PINTU SECURITY DOOR – KEGUNAAN & HARGA

//PINTU SECURITY DOOR – KEGUNAAN & HARGA

Mahligai idaman - pintu security door Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar sejenis pintu yang boleh dikatakan masih baru di pasaran Malaysia yang dipanggil Security Door.

2 minggu lepas, kami telah memasang satu set pintu security door di depan (2 daun) dan pintu dapur di belakang (1 daun) untuk klien kami di Salor, Pasir Mas, Kelantan.

Kenapa ianya dipanggil Security Door?

Pertama, ianya diperbuat daripada besi. (ya, bukan kayu). Jangan terperanjat kerana ada banyak design security door di pasaran, ada corak yang seakan kayu kalau dilihat dari jauh, tetapi apabila di pegang dan diamati, barulah tahu ia diperbuat daripada besi. Secara asasnya, pintu besi ini dikatakan sebagai pengganti grill (Maksudnya anda jimat tidak perlu buat grill dibahagian pintu ini kerana pintu itu sudah dibuat daripada besi)

Kedua, sistem kuncinya juga berbeza dari kebiasaan pintu.
Pintu ini jika dikunci, ia akan secara tidak langsung mengunci bahagian tepi, atas dan bawah pintu dengan serentak. Zapp…dengan sekali pusing dah kunci semuanya.

Pintu Security Door ini didatangkan sekali dengan frame pintu & locking sistemnya. Jika anda membina rumah dengan menggunakan pinjaman rumah, frame pintu biasanya dimasukkan dalam standard kesiapan 45% dalam perjanjian. Tetapi, realiti ditapak, frame pintu bagi security door haruslah dipasang kemudian iaitu sebelum mozek dipasang (ketika progress melebihi 80%).

Anda boleh menggunakan standard perjanjian yang sama, tetapi anda perlulah menandatangan sekeping surat bahawa frame pintu security door ini akan dipasang kemudian. Surat ini dikepilkan sekali oleh kontraktor ketika membuat tuntutan 45% kepada pembiaya.

Berapakah harganya?

Ya, sangat mengujakan tetapi di Malaysia harganya masih mahal. Bagi pintu 1 daun, pintu security door dijual sekitar RM 1,500 ke atas (tidak termasuk upah pemasangan).

Bagi pintu 2 daun pula, pintu security door dijual sekitar RM 3,000 ke atas (tidak termasuk upah pemasangan).

Cadangan kami, jika anda berminat memasang Security Door ini dirumah anda, anda perlulah mengambil ketebalan saiz plate besi ini minima 1.0 mm (sekurang-kurangnya). Barulah boleh dikatakan ianya sebuah ciri ciri pintu keselamatan.

Jika di kawasan yang sering dilanda musibah banjir, Security Door ini boleh dijadi sebagai alternatif kepada pintu kayu yang rosak jika terendam dalam air beberapa hari. Yang menjadikan ianya masih kurang popular di Malaysia adalah disebabkan harganya yang terlampau mahal. Mungkin beberapa tahun mendatang, harga pintu sebegini dijangka mengalami penurunan.

By | 2017-10-02T11:49:15+00:00 September 3rd, 2015|Categories: Berita Semasa|Tags: , |2 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

2 Comments

  1. Ahmad Ridwan Osman June 9, 2016 at 2:13 am - Reply

    kat pahang kedai area mana?

    • Admin
      admin June 15, 2016 at 1:10 am - Reply

      Alamat:
      B-48-2, Tingkat 2,
      Lorong Tun Ismail 6,
      25000 Kuantan, Pahang.
      Malaysia.
      Telefon Pejabat/Faks:
      09-5135158
      Pegawai Untuk Dihubungi:
      017-9309064 (Wan Syamim)
      Waktu Pejabat:
      Isnin – Jumaat (8.00 Pagi – 5.00 Petang)

Leave A Comment

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +