Tip Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

/, Tips Bina Rumah/Tip Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Assalamualaikum dan selamat petang/sejahtera kepada semua pembaca blogger Mahligaiidaman.com,

Harini admin akan kongsikan serba sedikit tips mudah bina rumah atas tanah sendiri anda.

Mendengar tajuk artikal ini sudah cukup mengujakan kita yang mahukan lengkapkan kehidupan bersama keluarga. Kerana setiap individu yang sudah berkeluarga dan kerjaya pasti akan berhasrat untuk mempunyai kediaman sendiri. Tambahan pula, kawasan kampung merupakan tempat paling ideal untuk membina rumah impian. Dengan suasana hijau yang mengasyikkan, ditambah pula dengan kemesraan masyarakat telah menjadikan sebagai tarikan kepada warga kota untuk membina aset mereka.

Zaman era baru ini bentuk dan konsep rumah juga berubah mengikut peredaran semasa. Rumah yang dibina sekarang ini mementingkan beberapa aspek seperti gaya hidup moden, kecekapan ruang, dan elemen keselesaan penghuni. Rekaan dalaman rumah moden ini dalam melengkapkan aksesori yang disusun lebih praktikal kerana dapat mencipta ruang yang nampak lebih besar. Selain itu sentuhan warna juga memperlihatkan rumah moden sekarang ini mempunyai elemen ketenangan dan harmoni.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kubang Kerian

KELEBIHAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

1. Bajet pembinaan dikawal oleh anda sendiri atau bergantung kepada kemampuan. Apabila bina rumah diatas tanah sendiri anda boleh menentukan reka bentuk rumah mengikut kemampuan bajet anda. Samaada untuk menbina lot banglo, semi D dan sebagainya. Ada juga kontaktor rumah yang akan bagi cadangan rumah yang sesuai dengan bajet mengikut harga nilai semasa.

2. Kos pembinaan rumah juga lebih murah berbanding kos beli rumah. Memang benar sekiranya anda membina rumah sendiri kos lebih murah berbanding beli rumah dari pemaju. Sebagai contoh harga sebuah rumah banglo mencecah RM1juta berbanding dengan membina kos hanya beratus ribu ringgit untuk Lot banglo. Disini anda dapat lihat bahawa pemaju yang
menjual rumah mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda.

3. Bebas menentukan konsep yang anda inginkan. Lagi satu kelebihan yang anda dapat jika anda bina rumah atas tanah anda sendiri. Anda boleh menentukan design dan konsep rumah yang anda idamkan untuk rumah anda. maksudnya adalah anda juga membina rumah impian anda.

4. Menambah aset kekal diatas tanah sendiri. Kelebihan yang jelas apabila membina rumah atas tanah sendiri. Melalui sudut pandangan ekonomi anda telah menambah aset kekal. Kerana harga tanah dan harga rumah semakin meningkat saban hari. Rumah yang anda bina boleh dibuat sewaan atau dijual Lot rumah kepada individu lain yang mempunyai kepentingan.

PROSES BINAAN RUMAH

Langkah Pertama

Membina rumah sendiri atas tanah sendiri apabila di gambarkan nampak mudah. Namun sebenarnya tidak semudah yang dipandang kerana untuk bina rumah atas tanah sendiri banyak proses dan selok-belok yang memerlukan kefahaman yang terperinci.

Apatah lagi bagi individu yang pertama kali ingin membina rumah sememangnya banyak aspek yang mereka tidak berikan perhatian. Malah ada sengelintir daripada mereka yang tidak memahami sebetul-betulnya perkhidmatan yang ditawarkan oleh kontraktor mereka. Berikut adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan oleh pemilik tanah
sebelum pergi ke proses bina rumah.

1. Geran Tanah.

Geran tanah ini amatlah penting dalam proses pembinaan rumah. Pemilik perlu pastikan nama pemilikannya adalah namanya atau nama pasangan, atau ada juga yang buat geran kongsi (suami, isteri).

Selain itu juga semak kategori kegunaan tanah seperti pertanian, komersial, ataupun kediaman. Jika kategorinya bukan untuk kediaman anda patut menukarkannya.

Dalam hal ini, anda boleh buat sendiri atau mahu lebih lancar boleh guna khidmat perunding tanah atau peguam. Akan tetapi untuk segala kos semasa proses penukaran kategori 100% dibiayai oleh anda sendiri.

2. Keadaan Tanah

Anda juga seharusnya memberi perhatian terhadap keadaan tanah yang akan dilakukan pembinaan rumah. Sama ada tanah rata,berbukit,tanah lembah, tanah rendah dan sebagainya. Selain itu, tanah anda telah dibiarkan lama tidak dibersihkan dari semak samun, hutan dan sebagainya. Jika ditanah anda ada mengalami masalah tersebut anda sepatutnya mengambil langkah sendiri. seperti menambung tanah, membersih dan membuat jalan untuk ke tanah anda.

Kos-kos dari kerja tersebut daripada poket anda sendiri. Kerana kebiasaannya kontraktor Cuma sediakan rumah perkhidmatan seperti langkah awal ini tidak dalam perkhidmatan mereka.
Tambahan lagi, batu sempadan juga bukan kerja kontraktor anda sebaliknya adalah dari tindakan anda yang akan mengukur keluasan tanah dan meletakkan batu penanda sempadan. Luas tanah ini berdasarkan lot tanah yang dipersetujui oleh pejabat tanah kawasan anda.

Langkah kedua

Setelah tanah selesai dibersihkan manakala dokumen-dokumen dikemaskini oleh pemilik. Oleh itu, boleh mula berbincang dangan kontraktor tentang proses-proses bina rumah. Proses ini bermula dengan perbincangan “dua mata” antara anda dan kontraktor. Dalam proses awal ini kontraktor biasa akan menggentengahkan tentang perjalanan proses bermula proses pelan, kelulusan dari majlis daerah, pembiayaan projek, dan proses pembinaan.

  1. Proses pelan.

Proses pelan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pelan lantai, pelan 3D dan kemudian ke plan detail. Pelan lantai ialah lebih fokus kepada penyusunan ruangan asas dalam rumah tersebut seperti bilik,dapur,tandas dan sebagainya. Aspek penting dalam pelan ini yang sering dititik berat oleh pelukis pelan ialah pencahayaan, ukuran sesuatu ruang, suhu dalaman rumah dan sebagainya. Pelan lantai ini kebiasaannya kontraktor akan mengikut citarasa anda dan merujuk juga terhadap penyusunan ruang yang betul supaya rumah dalam suasana yang
selesa.

Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 01

Setelah pelan lantai siap dan telah dipersetujui oleh anda kemudian kontraktor akan ke Pelan 3D.

Pelan 3D merupakan gambaran awal setelah rumah anda siap dibina. Melalui pelan 3D ini gambaran dari setiap sudut lebih jelas ia juga dapat membantu anda, tukang dan kontraktor memahami rekabentuk rumah. Tambahan lagi, gambaran luaran dari atas akan menampakkan dengan jelas reka bentuk bumbung.

bumbung rumah

 

  1. Majlis Daerah.

Setelah anda dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengan pelan rekabentuk rumah anda. Seterusnya pelan rekabentuk dihantar kepada majlis daerah kawasan anda untuk tujuan pemeriksaan dan untuk mendapat kelulusan pembinaan. Pemeriksaan ini penting kerana untuk menentukan pelan dan bukaan rumah dalam lot tanah mengikut piawaian daerah tersebut.

  1. Pembiayaan.

Pembiayaan kos ini biasanya mengikut peratusan pembinaan yang telah ditetapkan. Kaedah bayaran secara “claim” yang sering digunakan oleh kontraktor kepada pelanggan. Bagi Kos proses pembinaan rumah dilakukan melalui 2 kaedah iaitu secara tunai atau pinjaman bank dan agensi-agensi yang berkaitan.

Bayaran Tunai

Bayaran secara tunai lebih mudah kerana terus terima daripada pelanggan. Walaupun secara tunai sistem bayaran juga mengikut tahap ataupun peratus rumah pelanggan dibina. Namun, yang membezakan pula bagi peringkat permulaan pembinaan pelanggan perlu membayar 20% sebelum memulakan pembinaan.

Pinjaman Bank, LPPSA, lain-lain agensi

Bagi pelanggan yang tidak membayar secara tunai boleh dilakukan melalui pinjaman. Pinjaman yang dibuat perlukah sah dan pinjaman yang berdaftar, lebih tepat lagi disaluran baik. Apabila melibatkan pinjaman ia juga akan melibatkan peguam. Setiap kali bayaran dituntut surat dari peguam akan dikeluarkan sebagai bukti.

Lembaga Pembiayaan Perumah Sektor Awan(LPPSA)

Bagi yang bekerja di bawah sektor kerajaan boleh menggunakan LPPSA sebagai pengantaraan dengan

pihak kontraktor. Surat penyata akan dikeluarkan bila selesai buat tuntutan. Bayaran balik kepada LPPSA melalui pemotongan gaji bulanan mengikut jumlah yang telah disesuaikan.

Pinjaman bank.

Kepada yang tidak bekerja di bawah sektor kerajaan boleh buat pinjaman melalui bank. Dalam malaysia banyak bank yang menawarkan pinjaman dengan kadar cukai yang rendah. Apabila melibatkan bank geran tanah dan rumah akan diserahkan kepada pihak bank sebagai cagaran.

  1. Pembinaan

Proses pembinaan akan dimulakan setelah segala perkara 1 hingga perkara 3 selesai dan mendapat kebenaran untuk kerja-kerja pembinaan. Proses pembinaan ini mengambil masa 5 atau 6 bulan bergantung kepada keluasan rumah dan juga lain- lain aspek.

Anda Ada Tanah Sendiri? Nak Bina Rumah?

Boleh tekan link dibawah untuk menghubungi Kontraktor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di Kelantan & Terengganu.

Kelantan:
www.mahligaiidaman.com/shazili
www.mahligaiidaman.com/izani
www.mahligaiidaman.com/fakimi

019-930 9377
019-985 0277
019-982 8577

Terengganu:
www.mahligaiidaman.com/amir
www.mahligaiidaman.com/naaila
www.mahligaiidaman.com/saiful

013-986 5534
019-943 5534
019-932 1677

 

By |2018-08-13T10:15:55+00:00July 19th, 2018|Categories: Artikel Umum, Tips Bina Rumah|Tags: , , |0 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +