Guaman

/Guaman
Guaman 2017-10-02T11:40:36+00:00

1.  Urusan Pindahmilik Tanah kepada Pembeli Rumah.

  • Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk urusan pindahmilik tanah.
    • Borang 14 A (Borang Pindahmilik Tanah)
    • Borang PDS 15 (Borang Taksiran cukai)
    • Salinan Geran
    • Salinan kad pengenalan penjual & pembeli
    • Bukti pembayaran hasil tanah bagi tahun semasa( resit bayaran cukai tanah)

2.  Pendaftaran Cagaran Hakmilik kepada pembiaya.

  • Cagaran bermaksud harta yang dibeli digadai atau diserahhak kepada pembiaya sebagai jaminan bagi menjaga kepentingan peminjam dan pembiaya.
  • Tujuan urusan cagaran adalah untuk dijadikan sebagai jaminan kepada pembiaya yang memberi pinjaman dan selain itu untuk membolehkan bayaran pinjaman dikeluarkan kepada Penjual/ Pemaju.
  • Peguam perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Cagaran (Borang 16A KTN)

3.  Tuntutan bayaran kemajuan kerja daripada BPP/ Bank.

  • Penyediaan jadual bayaran kepada perjanjian kontrak membina rumah dan tanah milik sendiri atau yang dibeli melalui pinjaman perumahan hendaklah mengikut peringkat kesiapan seperti berikut:

 

1. Apabila perjanjian selesai ditandatangani 10 %
2. Dalam tempoh dua puluh satu hari selepas peminjam menerima notis bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:
(a) Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan 15 %
(b) Rangka konkrit bertetulang bangunan 10 %
(c) Dinding-dinding bangunan tersebut berserta rangka-rangka pintu dan tingkap terpasang pada tempatnya 10 %
(d) Memasang bumbung, pendawaian elektrik dan saluran paip(tanpa lengkapan) pada bangunantersebut 10 %
(e) Kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut 10 %
(f) Jalan, parit dan saluran najis bangunan tersebut 15 %
3. Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan bekalan elektrik dan air pada bangunan 15 %
4. Dipegang oleh peguamcara sebagai Pemegang Pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktorseperti berikut: 5 %
(a) Apabila tamat tempoh enam(6) bulan selepas serahan pemilikan kosong – (2.5%)
(b) Apabila tamat tempoh lapan belas (12) bulan selepas pemilikan kosong (2.5%)

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +