PROFIL SYARIKAT2018-05-24T09:26:40+00:00

Mahligai Idaman Services (KT 0294993-M) dan Mahligai Idaman Services (KT 0294993-M) adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001). GST No: 000405651456

Kontraktor rumah idaman, kontraktor bina rumah

Kontraktor bina rumah atas tanah sendiri

Mahligai Idaman Construction

Mahligai Idaman Services telah mula beroperasi sejak tahun 2008 berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan. Sehingga Ogos 2016, Mahligai Idaman telah membina lebih daripada 100 buah Banglo kediaman di Kelantan Terengganu dan Pahang dengan rekod tiada projek terbengkalai.

Bidang perniagaan utama syarikat ini adalah menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pembinaan bangunan terutama kerja-kerja membina banglo persendirian. Tanah lot banglo yang diuruskan meliputi tanah persendirian, tanah syarikat Mahligai Idaman dan tanah individu atau syarikat lain.

Mahligai Idaman Services

Ditubuhkan pada tahun 2011, Mahligai Idaman Service merupakan anak syarikat kepada Mahligai Idaman Construction. Fokus utama syarikat ini adalah mendirikan rumah siap bina sebelum dijual kepada pelanggan. Senarai rumah siap bina boleh didapati di laman web www.mahligaiidaman.com

Sejak penubuhan, syarikat Mahligai Idaman telah didokong oleh rangkaian tenaga mahir dan berpengalaman dalam bidang hartanah dan pembinaan bangunan. Berbekalkan kemahiran dan pengalaman ini, syarikat bertekad dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkesan dan berdaya maju seterusnya dapat memberikan kepuasan kepada pelanggannya.

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Mahligai Idaman ialah:

  1. Membina dan memajukan bangunan di atas tiga kategori tanah lot banglo:
    1. Tanah lot banglo milik Mahligai Idaman
    2. Tanah lot banglo persendirian miik individu yang ingin menjual
    3. Tanah lot banglo persendirian milik pelanggan
  2. Mengubahsuai rumah dan bangunan
  3. Menguruskan pinjaman kerajaan/bank/KWSP dan lain-lain bagi pihak pelanggan atau pembeli rumah
  4. Khidmat proses pecah lot atas dua kategori dana:
    1. Dana tuan tanah
    2. Dana syarikat Mahligai Idaman

Selain itu, Mahligai Idaman juga mengalu-alukan individu atau syarikat yang ingin bekerjasama melalui penggabungan modal bagi membeli tanah secara bersama.

Haji Wan Sukri Bin Wan Othman
Pengasas/Pengarah/Pengurus Kewangan
B.AC (Hons.) Accountancy (UKM)
+6019-9170696
wansukri@mahligaiidaman.com
Profail Facebook »
wan-sukri
Wan Mohd Syazwan bin Wan Sukri
Pengurus Pemasaran
B.E (Hons.) Mechanical (Universiti Teknologi Petronas)
+6019-9825534
wansyazwan@mahligaiidaman.com
Profail Facebook »
wan-syazwan
Wan Mohd Syahir bin Wan Sukri
Pengurus Operasi Terengganu
B.E (Hons.) Mechatronics (UniMaP)
+6019-9845534
wansyahir@mahligaiidaman.com
Profail Facebook »
wan-syahir
MotoKomited, Amanah dan BerintegritiVisiBeriltizam menjadikan syarikat berdaya maju yang mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan sepanjang masa.Misi
  • Mengenal pasti lokasi tanah sesuai dan strategik untuk kediaman.
  • Memastikan kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh tenaga mahir.
  • Memastikan kerja-kerja pembinaan menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.
  • Berusaha memastikan pelaksanaan kerja menepati tempoh masa.
  • Sentiasa memberikan perkhidmatan yang mesra pelanggan.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +