This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

Panduan Pemasangan Siling Cornice

/, Tips Bina Rumah/Panduan Pemasangan Siling Cornice

Panduan Pemasangan Siling Cornice

Cornice adalah hiasan yang diletakkan di tepi plaster syiling. Ia ada banyak bentuk dan banyak bunganya. Syiling cornice mempunyai banyak pilihan, bentuk, corak dan warna. Jika anda memilih syiling cornice yang berwarna ia lebih mahal berbanding syiling cornice yang berwarna putih. Ini kerana syiling cornice yang berwarna ia akan dicat secara manual menggunakan tangan. Bagi yang memilih syiling cornice berwarna, ia perlu berhati-hati pada bahagian sambungan antara satu cornice dengan cornice yang lain kerana sambungannya akan jelas kelihatan jika tidak dipasang dengan teliti berbanding dengan syiling cornice yang berwarna putih.

cara-pasang-siling-cornice
1) Cornice berwarna perlu dicat terlebih dahulu

Jika anda memilih cornice yang berwarna, ia perlu dicat terlebih dahulu secara manual iaitu dengan menggunakan tangan dan mengikut warna kesukaan anda. Pewarna tersebut akan diberikan untuk di touch up ke atas cornice tersebut. Jika anda memilih cornice yang bewarna putih ia lebih murah. Kos untuk memasang cornice agak mahal kerana ia perlu dilakukan dengan teliti dan ianya akan dicat secara manual.

2) Membancuh gam/adhesive
Gam/adhensiveadalah elemen yang sangat penting di dalam pemasangan cornice ini kerana ia akan melekatkan cornice tersebut ke atas syiling. Gam ini oleh di dapati di kedai yang membekal cornice tersebut dan teksturnya seperti tepung. Cara bancuhan gam tersebut perlu teliti kerana ia tidak pekat dan tidak boleh cair. Gam tersebut hanya perlu dibancuh dengan air.

3) Melekatkan cornice pada syiling
Setelah gam tersebut siap dibancuh, ia perlu disapu pada cornice dan bukan pada dinding, Untuk proses menampal cornice ini ia mempunyai 2 cara iaitu dengan memegang cornice tersebut sehingga kering dan melekat. Cara kedua adalah cornice tersebut dipaku selama 10-15 minit dan tidak perlu menggunakan banyak paku kerana paku hanya untuk support sahaja.

Ia juga boleh menggunakan wall plug dan biasannya ianya digunakan pada bahagian cornice kipas kerana cornice pada bahagian kipas agak berat. Untuk pemasangan cornice pada bahagian kipas ia agak sukar kerana cornice pada kipas agak berat, ia peru dipaku sekurang-kurangnya di tiga penjuru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia jatuh. Selepas ia dipaku, ia perlu di tuch up semula untuk menutup paku tersebut dari penglihatan. Jenis paku yang biasa digunakan adalah paku simen atau boleh menggunakan wall plug.

4) Melekatkan cornice pada bucu dinding.
Untuk pemasangan cornie pada bahagian sudut, cornice perlu dipotong pendek kira-kira 1 kaki 2 keping dan cuba cantumkan kedua-duanya pada bucu dinding. Cornice tersebut perlu dipotong menyerong sedikit demi sedikit dengan sudut yang tidak terlau besar ( kurang dari 30 darjah) dan apabila sudah dapat dijaikan ia sebagai “jig” atau reference untuk memotong sudut cornice yag lain (cornice yang panjang). Untuk memotong cornice ia perlu menggunakan gergaji papan atau pisau bagi menampakkan ia lebih rata dan kemas.

Bagi harga cornice pula, ia bergantung dari tambahan kos upahan dari pihak kontraktor yang memasang cornice tersebut. Biasanya harga likungan Rm1600 termasuk kos upah.

Kesimpulannya, pemasangan cornice ini adalah amat cantik untuk kemasan atau hiasan pada syiling rumah. Pemasangan cornice ini juga boleh dilakukan sendiri atau mengambil upah daripada mana-mana pihak kontraktor yang berkemahiran. Kami Mahligai Idaman juga menekankan aspek pemasangan cornice ini pada rumah pelangan kami bagi mencantikkan bahagian syiling rumah mereka.

Kongsikan :
By | 2017-10-02T11:48:07+00:00 November 17th, 2016|Categories: Artikel Umum, Tips Bina Rumah|0 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +