Soalan Lazim (FAQ)


1) Apakah dokumen yang perlu saya sediakan sekiranya saya berminat untuk menggunakan khidmat Mahligai Idaman?

  • Salinanan geran tanah lengkap
  • Salinan kad pengenalan
  • Alamat surat menyurat

2) Perlukah saya mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah?

Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah. Sekiranya tiada tanah sendiri, bakal pelanggan boleh membeli tanah-tanah yang dimiliki oleh syarikat Mahligai Idaman. Sekiranya tiada yang sesuai, pihak syarikat boleh membantu mencari tanah yang dijual oleh individu atau syarikat lain.

3) Tanah bagaimanakah yang sesuai di beli untuk dimajukan?

Ada beberapa kriteria yang perlu di lihat dan di pastikan sebelum anda memilih tanah untuk di beli dan seterusnya di majukan. Anda perlu memastikan tanah tersebut memenuhi beberapa kriteria. Antaranya tanah tersebut mempunyai geran individu, bukan tanah pusaka yang masih tidak selesai (proses menjadi rumit dan panjang), tiada kaveat dan tiada sekatan-sekatan kepentingan yang boleh menghalang tanah tersebut dipindahmilik.

4) Lot tanah saya terdiri daripada pasir pantai dan tanah gambut. Bolehkah saya membina rumah di atas tanah tersebut?

Bagi tanah yang terdiri daripada pasir pantai atau tanah gambut, kajian lanjut kesesuaian pembinaan rumah atau teknik pembinaan yang sesuai perlu dilakukan dengan membuat Kajian Tanah (Soil Investigation) yang akan diuruskan oleh pakar geologi. Kos untuk kajian ini perlu ditanggung oleh pelanggan.

Sekiranya kajian mendapati perlunya penggunaan kaedah lain dalam pembinaan rumah, contohnya penggunaan tiang cerucuk (piling), kos tambahan akibat penggunaan kaedah ini perlu ditanggung oleh pelanggan.

5) Sekiranya syarat kegunaan tanah pada geran saya dikategorikan sebagai jenis pertanian, adakah permohonan saya untuk melakukan pembinaan rumah ke atasnya di benarkan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT)?

Ada PBT yang membenarkan pembinaan rumah di atas tanah berstatus pertanian dan ada juga PBT yang tidak membenarkan pembinaan di atas tanah berstatus pertanian kecuali selepas ditukar status kepada status Bangunan. Bagi PBT yang membenarkan, syarat asas kebenaran bagi tanah lot berstatus pertanian adalah pembinaan untuk sebuah bangunan sahaja dibenarkan di atas tanah lot berkenaan.

6) Jika saya ingin membina rumah, perlukah saya menukar status tanah pertanian kepada bangunan?

PEMBIAYAAN TUNAI
Tidak Perlu,

PINJAMAN BANK
Perlu. Bank hanya menerima geran berstatus Bangunan untuk kelulusan pinjaman.

PINJAMAN KERAJAAN
Tidak perlu kecuali kelulusan pelan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT) mewajibkan penukaran status tanah untuk kelulusan pelan rumah. Walaubagaimanapun, jika tanah dibeli dari pihak ketiga, adalah lebih baik membeli tanah berstatus bangunan kerana nilai pinjaman bergantung kepada nilai penilaian. Penilaian harga tanah bangunan lebih tinggi daripada tanah pertanian.

7) Geran tanah saya mempunyai ramai penama. Bolehkah saya bina rumah di atas tanah berkenaan dan mendapatkan pinjaman perumahan?

Tidak boleh untuk mendapatkan pinjaman perumahan samada pinjaman kerajaan atau pinjaman bank kerana proses pinjaman melibatkan geran tanah berkenaan dicagarkan kepada pihak pembiaya. Cagaran pula perlu di atas nama peminjam sahaja.

Tiada masalah bagi pembiayaan tunai.

8) Jika lot tanah milik saya masih belum dipecahkan / dibahagikan, apakah prosedur yang perlu saya lakukan?

Sekiranya tanah berkenaan adalah lot yang besar dan mempunyai ramai penama yang perlu dibahagikan, anda perlu menguruskan terlebih dahulu proses pecah lot atau pecah sempadan supaya geran individu dapat dikeluarkan di atas nama anda. Proses pecah lot boleh dirujuk kepada jurukur-jurukur swasta dan diuruskan oleh mereka.

9) Tanah saya agak rendah berbanding berbanding lot-lot bersebelahan, adakah pihak Mahligai Idaman akan menambun tanah saya sebelum pembinaan rumah dijalankan?

Tidak. Kos pembinaan rumah hanya mengambil kira rumah yang dibina di atas tanah yang sudah rata dan siap sedia untuk pembangunan. Walaubagaimanapun, kami boleh membantu pelanggan menambun tanah dengan kos menambun ditanggung oleh pelanggan.

