Pinjaman Bank

Pemohon perlu merujuk kelayakan pinjaman mereka kepada pihak bank kerana tiada mekanisma tetap senarai pinjaman maksimum seperti yang ditawarkan oleh pinjaman kerajaan. Kelayakan pinjaman bergantung kepada pendapatan pemohon di samping komitmen-komitmen lain yang ditanggung oleh pemohon berdasarkan rekod CCRIS/CTOS seperti pinjaman kereta dan kad kredit.

 

Selain itu, perkara-perkara seperti rekod pelaburan amanah saham, emas dan simpanan KWSP boleh digunakan sebagai sokongan kepada permohonan pinjaman.