Pelan rumah 3 bilik Jenis Rekabentuk, Cara Pilih Mengikut Saiz Tanah & Anggaran Kos Bina
Pelan rumah 3 bilik adalah pilihan paling popular di kalangan keluarga Malaysia yang merancang untuk bina rumah atas tanah sendiri atau membeli rumah. Rumah 3 bilik ini bersesuai untuk keluarga yang kecil atau sederhana dengan 2 hingga 5 orang ahli keluarga.
Namun terdapat banyak contoh untuk pelan rumah 3 bilik ini sama ada dari rekabentuk, susun atur lantai dan cara ia disesuaikan dengan saiz tanah anda akan menentukan sama ada rumah itu selesa didiami ataupun tidak. Artikel ini akan membimbing anda memahami pilihan yang ada supaya anda buat keputusan yang tepat sebelum mengeluarkan perbelanjaan anda.
Mengapa Pelan Rumah 3 Bilik Masih Pilihan Utama Keluarga Malaysia?
Walaupun tren rumah mewah dan pelan rumah 4 – 5 bilik semakin popular, pelan rumah 3 bilik kekal relevan kerana beberapa faktor iaitu:-
Saiz keluarga Malaysia
3- 4 Orang
median isi rumah 2023
Jimat kos bina
15–25%
anggaran penjimatan
GFA minimum lazim
60–80 m²
untuk 3 bilik standard
Masa bina lazim
8–14 bulan
dari kelulusan PBT
Jenis-Jenis Pelan Rumah 3 Bilik & Yang Mana Sesuai Untuk Anda?
Terdapat beberapa jenis rekabentuk asas pelan rumah 3 bilik yang lazim digunakan di Malaysia. Setiap jenis mempunyai kelebihan tersendiri bergantung kepada bentuk tanah, orientasi dan gaya hidup anda.
Pelan Linear (Satu Baris)
Semua bilik disusun dalam satu garis panjang. Paling sesuai untuk tanah memanjang
Pelan L-Shape
Bangunan berbentuk L — bilik tidur di satu sayap, ruang tamu dan dapur di sayap lain. Privasi lebih baik.
Pelan Compact / Kotak
Bangunan berbentuk hampir segi empat sama. Paling efisien dari segi kos bina dan penggunaan bahan.
Pelan Dua Tingkat
Ruang tamu dan dapur di bawah, 3 bilik tidur di atas. Sesuai untuk tanah kecil yang memerlukan lebih ruang.
Pelan Courtyard / Terbuka
Mengandungi ruang terbuka atau courtyard di tengah. Pengudaraan semula jadi lebih baik, sesuai untuk iklim Malaysia.
Jadual Perbandingan Jenis Pelan Rumah 3 Bilik
|
Jenis Pelan |
Kelebihan |
Kekurangan |
Terbaik untuk |
|
Linear |
Mudah bina, kos rendah, laluan jelas |
Privasi terhad, bilik hujung kurang cahaya |
Tanah 20′ × 70′ ke atas |
|
L-Shape |
Privasi baik, ada ruang luar semula jadi |
Kos bina lebih tinggi, sudut bangunan kompleks |
Tanah lebar 40′ ke atas |
|
Compact / Kotak |
Paling jimat bahan, mudah siap |
Ruang terasa padat jika saiz tanah kecil |
Tanah 30′ × 40′ ke atas |
|
Dua Tingkat |
Maksimumkan ruang pada tapak kecil |
Kos lebih tinggi, tangga ambil ruang |
Tanah di bawah 2,500 kaki persegi |
|
Courtyard |
Pengudaraan semula jadi, estetik tinggi |
Kos tinggi, bukan semua PBT benarkan |
Tanah besar 5,000 kaki persegi ke atas |
Cara Pilih Pelan Rumah 3 Bilik Mengikut Saiz Tanah Anda
Kesilapan paling mahal dalam merancang pelan rumah 3 bilik ialah jatuh cinta dengan sesuatu pelan sebelum mengukur dan memahami had tanah anda. Berikut adalah panduan praktikal mengikut saiz tanah yang lazim di Malaysia:
Tanah sempit — lebar 18′ hingga 22′
Tanah jenis ini lazim ditemui di kawasan bandar dan pinggir bandar yang padat. Pilihan terbaik ialah pelan linear dua tingkat — ruang tamu dan dapur di bawah, 3 bilik tidur di atas.
Tanah sederhana — lebar 24′ hingga 40′
Ini adalah saiz tanah yang paling fleksibel untuk pelan rumah 3 bilik. Anda mempunyai pilihan linear satu tingkat, compact atau L-shape.
Tanah luas — lebar 50′ ke atas atau corner lot
Dengan tanah yang lebih luas, anda mempunyai kebebasan penuh untuk pelan rumah 3 bilik yang lebih selesa dan mewah tanpa perlu berkompromi dengan ruang.
Panduan Pantas: Padanan Saiz Tanah dan Pelan Rumah 3 Bilik
|
Saiz Tanah (anggaran) |
Jenis Pelan Disyorkan |
GFA yang dicadangkan |
Catatan |
|
Di bawah 1,500 kaki² |
Linear dua tingkat |
700–900 kaki² |
Utamakan vertikal |
|
1,500 – 2,500 kaki² |
Compact satu tingkat |
800–1,100 kaki² |
Paling popular di Malaysia |
|
2,500 – 4,000 kaki² |
Linear atau L-shape |
1,000–1,400 kaki² |
Ada ruang untuk porch luas |
|
4,000 kaki² ke atas |
L-shape atau Courtyard |
1,200–1,800 kaki² |
Tambah wet kitchen, utiliti |
Kos Bina Rumah Dengan Pelan Rumah 3 Bilik: Panduan Anggaran 2025–2026
Kos bina rumah adalah antara perkara yang paling ingin diketahui oleh bakal pemilik rumah, namun ia juga antara yang paling sukar dijangka tanpa maklumat tapak yang spesifik. Berikut adalah panduan anggaran yang realistik berdasarkan pasaran semasa Malaysia.
