This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

AKSESORI HIASAN RUMAH : PAPAN SHERA / SHERA BOARD

//AKSESORI HIASAN RUMAH : PAPAN SHERA / SHERA BOARD

AKSESORI HIASAN RUMAH : PAPAN SHERA / SHERA BOARD

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menjadikan rumah anda kelihatan lebih elegan dan menarik. Antara yang dapat kami kongsikan disini adalah dengan menggunakan hiasan papan Shera sebagai aksesori yang boleh dilekatkan pada bahagian dinding luar rumah dan di bahagian hujung atap (cucur atap).

Hiasan Shera ini diperbuat daripada bahan campuran simen dan fiber yang mempunyai ketahanan yang lebih kuat berbanding kayu untuk digunakan pada bahagian luar rumah. Kualiti kayu pada hari ini tidak sama dengan kualiti kayu pada era 80an-90an, salah satu faktornya kerana pokok balak yang ditebang hari ini tidak matang sepenuhnya untuk diproses dijadikan kayu.

Apabila menggunakan kayu sebegini, ia menyebabkan kayu mudah untuk melentur apabila pengeringan dalam cuaca panas dan akan menampakkan sedikit kecacatan pada bahagian bumbung rumah & apa-apa hiasan yang menggunakan kayu.

Alternatif penggunan papan shera pada dinding luar rumah mampu mengurangkan suhu rumah itu sendiri. Ini kerana hiasan papan shera akan menghalang haba dari matahari yang dipancar terus ke bata dinding rumah dan hanya sedikit sahaja haba dapat melepasi ruang bata ke dalam rumah.

Material ini bukan sahaja mudah diperolehi di pasaran, bahkan ia juga tidak memerlukan alatan yang canggih untuk dipasang disamping mengikut trend terkini. Pemasangannya hanya perlu dipasang dengan menggunakan paku biasa atau skru sahaja.

Antara kelebihan hiasan shera:

  • Kalis cuaca
  • Kalis api
  • Kalis air
  • Tahan panas
  • Mudah untuk dipasang
  • Proses pengecutan yang sangat sedikit
  • Mengurangkan suhu rumah

HARGA

CONTOH SAIZ KETEBALAN HARGA,(SEKEPING)
 ki 12kaki x 6inci,Kebiasaannya digunakan pada bahagian pagar rumah
dan dijadikan aksesori di dalam rumah.
1cm RM
12.00
 ku 12kaki x 9inci,Kebiasaannya digunakan pada,bahagian dinding luar rumah dan bahagian hujung bumbung rumah. 1cm RM
18.00
sheraboard

Contoh hiasan papan shera pada dinding rumah

Hiasan papan shera juga terdapat dalam corak uratan kayu yang akan menjadikan rumah anda lebih klasik. Pada yang ingin menampakkan rumah batu mereka seperti rumah kayu klasik, papan shera jenis ini amat sesuai dikenakan pada dinding luar rumah dan pada bahagian bumbung.

papanshera

Contoh hiasan papan shera yang bercorak

Selain itu, untuk menambahkan lagi keunikkan pada bahagian bumbung rumah (cucur atap), hiasan shera juga boleh dijadikan salah satu bahan yang menarik. Mahligai Idaman Sevices sendiri juga telah menaiktarafkan bahagian cucur atap bumbung rumah pelanggan daripada kayu kepada papan shera untuk mendapatkan ketahanan yang lebih lama. Antara contoh hiasan papan shera pada bahagian bumbung rumah :

n1

Contoh hiasan papan shera yang dipasang pada bahagian bumbung.

Kesimpulanya, hiasan shera mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Yang pasti ia lebih tahan lama dan kuat berbanding kayu untuk dikenakan pada bahagian luar rumah yang terdedah pada cuaca yang ekstrem berbanding dalaman rumah. Oleh itu, papan hiasan shera adalah bahan yang terbaik untuk menggantikan kayu bagi menjadikan luar rumah anda lebih menarik mengikut cita rasa anda.

Kongsikan :
By | 2017-10-02T11:49:07+00:00 March 6th, 2016|Categories: Berita Semasa|0 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +