0
Luas (kps)
0
Bilik
0
Tandas

Banglo dua tingkat yang dibina di daerah Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai empat bilik tidur dan lima bilik air. Banglo ini menggabungkan ciri-ciri banglo konvensional seperti bentuk atap disamping menerapkan beberapa ciri moden seperti penggunaan tingkap labuh dan tona warna putih yang digabungkan dengan warna merah dan oren terang untuk menaikkan kontra warna tersebut.

Jom melawat rumah ini secara Virtual Tour. Anda boleh melihat keseluruhan ruang dan bilik rumah ini dengan memandang sekeliling menggunakan mouse atau jari anda pada ruangan di sebelah.

Pakej Ruby

RM360,000
Harga Asas

Spesifikasi

  • Ketinggian lantai 12' Ketinggian lantai ke beam atas sebanyak 12' adalah lebih tinggi dari mana-mana standard asas pembinaan sekaligus memberikan ruang yang lebih luas
  • Pintu Security Door Pintu utama dua-daun dan pintu belakang satu-daun
  • Laminate flooring Laminate flooring diberikan standard untuk semua ruang di dalam rumah kecuali bilik air dan dapur
  • Mozek lantai penuh Penggunaan mozek penuh pada ruang dapur, bilik air dan porch kereta
  • Mozek dinding tandas penuh Mozek dinding lantai penuh di bilik air utama
  • Pendawaian Tiga Fasa Pendawaian elektrik 3-phase pada keseluruhan rumah
  • Punca aircond dan air panas Percuma dua punca aircond dan satu punca air panas
  • Siling bertingkat Siling bertingkat percuma tanpa lampu di ruang tamu
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Ruby dan beberapa penambahan dari sudut design seperti penggunaan batu hiasan pada tiang luar rumah, groove lines dan naik taraf cermin hitam kepada cermin berwarna hijau.

Klik pada dua button di bawah untuk melihat perbezaan spesifikasi di antara Pakej Amber dan Pakej Ruby yang ditawarkan oleh Mahligai Idaman.

Testimoni Pelanggan

Terima kasih Mahligai Idaman kerana menyiapkan mahligai idaman saya sejak seian lama. Pengalaman sepanjang proses pembinaan dengan MI adalah sangat memudahkan lebih-lebih lagi mengambil faktor saya bekerja di luar negeri Kelantan.

Saya mengucapkan jutaan tahniah kepada team Mahligai Idaman.
Dr. Nazri
Pasir Mas, Kelantan
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Whatsapp Team MI
Sila bersetuju dengan 'privacy policy' kami terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.