Anda Ada Tanah Nak Jual?
Join Ventures Bersama Kami !
Adakah anda memiliki tanah lot untuk dijual? Jika ada, kami berminat untuk melaksanakan projek usahasama (JV) bagi membangunkan tanah tersebut.
(1) JV PEMBANGUNAN TANAH
Untuk JV ini, Pemilik Tanah menyerahkan kepada pihak Mahligai Idaman untuk membangunkan perumahan di atas tanah bersaiz minimum satu (1) ekar dengan pulangan berbentuk bangunan (rumah) dan/atau bayaran tunai kepada pemilik.
Lokasi dan kesesuaian tanah akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak Mahligai Idaman sebelum keputusan pembangunan perumahan diberikan. Kesesuaian tanah akan dinilai atas beberapa faktor seperti jenis tanah, kerja tanah (earthwork) yang terlibat, jenis bangunan yang sesuai, kebolehjualan projek perumahan di kawasan tersebut, fasiliti dan lain-lain.
JV pembangunan kami adalah untuk rumah banglo sahaja. Bergantung kepada saiz pembangunan, pembangunan boleh dilakukan secara berfasa bergantung kepada perjanjian di antara pemilik tanah dan Mahligai Idaman.
Tempoh masa proses pembangunan perumahan daripada peringkat pecahlot sehingga pembinaan siap mengambil masa antara lima (5) tahun ke enam (6) tahun.