Faktor Utama Yang Mempengaruhi Kos Bina Pelan Rumah 3 Bilik:-
Jadual Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik (2025–2026)
|
Kategori |
Kos per kaki persegi |
Anggaran total (1,000 kaki²) |
Spesifikasi |
|
Asas / Ekonomi |
RM 160 – RM 220 |
RM 160,000 – RM 220,000 |
Kemasan standard, tiles biasa, tanpa extra feature |
|
Sederhana |
RM 220 – RM 280 |
RM 220,000 – RM 280,000 |
Kemasan pertengahan, kabinet built-in, porch bertutup |
|
Semi-Premium |
RM 280 – RM 350 |
RM 280,000 – RM 350,000 |
Kemasan tinggi, wet kitchen, double volume, taman |
|
Premium / Mewah |
RM 350 ke atas |
RM 350,000 ke atas |
Bahan import, smart home, kolam renang, landskap penuh |
⚠️ Anggaran di atas adalah kos pembinaan sahaja (construction cost). Ia tidak termasuk: kos tanah, kos pelan & arkitek (RM5,000–RM20,000), fi kelulusan PBT, sambungan utiliti (air, elektrik, pembetung), kos perabot & langsir, dan cukai-cukai berkaitan. Untuk anggaran kos keseluruhan projek bina rumah anda, hubungi Mahligai Idaman untuk sebut harga terperinci.
Kos Tersembunyi Yang Sering Diabaikan
Dengan tanah yang lebih luas, anda mempunyai kebebasan penuh untuk pelan rumah 3 bilik yang lebih selesa dan mewah tanpa perlu berkompromi dengan ruang
Soalan Lazim (FAQ) Tentang Pelan Rumah 3 Bilik
- Berapa bilik air yang sesuai untuk pelan rumah 3 bilik?
Pelan rumah 3 bilik 2 bilik air adalah kombinasi yang paling disyorkan. Bilik air pertama sebagai ensuite untuk bilik tidur utama, manakala bilik air kedua dikongsi oleh dua bilik tidur lain. Ini mengelakkan kesesakan pada waktu sibuk sambil mengekalkan kos bina dalam had yang munasabah. - Pelan rumah 3 bilik satu tingkat atau dua tingkat, yang mana lebih baik?
Bergantung kepada saiz tanah dan keperluan anda. Pelan satu tingkat lebih mudah diselenggara, sesuai untuk warga emas dan lebih murah untuk dibina. Pelan dua tingkat lebih sesuai untuk tanah kecil kerana memaksimumkan ruang secara vertikal. Namun kos bina adalah 10–20% lebih tinggi dan tangga mengambil sebahagian ruang lantai yang berguna. - Boleh saya ubah pelan rumah 3 bilik standard yang saya beli dari internet?
Boleh, tetapi dengan syarat. Pelan yang dibeli dari internet biasanya perlu diubah suai oleh Arkitek Berlesen atau Jurutera Awam sebelum boleh dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan. Arkitek perlu menandatangani pelan tersebut sebagai pengesahan. Selain itu, pelan perlu disesuaikan dengan dimensi sebenar tapak anda, syarat setback PBT setempat dan keperluan utiliti tapak. - Adakah pelan rumah 3 bilik sesuai dijadikan rumah sewa?
Ya, rumah 3 bilik adalah antara kategori yang paling tinggi permintaan sewaan di Malaysia, terutama di kawasan berdekatan kawasan perindustrian, universiti atau pusat bandar. Untuk tujuan sewa, pastikan pelan rumah 3 bilik anda mempunyai 2 bilik air, dapur yang fungsional dan ruang parkir yang mencukupi — ini adalah faktor utama yang mempengaruhi keputusan penyewa. - Berapa lama saya perlu tunggu sebelum boleh mula bina selepas pelan siap?
Selepas pelan rumah 3 bilik siap dilukis, anda masih perlu menunggu kelulusan PBT sebelum kerja bina boleh bermula.Proses kelulusan biasanya mengambil masa3 – 6 bulan. Untuk memahami proses kelulusan PBT secara terperinci sila rujuk Panduan Lengkap Syarat & Kelulusan PBT. - Apakah perbezaan antara pelan lantai dan pelan bangunan?
Pelan lantai (floor plan) adalah lukisan 2D yang menunjukkan susun atur ruang dari atas, kedudukan bilik, dinding, pintu dan tingkap. Pelan bangunan (building plan/BP) pula adalah satu set dokumen teknikal lengkap yang merangkumi pelan lantai, pelan pandangan sisi (elevation), pelan struktur, pelan mekanikal & elektrikal, dan sebagainya — yang dikemukakan kepada PBT untuk kelulusan rasmi.
Bersedia Untuk Bina Rumah 3 Bilik Impian Anda?
Mahligai Idaman Development Sdn Bhd membantu anda dari peringkat pilih pelan rumah 3 bilik yang sesuai dengan tapak, hingga ke penyerahan kunci dan termasuk pengurusan kelulusan PBT. Khidmat konsultasi adalah adalah percuma. Tiada komitmen diperlukan.
Hubungi pegawai khidmat kami sekarang!