10) Adakah orang luar (Bukan Penduduk Kelantan) dapat membeli tanah di Kelantan?

Ya, orang luar boleh membeli tanah di Kelantan dengan syarat mendapat kelulusan daripada Exco negeri. Permohonan boleh dibuat di pejabat exco negeri di Wisma SUK (Setiausaha Kerajaan). Antara syarat asas pertimbangan permohonan pembelian tanah bagi orang luar adalah tinggal dan bekerja di Kelantan. Proses kelulusan pula mengambil masa di antara empat hingga enam bulan.

11) Kalau nak buat pelan rumah mahligai idaman boleh buat tak?

Buat masa ini, servis pelan hanya kami lakukan pada pelanggan yang berminat untuk bina rumah bersama kami. Terima kasih.

12) Kalau nak buat pelan rumah mahligai idaman boleh buat tak?

Di Mahligai Idaman Services terdapat dua spesifikasi utama iaitu, RM 145 per kps dan RM 150 per kps dengan kompenen/peralatan rumah yang berkualiti dan diimport sendiri.

13) Bolehkah bina rumah atas tanah sendiri di luar kawasan Pantai Timur?

Buat masa sekarang kami hanya beroperasi di Kelantan, Terengganu sahaja.

14) Adakah Mahligai Idaman membina rumah mampu milik?

Ya, kami ada tawarkan pembinaan rumah mampu milik di lokasi tanah-tanah milik syarikat sahaja dengan keluasan minimum rumah seluas 1,000 kaki persegi.
Untuk pembinaan di tanah sendiri, harga yang kami tetapkan adalah berdasarkan spesifikasi kami dengan keluasan minimum 1,200 kaki persegi.

15) Mahligai Idaman ada buat khidmat ubahsuai rumah tak?

Tidak. Buat masa ini tumpuan kami lebih kepada pembinaan rumah baru sahaja.

16) Berapa keluasan minimum kalau nak bian rumah 2-tingkat?

Keluasan minimum rumah 2-tingkat yang kami cadangkan adalah 2,500 kaki persegi.

17) Kenapa bina rumah 2-tingkat atau lebih tinggi lebih mahal?

Rumah lebih daripada satu tingkat akan melibatkan kos yang lebih tinggi dari sudut upah tukang, penggunaan staging dan penggunaan jentera seperti kren bagi menyiapkan tingkat-tingkat yang lebih tinggi.

18) Boleh Mahligai Idaman bina rumah untuk kawasan banjir?

Boleh. walaubagaimanapun, kos untuk menaikkan rumah menggunakan tiang bagi bahagian bawah perlu dikira berasingan.

19) Apakah yang di maksudkan dengan harga asas rumah?

Harga asas adalah harga keluasan rumah yang didarabkan dengan harga per kaki persegi berdasarkan pakej yang dipilih. Harga asas tidak termasuk aksesori atau hiasan lain seperti kabinet dapur, shower screen, grill tingkap, cornices, groovelines, pagar, lampu, kipas dan item-item di luar spesifikasi asas.

Harga asas juga tidak dikira bersama fee-fee yang lain seperti yuran guaman, kos pelan rumah, Sijil Kelayakan Duduk (SKD) dan juga deposit elektrik dan air.

1) Berapakah anggaran kos guaman?

Anggaran kos guaman adalah 3% daripada harga kontrak bina rumah berdasarkan sebut harga yang di keluarkan oleh pihak kami, namun kos sebenar adalah mengikut bil yang di keluarkan oleh pihak firma guaman.

2) Bolehkah kos guaman di masukkan kedalam loan?

Boleh, kos guaman bagi pembinaan rumah samaada loan LPPSA atau loan bank boleh di masukkan kedalam loan. Walaubagaimanapun, kelulusan akhir pinjaman termasuk yuran guaman adalah di atas kelulusan pihak pembiaya.

3) Apakah perbezaan kos guaman untuk sektor swasta & sektor kerjaan?

Yuran guaman adalah sama antara sektor swasta dan kerajaan tetapi yang berbeza di sini ialah dari segi duti setem. Duti setem bagi pinjaman bank lebih tinggi dari pinjaman kerajaan.

4) Bolehkah saya memakai peguam saya sendiri untuk urusan pembinaan rumah?

Boleh, namun kami perlu menilai terlebih dahulu peguam yang dilantik oleh pihak pelanggan bagi memastikan kelancaran proses pembinaan rumah. Maklumat lengkap berkenaan dengan peguam yang dilantik hendaklah diberikan kepada pihak Mahligai Idaman. Ia adalah bagi memudahkan pihak MIS berhubung secara langsung dengan peguam tersebut dalam memastikan urusan yang terlibat berjalan dengan lancar.

5) Bolehkah saya memakai peguam saya sendiri untuk urusan pembinaan rumah?

