Siling Kapur

Siling merupakan sebahagian daripada rumah yang penting, pada zaman sekarang fesyen dan reka bentuk siling telah banyak berkembang sehingga fungsinya juga menambah estetika rumah dengan motif dan juga warna.

Siling beranika ragam ini diperbuat daripada pelbagai material yang berbeza-beza yang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Kekemasan siling terletak di bawah bumbung atau pun di bawah lantai tingkat atas sesuatu bangunan tersebut. Kegunaan asal siling adalah untuk menutup bumbung bangunan atau lantai bangunan tersebut.

Kekemasan ini dilekatkan dengan penahan di bawah sesebuah siling atau lantai. Kebiasaanya siling diperbuat daripada ‘plasterboard’ namun sudah digunakan pelbagai material yang berbeza pada masa sekarang.

Tujuan pembinaan siling juga adalah sebagai kemasan dalam di bawah bumbung bagi melindungi kayu-kayu kasau, beroti, gulung-gulung bumbung dan sebagainya daripada penglihatan. Siling juga dibuat bertujuan menghalang haba panas atau sejuk daripada menembusi bumbung dan seterusnya masuk ke dalam bumbung. Siling juga boleh digunakan sebagai penghalang bunyi keluar atau masuk kedalam bangunan.

Namun tidak semua material dapat menghalang bunyi tersebut, ini menyebabkan bahan material yang khas dan tertentu sahaja dapat membantu menghalang bunyi dari keluar atau masuk.

Sumber: ct aisyah

Untuk Siling rumah yang dibina oleh Mahligai Idaman.

Lihat gambar di bawah, antara kesiapan klien bina rumah di atas tanah sendiri di Besut, Terengganu.

Kali ni dalam proses menyiapkan siling kapur.

Siling kapur Siling kapur Siling kapur

Berminat untuk perkhidmatan bina rumah?

Ketahui langkah dan proses lanjut dengan menhubungi kami di talian;
019-985 0277
Mr. Izani