Pinjaman Bank
Pemohon perlu merujuk kelayakan pinjaman mereka kepada pihak bank kerana tiada mekanisma tetap senarai pinjaman maksimum seperti yang ditawarkan oleh pinjaman kerajaan. Kelayakan pinjaman bergantung kepada pendapatan pemohon di samping komitmen-komitmen lain yang ditanggung oleh pemohon berdasarkan rekod CCRIS/CTOS seperti pinjaman kereta dan kad kredit.
Selain itu, perkara-perkara seperti rekod pelaburan amanah saham, emas dan simpanan KWSP boleh digunakan sebagai sokongan kepada permohonan pinjaman.
Ya, pihak kami akan menguruskan proses pendaftaran elektrik dan air untuk rumah pelanggan tetapi kos deposit penyambungan perlu ditanggung oleh pelanggan.
Kos tambahan boleh dikenakan bagi tanah yang jaraknya lebih 300 meter daripada tiang elektrik terdekat. Ini kerana, kos tiang elektrik adalah percuma untuk tiga batang tiang pertama sahaja.
Kos tambahan turut akan dikenakan bagi penyambungan paip air yang terletak di seberang jalan rumah atau jarak yang lebih jauh.
Boleh selagi tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak PBT. Selain itu, sebarang perubahan ke atas struktur rumah perlu dimaklumkan kepada PBT dan pelan perubahan perlu dihantar untuk kelulusan mereka. Sebarang kos tambahan akibat perubahan perlu ditanggung oleh pelanggan.
Tempoh pembinaan sesebuah rumah bergantung kepada keluasan rumah tersebut. Kebiasaannya untuk rumah berkeluasan 2000 kaki persegi, tempoh pembinaan rumah memakan masa selama 7-8 bulan.
Walaubagaimanapun, tempoh kontrak pembinaan standard Mahligai Idaman adalah 18 bulan daripada tarikh kelulusan pinjaman perumahan atau bermula daripada tarikh penyerahan 10% deposit harga rumah bagi pelanggan yang membuat pembiayaan tunai. Tempoh ini mengambil kira faktor-faktor di luar jangkaan seperti cuaca dan juga mengambil kira tempoh mencapatkan Sijil Kesiapan dan Pematuhan (CCC).
Boleh, namun kami perlu menilai terlebih dahulu peguam yang dilantik oleh pihak pelanggan bagi memastikan kelancaran proses pembinaan rumah.
Maklumat lengkap berkenaan dengan peguam yang dilantik hendaklah diberikan kepada pihak Mahligai Idaman. Ia adalah bagi memudahkan pihak MIS berhubung secara langsung dengan peguam tersebut dalam memastikan urusan yang terlibat berjalan dengan lancar.
Kebiasaannya pihak bank hanya meluluskan pinjaman sehingga 90% harga rumah bergantung kepada status kewangan pelanggan. Selebihnya peminjam perlu menambah menggunakan duit simpanan atau melalui pengeluaran caruman EPF. Bagaimanapun, harga rumah boleh di `mark up’ supaya jumlah pinjaman menghampiri 100%.
Pinjaman Kerajaan
Bayaran bulanan hanya perlu dibayar setelah pemilik menandatangani boring penerima rumah siap.
Pinjaman Bank
Bayaran bulanan bermula sebaik sahaja bank mengeluarkan bayaran tuntutan pertama kepada kontraktor. Bayaran bulanan awal yang dikenakan sebelum rumah siap adalah nilai kadar faedah mengikut tuntutan yang telah dibayar kepada pihak kontraktor.
Bayaran penuh kepada pihak bank bermula setelah rumah disiap dan diserahkan.
Pemilihan bank bagi membiayai pinjaman perumahan terletak di tangan pembeli. Buat masa ini, Mahligai Idaman boleh menguruskan semua pinjaman bank kecuali Bank Muammalat. Dari semasa ke semasa, pihak kami akan membantu pelanggan-pelanggan kami memilih pembiaya berdasarkan faktor-faktor yang sesuai seperti kadar faedah, tempoh pinjaman dan nilai tambah lain yang ditawarkan oleh pihak bank.
