CARA PENGIRAAN ATAP BESERTA JENIS

//CARA PENGIRAAN ATAP BESERTA JENIS

Atap merupakan suatu bahan yang penting dan perlu dititik beratkan dalam pembinaan rumah . Ianya berfungsi bukan sekadar mencantikan rekaan rumah akan tetapi ianya juga merupakan pelindung daripada kepanasan matahari dan hujan. Oleh yang demikian, mengambil kira akan kedudukan dan susun atur dengan jumlah atap yang mencukupi adalah penting untuk menjamin kekuatan dan ketahanan pada bahagian tersebut.

Untuk memastikan jumlah atap mencukupi bagi sesebuah rumah, ianya perlulah dikira dengan cara yang betul. Hal ini bertujuan untuk memastikan tidak berlaku pembaziran akibat lebihan atap yang pastinya akan meningkatkan lagi kos pembelanjaan.

Pengiraan jumlah atap adalah berbeza bergantung kepada jenis atap yang diguna pakai. Hal ini disebabkan oleh saiz atap itu sendiri yang mungkin lebih besar atau sebaliknya.

Berikut merupakan formula dan contoh pengiraan jumlah atap jenis Contour berserta kos bagi sesebuah rumah :

atap

Contoh Pengiraan tile jenis ni = luas bumbung / luas size tile
= 2700/1.5 = 1800 keping
kos = jumlah tile x harga sekeping tile

Di Mahligai Idaman, kami mengguna pakai Atap Geting Jenama Monier Jenis Contour sebagai spesifikasi rumah utama kami. Hal ini kerana, ianya Kelas atap yang berkualiti dan antara terbaik dalam pasaran berbanding jenis Monier Premier. Harganya lebih mahal berbanding jenis Monier lain spt Alabama & Premier. Kelebihan atap geting Monier Contour berbanding atap geting jenis Alabama & Premier adalah atap Contour mempunyai glaze (kilat) yang memudahkan maintainance.

Jika kulat tumbuh selepas 5 atau 6 tahun, anda hanya perlu menggunakan water jet bagi membuang kulat disebabkan ianya tidak lekat di atas lapisan glaze. Berbanding atap geting lain, jika kulat melekat ianya perlu digosok dengan kuat dan disembur water jet. Hal ini akan menyebabkan cat pada atap akan tertanggal dan memudarkan warna atap selepas digosok.

atapw

Harga seunit Atap Geting Jenama Monier Jenis Contour ialah : RM 2.15

Selain daripada itu, pihak kami juga mempunyai beberapa pilihan jenis atap untuk memudahkan pelanggan kami membuat pilihan. Antara pilihan atap yang di cadangkan ialah:

Atap Genting Tanah Liat

atap lagi

Biarpun sekarang ini sudah terdapat banyak jenis atap yang diperbuat daripada mesin yang moden dan canggih, tetapi atap yang diperbuat daripada tanah Liat tetap tampil sebagai antara atap alternatif yang paling digemari oleh masyarakat.

Kelebihan utama menggunakan atap tanah liat ialah,tidak mendatangkan haba yang panas pada ruang ketika matahari bersinar dengan panas dan terik. Menggunakan atap jenis ini pastinya menimbulkan rasa nyaman dan selesa pada penghuni.

Jika dibincangkan soal harga pula sudah pasti atap jenis tanah Liat lebih mahal berbanding atap jenis lain, akan tetapi jika dilihat pada kelebihan yang terdapat padanya memungkinkan harga itu adalah sesuai dengan fungsinya.

Atap tanah liat juga ada didatangkan dengan tambahan lapisan kilat yang mengelakkan pertumbuhan kulat. Harganya adalah lebih mahal berbanding atap tanah liat yang tidak mempunyai lapisan kilat.

Atap Genting Fiber

newsa

Pilihan atap jenis ini juga turut ditawarkan oleh pihak kami. Untuk pengetahuan anda, atap gentian fiber diperbuat daripada campuran serat fiber, simen, dan bahan penguat atap. Atap gentian fiber merupakan salah satu atap yang terbaik yang tidak mudah bocor dan mempunyai serapan pancaran matahari yang lebih baik daripada atap geting konkrit.

Bahan fiber juga terkenal kerana bersifat kedap suara dan anti karat. Dari segi pemasanganya, atap fiber memerlukan waktu yang singkat kerana bentuknya yang lebar dan ringan untuk dipasang. Namun, kekurangannya ialah atap ini warnanya mudah luntur.

By |2017-10-02T11:48:52+00:00March 24th, 2016|Categories: Berita Semasa|8 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

8 Comments

  1. Shaon shirsjul April 5, 2017 at 4:46 pm - Reply

    Sabastos

    • Admin
      Wan Syamim April 6, 2017 at 8:51 am - Reply

      Assalamualaikum, ye tuan , ada apa-apa pertanyaan?

  2. Fhara Said April 11, 2017 at 3:37 pm - Reply

    Berapakah anggaran upah penstrukturan semula bumbung rumah yg menggunakan atap standard single storey terrace house 20 × 65?

    • Admin
      Admin April 12, 2017 at 12:18 pm - Reply

      bergantung kepada harga tukang tempatan ambil upah mengikut harga barangan, kami hanya menyediakan perkhidmatan untuk sebuah rumah.

  3. ahmad July 10, 2017 at 7:36 am - Reply

    salam tuan,klu guna atap jenis lama roman serap air ke? mohon pmcerahan

    • Admin
      Admin July 20, 2017 at 11:13 am - Reply

      waalaikummsalam, kebiasaannya semua atap yang digunakan tidak serap air, klien biasa akan membuat perbandingan dari segi harga, jenis buatan, jenama, pattern, glossy dan anti kulat bagi memilih atap yang sesuai dengan rumah mereka.

  4. adi ismail August 28, 2017 at 7:45 pm - Reply

    Apakah jenis atap genting yg paing ekonomik utk dipasang? Adakah atap jenis metal deck lebih murah berbanding atap genting?

    • Admin
      Admin September 5, 2017 at 4:58 pm - Reply

      Assalamualaikum, atap genting mempunyai banyak jenama dengan harga dan kualiti yang berbeza, di Mahligai Idaman kami menggunakan atap genting jenama Monier Elabana dan Contour yang mana kualiti terbaik dan sesuai dengan iklim di Malaysia. Dari segi ekonomi harga jenama Monier mungkin lebih tinggi tapi bersesuaian dengan kualiti yang ditampilkan. Untuk jawapan soalan kedua, atap jenis metal deck lebih murah tetapi dari segi pratikal penggunaan tidak sesuai untuk keadaan di Malaysia yang mempunyai purata hujan yang tinggi kerana tidak kalis bunyi dan menyerap haba.

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +