Pening Kepala Isteri Nak Pakej Rumah Custom-Made Rumah Custom Tapi Takda Tanah?
Pilih Tanah Lot Mahligai Idaman Dan Pilih Pakej Rumah Yang Berkenan Di Hati
Pakej rumah yang ditawarkan Mahligai Idaman ialah pakej dimana pelanggan yang tidak mempunyai tanah lot untuk pembinaan rumah boleh memilih lot-lot tanah banglo di lokasi-lokasi yang kami tawarkan di negeri Kelantan dan Terengganu. Tanah-tanah lot ini sudah mempunyai geran tanah lengkap dan siap sedia untuk diproses bagi pembinaan rumah banglo.
Untuk pakej pembinaan rumah pula, terdapat dua rekaan banglo dengan keluasan minimum yang ditawarkan Mahligai Idaman sebagai pilihan segera pelanggan atau pelanggan boleh memilih rekabentuk melalui KOLEKSI PELAN BANGLO kami atau memilih untuk membina rumah dengan rekabentuk secara ‘design and build' mengikut citarasa dan bajet pelanggan. Maklumat lanjut lokasi lot-lot banglo kami yang tersedia boleh dilihat melalui senarai lokasi di bawah. Klik pada lokasi yang anda berminat untuk melihat gambar-gambar tapak, pembahagian lot, lokasi tanah, video lokasi dan gambar 360 ‘streetview' tapak.
Bagi pembiayaan pula, sekiranya pelanggan berhasrat untuk memohon pinjaman perumahan awam melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau pinjaman bank, Mahligai Idaman boleh menguruskannya bagi pihak pelanggan.