CARA PEMASANGAN SILING

/, Berita Semasa/CARA PEMASANGAN SILING

Kerja pemasangan siling memakan masa lebih kurang 7 hari untuk disiapkan. Terdapat pelbagai jenis siling dan pilihan yang biasa dipilih ialah plaster siling (siling kapur). Terdapat berbagai-bagai jenis siling seperti plaster siling sahaja ( biasa di tandas ), cornice ( ruang bilik dan ruang tamu ), L-Box mesti ada light through ( biasa di ruang tamu dan bilik ), bitten ( biasa di cornice dan ingin menampakkan kemeriahan dalam ruang tamu ), bunga ( biasa di tengah-tengah kipas atau lampu hiasan ). Harga siling ini mengikut jenis dan anggaran harga RM 2.80 kaki persegi.
Proses pemasangan atau pembuatan reka bentuk plaster siling terdapat 3 bahagian. Tahap 1 ialah pemasangan rangka besi. Rangka besi ini merupakan tahap terpenting bagi pemasangan sesebuah siling. Kekuatan plaster siling bergantung kepada kekuatan rangka besi itu. Besi kerangka siling dengan jarak 2 kaki. Tahap 2 ialah pemasangan papan plaster siling (plaster ceiling board). Sebelum pemasangan plaster siling, penyambungan pendawaian elektrik perlu dilakukan terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis papan plaster siling dan kelebihannya ialah kalis air, bercorak dan ringan. Tahap 3, yang terakhir ialah memasang hiasan mengikut kehendak tuan punya rumah seperti memasang bentuk down ligh, cornece, dome, border, atau bunga tengah.

Cara memasang plaster siling
 Sebelum memasang siling, terdapat kerangka zink bar untuk siling lepa bergantung
 Perlu siapkan wiring sebelum memasang siling lepa
 Ketinggian siling haruslah melebihi 10 kaki dari lantai dan 10 kaki & 8 kaki dari slab lantai.
 Kekemasan untuk plastering ceiling

syiling-plaster
Contoh Plaster Siling

syiling

L-Box                                                                     Cornice

kerangka-pemasangan-syiling

 

By | 2017-10-02T11:48:50+00:00 June 16th, 2016|Categories: Artikel Umum, Berita Semasa|22 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

22 Comments

  1. Vennet November 28, 2016 at 12:47 pm - Reply

    Salam Tuan, Biasa berapa upah tukang pasang siling dan atap ni?

    • Admin
      admin December 7, 2016 at 8:52 am - Reply

      wa’alaikumsalam tuan, jika syiling kapur yang tiada aksesori kebiasaannya tukang akan mengambil Lebih kurang RM2.80, Namun ia bergantung kepada spesifikasi dan reka bentuk.
      Manakala bagi melibatkan pemasangan atap, tukang rumah akan mengambil dalam lingkungan RM4.00 Kaki Persegi.

  2. ijat December 27, 2016 at 5:09 pm - Reply

    salam tuan..nk tanya sikit,siling kapur sesuai atau tidak untuk kawasan luar rumah, siling kaki lima?

    • Admin
      admin January 5, 2017 at 10:51 am - Reply

      wa’alaikumsalam, Tidak sesuai, kerana syiling kapur tidak boleh terdedah kepada lembapan. terima kasih

  3. haji Din January 2, 2017 at 7:26 am - Reply

    salam tuan, saya nak tanya, mengecat siling lepa ni, perlu undercort tak. kalau perlu, boleh tak saya guna undercort yang sama dengan undercort cat dinding…kalis air, tahan iklim umpamanya.

    • Admin
      admin January 5, 2017 at 10:52 am - Reply

      wa’alaikumsalam encik Haji Din, Boleh digunakan, tetapi kemasannya tidak berapa elok.

  4. Ken January 6, 2017 at 9:42 am - Reply

    Assalammuaikum..
    Kalu plaster siling.nk kne buang ke asbestos siling yg lm tu…

    • Admin
      admin January 8, 2017 at 3:23 pm - Reply

      Wa’alaikumsalam, Tidak perlu buang semua… kawasan tertentu contohnya di bahagian tepi ruang syiling asbestos keno tebuk sikit untuk pasang skirting dan di kawasan tengah jika nk pasang bunga. Terima Kasih 🙂

  5. Ummi damia January 6, 2017 at 7:26 pm - Reply

    Salam tuan…kalau jenis yg bertingkat berapa upah?sekali dgn barang ke?

    • Admin
      admin January 8, 2017 at 3:22 pm - Reply

      wa’alaikusalam, Harga dia ikut design dan keluasan…harga biasa RM 6.80/kaki

  6. Husna January 25, 2017 at 1:43 pm - Reply

    Assalamualikum saya nk tanya harga siling asbestos berapa sekeping untuk saiz 2kali4 kaki

  7. Interior project January 29, 2017 at 8:34 pm - Reply

    Assalam..zink bar tuu..berapa hrga
    sekaki?

  8. ahmad fadzli March 8, 2017 at 10:11 pm - Reply

    assalamualaikum..upah pasang siliing l box ukuran 22 X 12 brp harga pm saya 0132514770

    • Admin
      admin March 21, 2017 at 5:08 pm - Reply

      Waalaikummsalam, bergantung kepada harga tukang tempatan ambil upah mengikut harga barangan, kami hanya menyediakan perkhidmatan untuk sebuah rumah.

  9. Farahaznil April 16, 2017 at 11:26 pm - Reply

    TK atas info….tapi ada sesiapa tahu berapa harga siling asbestos sekarang ni? Kos install and supply…

    • Admin
      Admin April 17, 2017 at 10:40 am - Reply

      Untuk pengetahuan puan, kami hanya menawarkan khidmat bina rumah atas tanah sendiri sahaja. Terima Kasih

  10. Ata June 13, 2017 at 1:07 am - Reply

    Boleh ke kerangka besi diganti dgn kayu?

    • Admin
      Admin June 14, 2017 at 8:42 am - Reply

      Boleh, tetapi kerangka besi ada ukuran standard oleh JKR untuk di ganti.

  11. azmie December 21, 2017 at 1:08 am - Reply

    as salam tuan..saya nk tanya berapa keping siling plaster (4×6 kaki) dgn bilangan bar aluminium kalau keluasan dalam rumah 20×24 kaki? untuk siling biasa sahaja ( mendatar)

    • Admin
      Admin December 25, 2017 at 9:06 am - Reply

      waalaikummussalam, ia bergantung kepada tukang siling di tempat anda, kebiasaannya dari pengalaman kami, untuk kualiti serta besi yang banyak digunakan akan menjadi lebih mahal, kalau murah mungkin tukang siling akan mengurangkan.

  12. Hamidah March 19, 2018 at 10:35 am - Reply

    Assalamualaikum…
    Tuan pasang siling gantung atau tidak ? sekiranya ada ukuran 20′ x 20′ berapa anggaran kos

    • Admin
      Admin March 20, 2018 at 10:19 am - Reply

      ye, kebiasaannya siling gantung. Anggaran kos untuk 20’*20′ ialah RM 1,200

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +