Siling merupakan sebahagian daripada rumah yang penting, sekarang fesyen dan reka bentuk siling telah banyak berkembang sehingga fungsinya juga menambah estetik rumah dengan motif dan juga warna. Siling beranika ragam dan terbuat dari material yang berbeza.

syiling

Proses pemasangan atau pembuatan reka bentuk plaster siling yang baik terdapat 3 bahagian. Tahap 1 ialah pemasangan rangka besi. Rangka besi ini merupakan tahap terpenting bagi pemasangan sesebuah siling. Kekuatan plaster siling bergantung kepada kekuatan rangka besi itu. Besi kerangka siling dengan jarak 2 kaki. Tahap 2 ialah pemasangan papan plaster siling (plaster ceiling board). Sebelum pemasangan plaster siling, penyambungan pendawaian elektrik perlu dilakukan terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis papan plaster siling dan kelebihannya ialah kalis air, bercorak dan ringan. Tahap 3, yang terakhir ialah memasang hiasan mengikut kehendak tuan punya rumah seperti memasang bentuk down ligh, cornece, dome, border, atau bunga tengah.

Cara memasang plaster siling

  • Sebelum memasang siling, terdapat kerangka zink bar untuk siling lepa bergantungi
    teknik-pasang-siling-1
  • Perlu siapkan wiring sebelum memasang siling lepai
    teknik-pasang-siling-2
  • Ketinggian siling haruslah melebihi 10 kaki dari lantai dan 10 kaki & kakidari slab lantai
    teknik-pasang-siling-3
  • Kekemasan untuk plastering ceilingi
    teknik-pasang-siling-4Semoga tip bina rumah cara pemasangan siling ini dapat membantu sedikit sebanyak membantu anda memahami dengan lebih detail mengenai pemasangan.