This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

KETINGGIAN RUMAH IDAMAN ANDA?

//KETINGGIAN RUMAH IDAMAN ANDA?

KETINGGIAN RUMAH IDAMAN ANDA?

KETINGGIAN RUMAH IDAMAN ANDA?

Ketinggian rumah adalah antara elemen yang harus diambil kira terutama ketika dalam proses ‘design’. Ketinggian yang sesuai memastikan ruang bagi rumah tersebut dalam keadaan yang selasa dan menarik.

Ia juga adalah antara elemen yang perlu diperjelaskan di dalam spesifikasi bina rumah bagi mana-mana kontraktor yang dipilih. Ketinggian yang sesuai harus mengambil kira ruang siling kapur yang mana di dalamnya terdapat wiring, paip servis dan sebagainya.

Bagi rumah dua tingkat yang mana mempunyai siling kapur di semua ruang rumah, biasanya mempunyai ketinggian yang berbeza bagi tingkat bawah dan tingkat atas. Hal ini kerana, ia harus mengambil kira ketebalan Slab bagi 1st Floor Level. Selalunya ketinggian tingkat bawah akan tinggi setengah kaki berbanding ketinggian biasa tingkat atas.

Haaa..tadi berkaitan tinggi di dalam rumah. Bagaimana pula ketinggian dari aras tenah ke lantai rumah??
Kebiasaannya bagi rumah teres ketinggian dari lantai tanah ke lantai rumah adalah dalam setengah kaki (6”) manakala kebiasaan bagi rumah bangle di pantai timur khususnya, ketinggian lantai tanah ke lantai rumah ialah sekaki setangah (1’ 6”) bersamaan tiga anak tangga. Namun ketinggian ini tidak tetap, malah ada sesetengah inginkan lebih ketinggian sehingga ke 4 atau 5 kaki tinggi.

Jadi dalam penentuan ketinggian yang sesuai, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira antaranya ialah;
1.) Keadaan cuaca (Isu banjir)
2.) Penggunaan ruang (Ruang Padat, perlukan ketinggian lebih)
3.) Pergerakan udara (Udara yang bergerak dengan baik, memberikan penyejukkan yang natural)
4.) Pencahayaan
5.) Astetika (Lebih tinggi, Kelihatan Gah)

Namun begitu, di setiap perkara ada kelebihan dan kekurangannya dan kekurangannya pastinya melibatkan pertambahan kos. Ya, semakin tinggi ketinggian rumah, semakin tinggi juga kos yang akan terlibat. Di samping itu, rumah yang terlampau tinggi akan melibatkan penggunaan anak tangga yang banyak. Jadi, ia memberikan kesan kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan dan juga bagi yang mempunyai anak-anak kecil.

Ayuh bina rumah anda dengan kami SEKARANG!!

Jika berminat atau memerlukan penerangan yang lebih lanjut,boleh tinggalkan no. telefon atau hubungi kami.
Terima kasih

Kongsikan :
By | 2017-03-23T12:15:51+00:00 January 29th, 2017|Categories: Artikel Umum|0 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +