kos pembikinan , pengangkutan, kenaikan bahan api dan pelbagai kenaikan kos berkaitan.faktor tersebut akan menyumbang kepada berlaku pada kenaikan harga bahan binaan dan kenaikan pula setiap dua kali dalam tempoh 12 bulan dan ia berlaku tanpa notis. Pembekal pula tiada pilihan menaikkan harga bahan binaan kerana mereka juga perlu menanggung kos tersebut.

Menurut Presiden Persatuan Kontraktor kelas ‘F’ Malaysia (Perkobf Malaysia), Tukiman Radion berkata, kenaikan itu difahamkan adalah yang tertinggi sejak tahun 2007. Kenaikan ini melibatkan semua projek-projek di seluruh negara, namun bagi projek perumahan di kawasan pedalaman atau luar bandar, kosnya lebih tinggi berbanding kawasan pedalaman atau luar kerana ia melibatkan kos pengangkutan dan penghantaran.

Kesimpulannya, harga kenaikan rumah ini memberi kesan kepada para kontraktor dan tuan rumah yang ingin membina rumah kerana harga rumah terlalu mahal. Ia akan memberi kesan kepada kontraktor dari segi bahan binaan dan kos-kos tambahan lain. Contohnya harga bahan binaan seperti simen, mozek, kayu dan lain-lain.

Kongsikan :
By | 2017-10-02T11:48:12+00:00 November 3rd, 2016|Categories: Tips Bina Rumah|0 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +