Slide KELIRU? TANYA KAMI ANDA

UMUM

  • Salinanan geran tanah lengkap
  • Salinan kad pengenalan
  • Alamat surat menyurat
  • Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah. Sekiranya tiada tanah sendiri, bakal pelanggan boleh membeli tanah-tanah yang dimiliki oleh syarikat Mahligai Idaman. Sekiranya tiada yang sesuai, pihak syarikat boleh membantu mencari tanah yang dijual oleh individu atau syarikat lain.

    Ada beberapa kriteria yang perlu di lihat dan di pastikan sebelum anda memilih tanah untuk di beli dan seterusnya di majukan. Anda perlu memastikan tanah tersebut memenuhi beberapa kriteria. Antaranya tanah tersebut mempunyai geran individu, bukan tanah pusaka yang masih tidak selesai (proses menjadi rumit dan panjang), tiada kaveat dan tiada sekatan-sekatan kepentingan yang boleh menghalang tanah tersebut dipindahmilik.

    Bagi tanah yang terdiri daripada pasir pantai atau tanah gambut, kajian lanjut kesesuaian pembinaan rumah atau teknik pembinaan yang sesuai perlu dilakukan dengan membuat Kajian Tanah (Soil Investigation) yang akan diuruskan oleh pakar geologi. Kos untuk kajian ini perlu ditanggung oleh pelanggan.

    Sekiranya kajian mendapati perlunya penggunaan kaedah lain dalam pembinaan rumah, contohnya penggunaan tiang cerucuk (piling), kos tambahan akibat penggunaan kaedah ini perlu ditanggung oleh pelanggan.

    Ada PBT yang membenarkan pembinaan rumah di atas tanah berstatus pertanian dan ada juga PBT yang tidak membenarkan pembinaan di atas tanah berstatus pertanian kecuali selepas ditukar status kepada status Bangunan. Bagi PBT yang membenarkan, syarat asas kebenaran bagi tanah lot berstatus pertanian adalah pembinaan untuk sebuah bangunan sahaja dibenarkan di atas tanah lot berkenaan.

    PEMBIAYAAN TUNAI

    Tidak perlu.

    PINJAMAN BANK

    Perlu. Bank hanya menerima geran berstatus Bangunan untuk kelulusan pinjaman.

    PINJAMAN KERAJAAN

    Tidak perlu kecuali kelulusan pelan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT) mewajibkan penukaran status tanah untuk kelulusan pelan rumah. Walaubagaimanapun, jika tanah dibeli dari pihak ketiga, adalah lebih baik membeli tanah berstatus bangunan kerana nilai pinjaman bergantung kepada nilai penilaian. Penilaian harga tanah bangunan lebih tinggi daripada tanah pertanian.

    Tidak boleh untuk mendapatkan pinjaman perumahan samada pinjaman kerajaan atau pinjaman bank kerana proses pinjaman melibatkan geran tanah berkenaan dicagarkan kepada pihak pembiaya. Cagaran pula perlu di atas nama peminjam sahaja.

    Tiada masalah bagi pembiayaan tunai.

    Sekiranya tanah berkenaan adalah lot yang besar dan mempunyai ramai penama yang perlu dibahagikan, anda perlu menguruskan terlebih dahulu proses pecah lot atau pecah sempadan supaya geran individu dapat dikeluarkan di atas nama anda. Proses pecah lot boleh dirujuk kepada jurukur-jurukur swasta dan diuruskan oleh mereka.

    Tidak. Kos pembinaan rumah hanya mengambil kira rumah yang dibina di atas tanah yang sudah rata dan siap sedia untuk pembangunan. Walaubagaimanapun, kami boleh membantu pelanggan menambun tanah dengan kos menambun ditanggung oleh pelanggan.

    Ya, orang luar boleh membeli tanah di Kelantan dengan syarat mendapat kelulusan daripada Exco negeri. Permohonan boleh dibuat di pejabat exco negeri  di Wisma SUK (Setiausaha Kerajaan). Antara syarat asas pertimbangan permohonan pembelian tanah bagi orang luar adalah tinggal dan bekerja di Kelantan. Proses kelulusan pula mengambil masa di antara empat hingga enam bulan.

    Buat masa ini, servis pelan hanya kami lakukan pada pelanggan yang berminat untuk bina rumah bersama kami. Terima kasih

    Di Mahligai Idaman Services terdapat dua spesifikasi utama iaitu, RM 135 per kps dan RM 140 per kps dengan kompenen/peralatan rumah yang berkualiti dan diimport sendiri.

    Buat masa sekarang kami hanya beroperasi di Kelantan, Terengganu sahaja.

    Ya, kami ada tawarkan pembinaan rumah mampu milik di lokasi tanah-tanah milik syarikat sahaja dengan keluasan minimum rumah seluas 1,000 kaki persegi.

    Untuk pembinaan di tanah sendiri, harga yang kami tetapkan adalah berdasarkan spesifikasi kami dengan keluasan minimum 1,200 kaki persegi.

    Tidak. Buat masa ini tumpuan kami lebih kepada pembinaan rumah baru sahaja.

    Keluasan minimum rumah 2-tingkat yang kami cadangkan adalah 2,500 kaki persegi

    Rumah lebih daripada satu tingkat akan melibatkan kos yang lebih tinggi dari sudut upah tukang, penggunaan staging dan penggunaan jentera seperti kren bagi menyiapkan tingkat-tingkat yang lebih tinggi.

    Boleh. walaubagaimanapun, kos untuk menaikkan rumah menggunakan tiang bagi bahagian bawah perlu dikira berasingan.

    Harga asas adalah harga keluasan rumah yang didarabkan dengan harga per kaki persegi berdasarkan pakej yang dipilih. Harga asas tidak termasuk aksesori atau hiasan lain seperti kabinet dapur, shower screen, grill tingkap, cornices, groovelines, pagar, lampu, kipas dan item-item di luar spesifikasi asas.

    Harga asas juga tidak dikira bersama fee-fee yang lain seperti yuran guaman, kos pelan rumah, Sijil Kelayakan Duduk (SKD) dan juga deposit elektrik dan air.

    1 Step 1
    Tiada Jawapan Anda Cari?
    keyboard_arrow_leftPrevious
    Nextkeyboard_arrow_right

    GUAMAN

    Anggaran kos guaman adalah 3% daripada harga kontrak bina rumah berdasarkan sebut harga yang di keluarkan oleh pihak kami, namun kos sebenar adalah mengikut bil yang di keluarkan oleh pihak firma guaman.

    Boleh, kos guaman bagi pembinaan rumah samaada loan LPPSA atau loan bank boleh di masukkan kedalam loan. Walaubagaimanapun, kelulusan akhir pinjaman termasuk yuran guaman adalah di atas kelulusan pihak pembiaya.

    Yuran guaman adalah sama antara sektor swasta dan kerajaan tetapi yang berbeza di sini ialah dari segi duti setem. Duti setem bagi pinjaman bank lebih tinggi dari pinjaman kerajaan.

    Boleh, namun kami perlu menilai terlebih dahulu peguam yang dilantik oleh pihak pelanggan bagi memastikan kelancaran proses pembinaan rumah. Maklumat lengkap berkenaan dengan peguam yang dilantik hendaklah diberikan kepada pihak Mahligai Idaman. Ia adalah bagi memudahkan pihak MIS berhubung secara langsung dengan peguam tersebut dalam memastikan urusan yang terlibat berjalan dengan lancar.

    Boleh. Walaubagaimanapun, penggunaan servis pihak guaman yang disarankan oleh pihak kami lebih digalakkan atas faktor kami telah menilai mutu servis perkhidmatan mereka.

    Kebiasaannya dalam tempoh dua bulan bergantung kepada urusan dokumentasi antara klien dan peguam.

    Boleh tetapi pinjaman bersama LPPSA dan sektor swasta terhad kepada beberapa bank tertentu sahaja.

    Bagi pinjaman perumahan kerajaan (LPPSA), potongan di luar slip tidak diambil kira. Namun, untuk pinjaman bank, semua jenis potongan di dalam atau di luar slip gaji akan diambil kira dalam kelulusan pinjaman.

    Pemilihan bank bagi membiayai pinjaman perumahan terletak di tangan pembeli. Buat masa ini, Mahligai Idaman boleh menguruskan semua pinjaman bank kecuali Bank Muammalat. Dari semasa ke semasa, pihak kami akan membantu pelanggan-pelanggan kami memilih pembiaya berdasarkan faktor-faktor yang sesuai seperti kadar faedah, tempoh pinjaman dan nilai tambah lain yang ditawarkan oleh pihak bank.

    Kebiasaannya pihak bank hanya meluluskan pinjaman sehingga 90% harga rumah bergantung kepada status kewangan pelanggan. Selebihnya peminjam perlu menambah menggunakan duit simpanan atau melalui pengeluaran caruman KWSP. 

    Pinjaman Kerajaan

    Bayaran bulanan hanya perlu dibayar setelah pemilik menandatangani borang penerima rumah siap.

    Pinjaman Bank

    Bayaran bulanan bermula sebaik sahaja bank mengeluarkan bayaran tuntutan pertama kepada kontraktor. Bayaran bulanan awal yang dikenakan sebelum rumah siap adalah nilai kadar faedah mengikut tuntutan yang telah dibayar kepada pihak kontraktor. Bayaran penuh kepada pihak bank bermula setelah rumah disiap dan diserahkan.

    Pinjaman Kerajaan

    Untuk pinjaman kerajaan, kelayakan pinjaman boleh dikira melalui link Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di link ini : http://www.lppsa.gov.my/v2/kalkulator-lppsa/

    Pinjaman Bank

    Untuk pinjaman bank, pemohon perlu merujuk kelayakan pinjaman mereka kepada pihak bank kerana tiada mekanisma tetap senarai pinjaman maksimum seperti yang ditawarkan oleh pinjaman kerajaan. Kelayakan pinjaman bergantung kepada pendapatan pemohon di samping komitmen-komitmen lain yang ditanggung oleh pemohon berdasarkan rekod CCRIS/CTOS seperti pinjaman kereta dan kad kredit.

    Selain itu, perkara-perkara seperti rekod pelaburan amanah saham, emas dan simpanan KWSP boleh digunakan sebagai sokongan kepada permohonan pinjaman.

    Tidak boleh kerana pinjaman hanya di luluskan bagi pembinaan rumah di lot yang sama sahaja.

    PEMBINAAN

    Tempoh kontrak pembinaan standard Mahligai Idaman adalah 24 bulan daripada tarikh kelulusan pinjaman perumahan atau bermula daripada tarikh penyerahan 10% deposit harga rumah bagi pelanggan yang membuat pembiayaan tunai. Tempoh ini mengambil kira faktor-faktor di luar jangkaan seperti cuaca dan juga mengambil kira tempoh mendapatkan Sijil Kesiapan dan Pematuhan (CCC).

    Walaubagaimanapun, kebiasaannya rumah dapat disiapkan dalam tempoh yang lebih pendek bergantung kepada saiz rumah.

    Ada banyak faktor yang mempengaruhi tempoh pembinaan bagi sesebuah rumah, salah satunya ialah cuaca. Jika hujan kebiasaannya tukang tidak akan bekerja di tapak. Faktor lain adalah seperti masa diambil oleh pelanggan bagi membuat keputusan pemilihan sesuuatu material binaan atau perubahan pembinaan.

    Boleh selagi tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak PBT. Selain itu, sebarang perubahan ke atas struktur rumah perlu dimaklumkan kepada PBT dan pelan perubahan perlu dihantar untuk kelulusan mereka. Sebarang kos tambahan akibat perubahan perlu ditanggung oleh pelanggan.

    Untuk mozek ada yang harga murah dan ada yang harga mahal, tetapi bagi majoriti projek yang dibuat oleh kontraktor, biasanya harga mozek yang diberikan dalam spesifikasi lebih murah berbanding laminate floor jika dibuat perbandingan.

    Tidak. Kos deposit air dan deposit elektrik adalah di bawah tanggungan pelanggan atau pemilik rumah sendiri

    Ketinggian beam bawah bagi spesifikasi rumah mahligai idaman ialah satu kaki setengah, manakala ketinggian lantai ke beam atas ialah dua belas kaki.