Idea Pemilihan Corak Tiles atau Mozek Untuk

Lantai Bilik Air

Ada sebab yang tersendiri mengapa selalunya tiles atau mozek menjadi pilihan sebagai lantai bilik air. Selain tahan lama dan senang untuk di cuci, mozek juga dapat memberi cahaya pada ruang. Mozek juga adalah cara terbaik untuk membuat ruang nampak berseri dengan corak-corak yang menarik. Jom ikuti 4 idea pemilihan corak tiles untuk lantai bilik air kediaman anda.

👉Corak tiles 1 – Running Bond

Corak ini adalah yang paling asas dalam pemasangan mozek. Sambungan mozek dilakukan di bahagian tengah jubin untuk membentuk akhir sambungan tidak sekata.Anda boleh melihat pada gambar yang kami sediakan.

corak tiles

👉Corak tiles 2 – Diagonal

Susunan mozek secara diagonal amat sesuai untuk ruang kecil. Sama seperti corak Running Bond, corak ini dimulakan pada sudut 45 darjah condong. Ini menjadikan persegi jubin atau kayu berbentuk berlian seperti gambar di bawah.

59374461 2177549305660153 5542738059507793920 n 300x300 - Idea Pemilihan Corak Tiles atau Mozek Untuk Lantai Bilik Air

👉Corak tiles 3 – Basket Weaves

Corak ini adalah inspirasi dari corak anyaman bakul. Sama seperti herringbone, corak ini menggunakan mozek berbentuk segi empat tepat dan mudah untuk dipasang. Anda boleh guna corak ini untuk cetusan gaya klasik era 1900-an dan cukup sesuai dipadan bersama jubin batu seperti marmar.

corak tiles

👉Corak tiles 4 – Pinwheel

Nama lain untuk corak pinwheel ialah hopscotch yang seakan-akan bentuk windmill. Untuk menghasilkan corak ini anda perlukan jubin yang bersaiz lebih besar untuk mengelilingi jubin yang lebih kecil.

corak tiles