Menguruskan Ruang Dapur

Ruang dapur anda sempit?

tidak teratur dan tidak kemas?

Jom ikuti beberapa tip yang kami ingin kongsikan dalam membantu menguruskan ruang dapur anda dengan baik.

1. Ketahui kedudukan jarak tempat anda memasak dan menyediakan makanan. Barangan yang sentiasa digunakan untuk penyediaan makanan harus diletakkan berhampiran. Ia akan memudahkan penyimpanan, selain memberi keselesaan buat anda tanpa perlu bergerak jauh.

dapur

2. Di manakah anda boleh mencari ruang penyimpanan tambahan?
Cari semua ruang-ruang yang tersembunyi seperti di atas almari dinding dan belakang pintu kabinet.

dapur

3. Mana-mana peralatan untuk membuat biskut atau kek yang hanya digunakan sekali-sekala boleh disimpan di satu tempat seperti di dalam laci.
Ia bukan sahaja memudahkan anda mencari barangan tersebut malah lebih kemas.

dapur

4. Barang-barang yang kerap di gunakan andai tidak ada lagi ruang di dalam kabinet sebaiknya di gantung sahaja pada bahagian dinding.
Bina sebuah atau para untuk meletakkan barangan dapur dengan kemas.

dapur