Ya, orang luar boleh membeli tanah di Kelantan dengan syarat mendapat kelulusan daripada Exco negeri. Permohonan boleh dibuat di pejabat exco negeri  di Wisma SUK (Setiausaha Kerajaan). Antara syarat asas pertimbangan permohonan pembelian tanah bagi orang luar adalah tinggal dan bekerja di Kelantan. Proses kelulusan pula boleh mengambil masa di antara empat hingga enam bulan.