Panduan Asas Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

/, Berita Semasa, Tips Bina Rumah/Panduan Asas Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

bina-rumah-atas-tanah-sendiri-pantai-timur- bina rumah atas tanah sendiri di kelantan, bina rumah atas tanah sendiri di terengganu, bina rumah murah, bina rumah atas tanah sendiri di selangor, bina rumah atas tanah sendiri di kedah, cara buat rumah batu, pelan rumah 3 bilik 2 bilik air, bina rumah atas tanah sendiri di perak,

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada anda, Terima kasih kerana sudi melawati website Kontraktor No1 Kelantan Mahligai Idaman. Berkaitan dengan tajuk kita iaitu Panduan Membina Rumah Atas Tanah Sendiri ok? Kami akan memberikan panduan lengkap secara percuma mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil ketika ingin membina sebuah mahligai idaman.

Sebelum ini saya banyak bercerita tentang proses pinjaman terutama pinjaman perumahan kerajaan dan juga menyentuh sedikit sebanyak tentang proses pinjaman perumahan bank. Penerangan proses pinjaman ini penting kerana majoriti pelanggan kami (melebihi 95%) menggunakan pinjaman bagi membiayai kediaman mereka. Walaubagaimanapun, saya menerima banyak emel yang meminta nasihat dan pendapat tentang pembinaan rumah itu sendiri. Jadi artikel kali ini saya tidak akan bercerita tentang proses pinjaman tetapi saya akan bercakap tentang asas pembinaan rumah iaitu pelan lantai.

Untuk pengetahuan pembaca, Mahligai Idaman menumpukan pembinaan rumah ‘custom-made’ mengikut kehendak pembeli. Antara kelebihan rumah ‘custom-made’ berbanding rumah siap bina adalah pembeli boleh memiliki rumah yang mereka kehendaki dan mengubahsuai pelan mengikut citarasa mereka. Masalah bagaimanapun sering timbul jika pembeli tidak mempunyai idea bagaimana bentuk rumah yang mereka mahukan kerana tiada pengalaman dalam bidang ini. Dalam beberapa kes, pembeli menyerahkan sepenuhnya kepada kami untuk mereka bentuk rumah mereka. Bagi golongan pelanggan seperti ini, sebelum kami pergi lebih jauh bercerita tentang bentuk luaran rumah itu sendiri, kami menekankan pentingnya reka bentuk pelan lantai yang selesa dan praktikal. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika mereka bentuk pelan lantai adalah susun atur bilik, keluasan, ruangan-ruangan asas dan aspek pencahayaan.

Bilik Tidur

Sebuah banglo yang selesa perlu mempunyai sekurang-kurangnya empat buah bilik tidur. Bayangkan jika sesebuah keluarga mempunyai anak lelaki dan perempuan, sudah tentu masing-masing memerlukan bilik yang berlainan. Maka sebuah lagi bilik diperlukan sebagai bilik tetamu atau sekurang-kurangnya boleh dijadikan sebagai stor barangan. Keluasan minimum yang selesa kami cadangkan bagi setiap bilik pula adalah 11’x11′, cukup untuk sekurang-kurangnya memuatkan katil bersaiz Queen. Jika budget menjadi isu, bilik keempat boleh dikecilkan sedikit saiznya untuk memuatkan katil single.

Bilik Air

Bagi rumah yang mempunyai empat buah bilik tidur, jumlah minimum bilik air yang kami cadangkan adalah sebanyak tiga buah. Pastikan ada sekurang-kurangnya sebuah bilik air yang mudah diakses oleh tetamu yang datang ke rumah anda. Mempunyai bilik air di dalam bilik tidur (en-suite bathroom) selain daripada di dalam bilik utama juga merupakan idea yang baik dari sudut privasi terutama bagi bilik anak gadis.

Ruang Tamu dan Ruang Keluarga

Kebanyakan rumah teres hanya mempunyai ruang tamu dan ruang keluarga yang disatukan kerana ketiadaan ruang. Bagi rumah banglo, mempunyai ruang keluarga yang berasingan daripada ruang tamu membolehkan anak-anak menonton televisyen dalam kawasan berasingan tanpa mengganggu tetamu yang hadir.

Dapur

Isu yang sering ditimbulkan oleh kaum wanita adalah dapur yang kecil. Bagi yang gemar memasak, dapur yang kecil menyukarkan mereka melakukan tugas harian selain mempunyai masalah menyimpan koleksi-koleksi pinggan. Haha. Kami mempunyai bberapa pengalaman pelanggan kami meminta kami membesarkan kawasan dapur ketika rumah sedang dibina sehingga projek terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan pelan baru direka.

Pelan lantai di bawah merupakan salah satu contoh pelan lantai rumah banglo satu tingkat yang baik. Pelan ini mempunyai susun atur ruangan yang mengambil kira aspek penting seperti pencahayaan semulajadi pada setiap ruang bagi mengelakkan masalah ruang terlalu gelap ketika siang hari. Pelan ini juga mengambil kira ciri-ciri kecil seperti ruangan mesin basuh (wash area) dan bilik simpanan barang (store) tanpa membazirkan ruang. Baiklah, setakat ini dahulu artikel saya untuk kali ini. Saya akan bercerita dengan lebih mendalam serta menyentuh isu pelan padangan luaran dalam artikel-artikel yang akan datang.

cara buat rumah batu, bina rumah murah, cara buat rumah kayu, kos bina rumah atas tanah sendiri, pelan rumah 3 bilik 2 bilik air, bina rumah atas tanah sendiri di kelantan, bina rumah atas tanah sendiri di selangor, bina rumah atas tanah sendiri di terengganu,

By | 2017-10-02T11:48:28+00:00 October 30th, 2016|Categories: Artikel Umum, Berita Semasa, Tips Bina Rumah|10 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

10 Comments

  1. HANAFIAH December 9, 2017 at 11:37 am - Reply

    Mahligai Idaman beroperasi di Kelantan dan Terengganu saja ke? Di Selangor boleh ke?

    • Admin
      Admin March 7, 2018 at 3:45 pm - Reply

      Kami hanya beroperasi di Kelantan dan Terengganu sahaja sekarang.

  2. HANAFIAH December 9, 2017 at 11:39 am - Reply

    Mahligai idaman beroperasi di Kelantan dan Terengganu saja je ke? Bagaimana di Selangor?

    • Admin
      Admin December 10, 2017 at 10:02 am - Reply

      Ye cik, buat masa sekarang, mahligai idaman beroperasi di Kelantan dan Terengganu sahaja.

  3. Faizal January 14, 2018 at 8:49 pm - Reply

    Harga per kaki persegi untuk rumah 2 tingkat berapa?

    • Admin
      Admin January 16, 2018 at 9:46 am - Reply

      Kami ada dua spesifikasi binaan rumah, RM135 per kps, dan RM140 per kps. Manakala untuk rumah dua tingkat di atas akan ada pertambahan RM 10 per kps.

  4. Muhd Luqman Hakim March 27, 2018 at 12:01 pm - Reply

    salam, saya dari kuching sarawak..saya berminat melihat contoh rumah yang telah siap bernombor 61.Macamana kalau saya nak belikan pelan bagi rumah ersebut..bole tahk?

    • Admin
      Admin March 28, 2018 at 10:56 am - Reply

      waaalaikummussalam,boleh, selepas pembayaran sebanyak rm1000 dibuat, kami akan pos cd,plan engineer, RC plan, plan besi dan 3d

  5. JAAFA April 29, 2018 at 7:34 am - Reply

    salam, bagaimana bentuk rumah plan lantai no 38 . Berapa kos buat ?

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +