0
Luas (kps)
0
Bilik
0
Tandas

Banglo satu tingkat milik klien kami yang telah siap dibina sepenuhnya di Kuala Berang, Terengganu ini mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air. Banglo ini menggabungkan ciri-ciri banglo moden tradisional seperti penggunaan kayu petunjuk langit di bahagian bumbung serta penggunaan kayu hiasan (tetupang) pada bahagian bumbung rumah. Dari segi penggunaan tona warna pula, pemilik memilih warna putih dan kelabu menaikkan lagi kontra warna tersebut.

Jom melawat rumah ini secara Virtual Tour. Anda boleh melihat keseluruhan ruang dan bilik rumah ini dengan memandang sekeliling menggunakan mouse atau jari anda pada ruangan di sebelah.

Pakej Ruby

RM233,000
Harga Asas

Spesifikasi

  • Ketinggian lantai 12' Ketinggian lantai ke beam atas sebanyak 12' adalah lebih tinggi dari mana-mana standard asas pembinaan sekaligus memberikan ruang yang lebih luas
  • Pintu Security Door Pintu utama dua-daun dan pintu belakang satu-daun
  • Laminate flooring Laminate flooring diberikan standard untuk semua ruang di dalam rumah kecuali bilik air dan dapur
  • Mozek lantai penuh Penggunaan mozek penuh pada ruang dapur, bilik air dan porch kereta
  • Mozek dinding tandas penuh Mozek dinding lantai penuh di bilik air utama
  • Pendawaian Tiga Fasa Pendawaian elektrik 3-phase pada keseluruhan rumah
  • Punca aircond dan air panas Percuma dua punca aircond dan satu punca air panas
  • Siling bertingkat Siling bertingkat percuma tanpa lampu di ruang tamu
Banglo ini dibina dengan spesifikasi asas Pakej Ruby dan beberapa penambahan dari sudut design seperti pemasangan batu hiasan pada tiang rumah, pemasangan shera board pada bahagian bumbung dan dinding luar rumah, pemasangan kayu petunjuk langit serta pemasangan cornice pada keseluruhan tingkap, pintu dan dinding luar rumah.

Klik pada dua button di bawah untuk melihat perbezaan spesifikasi di antara Pakej Amber dan Pakej Ruby yang ditawarkan oleh Mahligai Idaman.

Testimoni Pelanggan

Ribuan terima kasih kepada Mahligai Idaman kerana meyiapkan banglo idaman kami sekeluarga yang terletak di Kuala Berang. Hasil yang diberikan sangat memuaskan hati saya sekeluarga dari segi kemasan kerja dan masa yang dijanjikan.
Pn Zuraida
Kuala Berang, Terengganu
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Whatsapp Team MI
Sila bersetuju dengan 'privacy policy' kami terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.