Pelan rumah 3 bilik Jenis Rekabentuk, Cara Pilih Mengikut Saiz Tanah & Anggaran Kos Bina

Pelan rumah 3 bilik adalah pilihan paling popular di kalangan keluarga Malaysia yang merancang untuk bina rumah atas tanah sendiri atau membeli rumah. Rumah 3 bilik ini bersesuai untuk keluarga yang kecil atau sederhana dengan 2 hingga 5 orang ahli keluarga.

Namun terdapat banyak contoh untuk pelan rumah 3 bilik ini sama ada dari rekabentuk, susun atur lantai dan cara ia disesuaikan dengan saiz tanah anda akan menentukan sama ada rumah itu selesa didiami ataupun tidak. Artikel ini akan membimbing anda memahami pilihan yang ada supaya anda buat keputusan yang tepat sebelum mengeluarkan perbelanjaan anda.

Mengapa Pelan Rumah 3 Bilik Masih Pilihan Utama Keluarga Malaysia?

Walaupun tren rumah mewah dan pelan rumah 4 – 5 bilik semakin popular, pelan rumah 3 bilik kekal relevan kerana beberapa faktor iaitu:-

Saiz keluarga Malaysia

3- 4 Orang

median isi rumah 2023

Jimat kos bina

15–25%

anggaran penjimatan

GFA minimum lazim

60–80 m²

untuk 3 bilik standard

Masa bina lazim

8–14 bulan

dari kelulusan PBT

  • Fleksibel: Bilik ke-3 boleh difungsikan sebagai bilik kerja, bilik tetamu atau bilik simpanan mengikut keperluan semasa
  • Nilai sewa kompetitif: Rumah 3 bilik mempunyai permintaan sewa yang konsisten di kebanyakan kawasan perumahan di Malaysia
  • Mudah diselenggara: Saiz yang lebih kecil bermakna kos penyelenggaraan tahunan yang lebih rendah
  • Masa depan: Mudah diubah suai atau ditambah bilik jika keperluan berubah

Jenis-Jenis Pelan Rumah 3 Bilik & Yang Mana Sesuai Untuk Anda?

Terdapat beberapa jenis rekabentuk asas pelan rumah 3 bilik yang lazim digunakan di Malaysia. Setiap jenis mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada bentuk tanah, orientasi dan gaya hidup anda.

Pelan Linear (Satu Baris)
Semua bilik disusun dalam satu garis panjang. Paling sesuai untuk tanah memanjang

Pelan L-Shape
Bangunan berbentuk L — bilik tidur di satu sayap, ruang tamu dan dapur di sayap lain. Privasi lebih baik.

Pelan Compact / Kotak
Bangunan berbentuk hampir segi empat sama. Paling efisien dari segi kos bina dan penggunaan bahan.

Pelan Dua Tingkat
Ruang tamu dan dapur di bawah, 3 bilik tidur di atas. Sesuai untuk tanah kecil yang memerlukan lebih ruang.

Pelan Courtyard / Terbuka
Mengandungi ruang terbuka atau courtyard di tengah. Pengudaraan semula jadi lebih baik, sesuai untuk iklim Malaysia.

Jadual Perbandingan Jenis Pelan Rumah 3 Bilik

Jenis Pelan

Kelebihan

Kekurangan

Terbaik untuk

Linear

Mudah bina, kos rendah, laluan jelas

Privasi terhad, bilik hujung kurang cahaya

Tanah 20′ × 70′ ke atas

L-Shape

Privasi baik, ada ruang luar semula jadi

Kos bina lebih tinggi, sudut bangunan kompleks

Tanah lebar 40′ ke atas

Compact / Kotak

Paling jimat bahan, mudah siap

Ruang terasa padat jika saiz tanah kecil

Tanah 30′ × 40′ ke atas

Dua Tingkat

Maksimumkan ruang pada tapak kecil

Kos lebih tinggi, tangga ambil ruang

Tanah di bawah 2,500 kaki persegi

Courtyard

Pengudaraan semula jadi, estetik tinggi

Kos tinggi, bukan semua PBT benarkan

Tanah besar 5,000 kaki persegi ke atas

Cara Pilih Pelan Rumah 3 Bilik Mengikut Saiz Tanah Anda

Kesilapan paling mahal dalam merancang pelan rumah 3 bilik ialah jatuh cinta dengan sesuatu pelan sebelum mengukur dan memahami had tanah anda. Berikut adalah panduan praktikal mengikut saiz tanah yang lazim di Malaysia:

Tanah sempit — lebar 18′ hingga 22′
Tanah jenis ini lazim ditemui di kawasan bandar dan pinggir bandar yang padat. Pilihan terbaik ialah pelan linear dua tingkat — ruang tamu dan dapur di bawah, 3 bilik tidur di atas.

  • Pastikan lebar bangunan tidak melebihi lebar tanah tolak setback kiri dan kanan (biasanya 3′ setiap sisi)
  • Tangga perlu dirancang dengan bijak supaya tidak memakan terlalu banyak ruang lantai
  • Tingkap depan perlu dioptimumkan untuk cahaya semula jadi kerana sisi bangunan mungkin berdekatan jiran

Tanah sederhana — lebar 24′ hingga 40′
Ini adalah saiz tanah yang paling fleksibel untuk pelan rumah 3 bilik. Anda mempunyai pilihan linear satu tingkat, compact atau L-shape.

  • Lebar 24’–30′: Pelan compact atau linear satu tingkat dengan ruang tamu di depan dan bilik di belakang
  • Lebar 30’–40′: Pelan L-shape mula menjadi pilihan — bilik tidur di satu sayap, ruang awam di sayap lain
  • Pertimbangkan orientasi bangunan untuk memaksimumkan cahaya pagi dan mengurangkan haba tengah hari

Tanah luas — lebar 50′ ke atas atau corner lot
Dengan tanah yang lebih luas, anda mempunyai kebebasan penuh untuk pelan rumah 3 bilik yang lebih selesa dan mewah tanpa perlu berkompromi dengan ruang.

  • Pelan L-shape atau courtyard memberikan keseimbangan ruang dalaman dan ruang luar yang terbaik
  • Boleh tambah ruang tambahan seperti wet kitchen, utiliti room atau stor tanpa memampatkan bilik utama
  • Corner lot: pertimbangkan dua pintu masuk — satu dari jalan utama, satu dari jalan tepi
  • Boleh masukkan kolam renang kecil, taman dalaman atau gazebo dalam perancangan landskap

Panduan Pantas: Padanan Saiz Tanah dan Pelan Rumah 3 Bilik

Saiz Tanah (anggaran)

Jenis Pelan Disyorkan

GFA yang dicadangkan

Catatan

Di bawah 1,500 kaki²

Linear dua tingkat

700–900 kaki²

Utamakan vertikal

1,500 – 2,500 kaki²

Compact satu tingkat

800–1,100 kaki²

Paling popular di Malaysia

2,500 – 4,000 kaki²

Linear atau L-shape

1,000–1,400 kaki²

Ada ruang untuk porch luas

4,000 kaki² ke atas

L-shape atau Courtyard

1,200–1,800 kaki²

Tambah wet kitchen, utiliti

Kos Bina Rumah Dengan Pelan Rumah 3 Bilik: Panduan Anggaran 2025–2026

Kos bina rumah adalah antara perkara yang paling ingin diketahui oleh bakal pemilik rumah, namun ia juga antara yang paling sukar dijangka tanpa maklumat tapak yang spesifik. Berikut adalah panduan anggaran yang realistik berdasarkan pasaran semasa Malaysia.

Faktor Utama Yang Mempengaruhi Kos Bina Pelan Rumah 3 Bilik:-

  • Saiz rumah (GFA): Semakin besar keluasan lantai, semakin tinggi kos bina secara keseluruhannya
  • Jenis kemasan: Kemasan ekonomi, sederhana atau mewah boleh berbeza sehingga RM100,000 atau lebih
  • Lokasi tapak: Kos buruh dan bahan di kawasan bandar lebih tinggi berbanding luar bandar
  • Kerja tanah: Tapak yang tidak rata atau bercerun memerlukan kos piling dan grading tambahan
  • Rekabentuk: Pelan yang kompleks (sudut banyak, bumbung banyak muka) meningkatkan kos berbanding pelan ringkas

Jadual Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik (2025–2026)

Kategori

Kos per kaki persegi

Anggaran total (1,000 kaki²)

Spesifikasi

Asas / Ekonomi

RM 160 – RM 220

RM 160,000 – RM 220,000

Kemasan standard, tiles biasa, tanpa extra feature

Sederhana

RM 220 – RM 280

RM 220,000 – RM 280,000

Kemasan pertengahan, kabinet built-in, porch bertutup

Semi-Premium

RM 280 – RM 350

RM 280,000 – RM 350,000

Kemasan tinggi, wet kitchen, double volume, taman

Premium / Mewah

RM 350 ke atas

RM 350,000 ke atas

Bahan import, smart home, kolam renang, landskap penuh

⚠️ Anggaran di atas adalah kos pembinaan sahaja (construction cost). Ia tidak termasuk: kos tanah, kos pelan & arkitek (RM5,000–RM20,000), fi kelulusan PBT, sambungan utiliti (air, elektrik, pembetung), kos perabot & langsir, dan cukai-cukai berkaitan. Untuk anggaran kos keseluruhan projek bina rumah anda, hubungi Mahligai Idaman untuk sebut harga terperinci.

Kos Tersembunyi Yang Sering Diabaikan

Dengan tanah yang lebih luas, anda mempunyai kebebasan penuh untuk pelan rumah 3 bilik yang lebih selesa dan mewah tanpa perlu berkompromi dengan ruang

  • Kos piling: Jika tanah lembik atau berisiko mendap, kos piling boleh mencecah RM15,000–RM50,000
  • Kos kerja tanah: Tapak bercerun memerlukan retaining wall — RM800–RM1,500 per meter panjang
  • Perubahan semasa bina (variation order): Setiap perubahan pelan selepas pembinaan bermula membawa kos tambahan
  • Kos sambungan TNB & SAJ / SYABAS: Boleh mencecah RM3,000–RM8,000 bergantung kepada jarak dari titik sambungan
  • Kos pagar & pintu gerbang: Sering dilupakan dalam bajet awal — RM8,000–RM25,000 bergantung jenis

Soalan Lazim (FAQ) Tentang Pelan Rumah 3 Bilik

  1. Berapa bilik air yang sesuai untuk pelan rumah 3 bilik?
    Pelan rumah 3 bilik 2 bilik air adalah kombinasi yang paling disyorkan. Bilik air pertama sebagai ensuite untuk bilik tidur utama, manakala bilik air kedua dikongsi oleh dua bilik tidur lain. Ini mengelakkan kesesakan pada waktu sibuk sambil mengekalkan kos bina dalam had yang munasabah.

  2. Pelan rumah 3 bilik satu tingkat atau dua tingkat, yang mana lebih baik?
    Bergantung kepada saiz tanah dan keperluan anda. Pelan satu tingkat lebih mudah diselenggara, sesuai untuk warga emas dan lebih murah untuk dibina. Pelan dua tingkat lebih sesuai untuk tanah kecil kerana memaksimumkan ruang secara vertikal. Namun kos bina adalah 10–20% lebih tinggi dan tangga mengambil sebahagian ruang lantai yang berguna.

  3. Boleh saya ubah pelan rumah 3 bilik standard yang saya beli dari internet?
    Boleh, tetapi dengan syarat. Pelan yang dibeli dari internet biasanya perlu diubah suai oleh Arkitek Berlesen atau Jurutera Awam sebelum boleh dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan. Arkitek perlu menandatangani pelan tersebut sebagai pengesahan. Selain itu, pelan perlu disesuaikan dengan dimensi sebenar tapak anda, syarat setback PBT setempat dan keperluan utiliti tapak.

  4. Adakah pelan rumah 3 bilik sesuai dijadikan rumah sewa?
    Ya, rumah 3 bilik adalah antara kategori yang paling tinggi permintaan sewaan di Malaysia, terutama di kawasan berdekatan kawasan perindustrian, universiti atau pusat bandar. Untuk tujuan sewa, pastikan pelan rumah 3 bilik anda mempunyai 2 bilik air, dapur yang fungsional dan ruang parkir yang mencukupi — ini adalah faktor utama yang mempengaruhi keputusan penyewa.

  5. Berapa lama saya perlu tunggu sebelum boleh mula bina selepas pelan siap?
    Selepas pelan rumah 3 bilik siap dilukis, anda masih perlu menunggu kelulusan PBT sebelum kerja bina boleh bermula.Proses kelulusan biasanya mengambil masa3 – 6 bulan. Untuk memahami proses kelulusan PBT secara terperinci sila rujuk Panduan Lengkap Syarat & Kelulusan PBT.

  6. Apakah perbezaan antara pelan lantai dan pelan bangunan?
    Pelan lantai (floor plan) adalah lukisan 2D yang menunjukkan susun atur ruang dari atas, kedudukan bilik, dinding, pintu dan tingkap. Pelan bangunan (building plan/BP) pula adalah satu set dokumen teknikal lengkap yang merangkumi pelan lantai, pelan pandangan sisi (elevation), pelan struktur, pelan mekanikal & elektrikal, dan sebagainya — yang dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan rasmi.

Bersedia Untuk Bina Rumah 3 Bilik Impian Anda?

Mahligai Idaman Development Sdn Bhd membantu anda dari peringkat pilih pelan rumah 3 bilik yang sesuai dengan tapak, hingga ke penyerahan kunci dan termasuk pengurusan kelulusan PBT. Khidmat konsultasi adalah adalah percuma. Tiada komitmen diperlukan.

Hubungi pegawai khidmat kami sekarang!