Kos Bina Rumah Bakal Naik? Ini Kesan Perang Iran Mac 2026
Kos bina rumah di Malaysia sedang dalam perjalanan untuk naik, dan punca utamanya datang dari konflik geopolitik yang sedang berlaku di Timur Tengah. Perang yang melibatkan Iran pada awal 2026 telah mengganggu Selat Hormuz, laluan laut yang dilalui hampir 20% bekalan minyak dunia.
Kesannya bukan sahaja dirasai di pam minyak ianya turut memberi kesan langsung kepada kos bahan binaan, kos pengangkutan, dan akhirnya kos untuk membina rumah impian anda.
Dalam artikel ini, Mahligai Idaman Development Sdn Bhd berkongsi secara jujur apa yang sedang berlaku, bahan apa yang paling terjejas, dan langkah bijak yang perlu anda ambil sekarang sebelum kos melambung lebih tinggi.
Apa Kena Mengena Perang Iran Dengan Kos Bina Rumah Saya?
Mudah sahaja! sepertimana yang kita tahu semua bahan binaan bergantung kepada minyak dan gas. Apabila Selat Hormuz ditutup atau terjejas, kesan dari peperangan berlaku. Hampir 60% bahan mentah Asia termasuk minyak mentah dan nafta petrokimia diimport dari Timur Tengah. Penutupan Selat Hormuz bermakna hampir satu pertiga bekalan minyak, gas, dan baja dunia tidak lagi mengalir ke pasaran global
Ini bermakna:
Bahan Binaan Mana Yang Paling Terjejas?
(1) Keluli & Besi Tetulang
Keluli adalah tulang belakang setiap rumah yang dibina. Harga keluli dan besi tetulang telah meningkat 20% dalam tempoh setahun (Feb 2025 – Feb 2026). Iran sendiri adalah pengeluar bijih besi ke-6 terbesar dunia, dan gangguan pada rantaian bekalan ini telah menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran global.
(2) Aluminium
Aluminium digunakan untuk tingkap, pintu, bumbung dan kemasan rumah. Harga aluminium telah melonjak sehingga 39%, kenaikan tahunan terbesar sejak gangguan COVID-19 pada 2022. Penutupan pelabuhan dan kilang di rantau Teluk dijangka menyebabkan kekurangan aluminium global sebanyak 200,000 tan pada 2026.
(3) Simen & Konkrit
Simen memerlukan banyak tenaga untuk dihasilkan. Apabila kos elektrik dan bahan bakar naik, kos pengeluaran simen turut meningkat dan kos ini akan dilangsungkan kepada pengguna akhir, iaitu tuan rumah yang ingin bina rumah.
(4) Bahan Kemasan Import
Jubin, kaca, cat, fixtures mandi, dan bahan kemasan yang diimport dari China, Itali atau negara lain semuanya terdedah kepada kenaikan kos pengangkutan dan kadar tukaran ringgit yang lemah.
Angka Yang Perlu Anda Tahu
|
Bahan Binaan |
Kenaikan Harga |
Sebab Utama |
|---|---|---|
|
Aluminium |
+39% setahun |
Kilang Teluk tutup, kekurangan bekalan |
|
Keluli & besi tetulang |
+20% setahun |
Iran pengeluar bijih besi ke-6 dunia |
|
Simen & konkrit |
+5–15% |
Kos tenaga pengeluaran naik |
|
Bahan kemasan import |
+10–20% |
Kos pengangkutan & kadar tukaran |
|
Kos pembinaan keseluruhan |
+5–12% |
Kesan gabungan semua faktor |
Secara keseluruhannya, kos bina rumah dijangka meningkat antara 5% hingga 12% pada 2026 berbanding 2025.
“Setiap bulan yang anda tunggu, harga yang perlu anda bayar mungkin bertambah. Bahan yang sama, kontraktor yang sama TETAPI kos bina rumah yang berbeza.”
Soalan Lazim (FAQ)
(1) Adakah kenaikan harga ini sementara atau kekal?
Berdasarkan penilaian pakar ekonomi, selagi konflik geopolitik di Timur Tengah belum selesai, tekanan harga akan berterusan. Walaupun ada penurunan sementara, paras harga yang lebih tinggi dijangka kekal sekurang-kurangnya sepanjang 2026 dan 2027.
(2) Berapa kos bina rumah atas tanah sendiri di Malaysia pada 2026?
Kos bina rumah bergantung kepada saiz, lokasi dan spesifikasi. Secara umum, kos pembinaan rumah setingkat bermula dari RM160–RM250 per kaki persegi, manakala dua tingkat bermula dari RM220–RM320 per kaki persegi. Hubungi kami untuk sebut harga lebih tepat.
(3) Bagaimana saya tahu kontraktor yang saya pilih boleh dipercayai?
Pastikan kontraktor anda berdaftar dengan CIDB, mempunyai rekod kerja yang jelas, dan menyediakan kontrak bertulis dengan spesifikasi terperinci. Mahligai Idaman Development Sdn Bhd menyediakan semua ini.
(4) Bolehkah saya bina rumah secara berperingkat untuk menjimat kos bina rumah?
Ya, pembinaan berperingkat boleh membantu mengurus aliran tunai. Kami boleh membincangkan pelan pembinaan yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda.
Jangan Tunggu, Harga Tidak Akan Turun
Situasi global pada 2026 jelas menunjukkan bahawa kos bina rumah akan terus meningkat. Harga minyak yang tinggi, gangguan rantaian bekalan, dan tekanan kadar tukaran mata wang semuanya menunjuk ke arah yang sama, kos pembinaan akan lebih mahal esok berbanding hari ini.
Jika anda berhasrat untuk bina rumah, masa terbaik untuk mulakan adalah sekarang.
Mahligai Idaman Development Sdn Bhd sedia membantu anda dari peringkat perancangan, lukisan pelan, sehingga kunci siap. Kami adalah kontraktor berpengalaman dalam pembinaan rumah atas tanah sendiri, dan kami komited untuk memberikan kos terbaik dan kualiti terjamin.