Ya, orang luar boleh membeli tanah di Kelantan dengan syarat mendapat kelulusan daripada Exco negeri. Permohonan boleh dibuat di pejabat exco negeri di Wisma SUK (Setiausaha Kerajaan). Antara syarat asas pertimbangan permohonan pembelian tanah bagi orang luar adalah tinggal dan bekerja di Kelantan. Proses kelulusan pula boleh mengambil masa di antara empat hingga enam bulan.
Tidak. Kos pembinaan rumah hanya mengambil kira rumah yang dibina di atas tanah yang sudah rata dan siap sedia untuk pembangunan. Walaubagaimanapun, kami boleh membantu pelanggan menambun tanah dengan kos menambun ditanggung oleh pelanggan.
Sekiranya tanah berkenaan adalah lot yang besar dan mempunyai ramai penama yang perlu dibahagikan, anda perlu menguruskan terlebih dahulu proses pecah lot atau pecah sempadan supaya geran individu dapat dikeluarkan di atas nama anda.
Proses pecah lot boleh dirujuk kepada jurukur-jurukur swasta dan diuruskan oleh mereka.
Ada PBT yang membenarkan pembinaan rumah di atas tanah berstatus pertanian dan ada juga PBT yang tidak membenarkan pembinaan di atas tanah berstatus pertanian kecuali selepas ditukar status kepada status Bangunan.
Bagi PBT yang membenarkan, syarat asas kebenaran bagi tanah lot berstatus pertanian adalah pembinaan untuk sebuah bangunan sahaja dibenarkan di atas tanah lot berkenaan.
Pinjaman Kerajaan dan Pinjaman Bank
Tidak boleh untuk mendapatkan pinjaman perumahan samada pinjaman kerajaan atau pinjaman bank kerana proses pinjaman melibatkan geran tanah berkenaan dicagarkan kepada pihak pembiaya. Cagaran pula perlu di atas nama peminjam sahaja.
Tidak perlu.
PINJAMAN BANK
Perlu. Bank hanya menerima geran berstatus Bangunan untuk kelulusan pinjaman
PINJAMAN KERAJAAN
Tidak perlu kecuali kelulusan pelan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT) mewajibkan penukaran status tanah untuk kelulusan pelan rumah. Walaubagaimanapun, jika tanah dibeli dari pihak ketiga, adalah lebih baik membeli tanah berstatus bangunan kerana nilai pinjaman bergantung kepada nilai penilaian. Penilaian harga tanah bangunan lebih tinggi daripada tanah pertanian.
Bagi tanah yang terdiri daripada pasir pantai atau tanah gambut, kajian lanjut kesesuaian pembinaan rumah atau teknik pembinaan yang sesuai perlu dilakukan dengan membuat Kajian Tanah (Soil Investigation) yang akan diuruskan oleh pakar geologi. Kos untuk kajian ini perlu ditanggung oleh pelanggan.
Sekiranya kajian mendapati perlunya penggunaan kaedah lain dalam pembinaan rumah, contohnya penggunaan tiang cerucuk (piling), kos tambahan akibat penggunaan kaedah ini perlu ditanggung oleh pelanggan.
Ada beberapa kriteria yang perlu dilihat dan dipastikan sebelum anda memilih tanah untuk dibeli dan seterusnya dimajukan.
Anda perlu memastikan tanah tersebut memenuhi beberapa kriteria;
Tanah tersebut bukan tanah pusaka yang masih tidak selesai (proses menjadi rumit dan panjang).
Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah.
Sekiranya tiada tanah sendiri, pihak kami akan memaklumkan kepada individu yang berminat sekiranya terdapat tanah lot banglo untuk dijual dan mereka boleh menggunakan pinjaman untuk membiayai pembelian `tanah + banglo’.
Pakej `tanah + banglo’ adalah pakej untuk individu yang tidak mempunyai tanah sendiri di mana pihak kami akan mencari tanah untuk individu tersebut. Jumlah keseluruhan pinjaman perumahan adalah termasuk dengan harga tanah.
- Salinan geran tanah lengkap
- Salinan kad pengenalan
- Alamat surat-menyurat
- Alamat e-mail
- Nombor telefon