Boleh. Walaubagaimanapun, penggunaan servis pihak guaman yang disarankan oleh pihak kami lebih digalakkan atas faktor kami telah menilai mutu servis perkhidmatan mereka.

6) Berapakah tempoh kelulusan bagi pinjaman perumahan?

Kebiasaannya dalam tempoh dua bulan bergantung kepada urusan dokumentasi antara klien dan peguam.

7) Bolehkah buat pinjaman bersama bagi suami isteri?

Boleh tetapi pinjaman bersama LPPSA dan sektor swasta terhad kepada beberapa bank tertentu sahaja.

8) Apakah potongan luar slip gaji di ambil kira?

Bagi pinjaman perumahan kerajaan (LPPSA), potongan di luar slip tidak diambil kira. Namun, untuk pinjaman bank, semua jenis potongan di dalam atau di luar slip gaji akan diambil kira dalam kelulusan pinjaman.

9) Bank apakah yang digunakan oleh Mahligai Idaman untuk pinjaman perumahan?

Pemilihan bank bagi membiayai pinjaman perumahan terletak di tangan pembeli. Buat masa ini, Mahligai Idaman boleh menguruskan semua pinjaman bank kecuali Bank Muammalat. Dari semasa ke semasa, pihak kami akan membantu pelanggan-pelanggan kami memilih pembiaya berdasarkan faktor-faktor yang sesuai seperti kadar faedah, tempoh pinjaman dan nilai tambah lain yang ditawarkan oleh pihak bank.

10) Sekiranya saya pekerja sektor swasta, bagaimanakah saya boleh mendapatkan pinjaman bank 100% untuk membina rumah?

Kebiasaannya pihak bank hanya meluluskan pinjaman sehingga 90% harga rumah bergantung kepada status kewangan pelanggan. Selebihnya peminjam perlu menambah menggunakan duit simpanan atau melalui pengeluaran caruman KWSP.

11) Bilakah saya perlu mula membuat bayaran pinjaman perumahan?

Pinjaman Kerajaan
Bayaran bulanan hanya perlu dibayar setelah pemilik menandatangani borang penerima rumah siap.

Pinjaman Bank
Bayaran bulanan bermula sebaik sahaja bank mengeluarkan bayaran tuntutan pertama kepada kontraktor. Bayaran bulanan awal yang dikenakan sebelum rumah siap adalah nilai kadar faedah mengikut tuntutan yang telah dibayar kepada pihak kontraktor. Bayaran penuh kepada pihak bank bermula setelah rumah disiap dan diserahkan.

12) Bolehkah Mahligai Idaman mengira kelayakan pinjaman perumahan saya?

Pinjaman Kerajaan
Untuk pinjaman kerajaan, kelayakan pinjaman boleh dikira melalui link Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di link ini: http://www.lppsa.gov.my/v2/kalkulator-lppsa/

Pinjaman Bank
Untuk pinjaman bank, pemohon perlu merujuk kelayakan pinjaman mereka kepada pihak bank kerana tiada mekanisma tetap senarai pinjaman maksimum seperti yang ditawarkan oleh pinjaman kerajaan. Kelayakan pinjaman bergantung kepada pendapatan pemohon di samping komitmen-komitmen lain yang ditanggung oleh pemohon berdasarkan rekod CCRIS/CTOS seperti pinjaman kereta dan kad kredit.

Selain itu, perkara-perkara seperti rekod pelaburan amanah saham, emas dan simpanan KWSP boleh digunakan sebagai sokongan kepada permohonan pinjaman.

13) Bilakah saya perlu mula membuat bayaran pinjaman perumahan?

Tidak boleh kerana pinjaman hanya di luluskan bagi pembinaan rumah di lot yang sama sahaja.

1) Berapa lamakah tempoh untuk membina sebuah rumah?

Tempoh kontrak pembinaan standard Mahligai Idaman adalah 24 bulan daripada tarikh kelulusan pinjaman perumahan atau bermula daripada tarikh penyerahan 10% deposit harga rumah bagi pelanggan yang membuat pembiayaan tunai. Tempoh ini mengambil kira faktor-faktor di luar jangkaan seperti cuaca dan juga mengambil kira tempoh mendapatkan Sijil Kesiapan dan Pematuhan (CCC).

Walaubagaimanapun, kebiasaannya rumah dapat disiapkan dalam tempoh yang lebih pendek bergantung kepada saiz rumah.

2) Apakah faktor yang boleh mempengaruhi tempoh pembinaan?

Ada banyak faktor yang mempengaruhi tempoh pembinaan bagi sesebuah rumah, salah satunya ialah cuaca. Jika hujan kebiasaannya tukang tidak akan bekerja di tapak. Faktor lain adalah seperti masa diambil oleh pelanggan bagi membuat keputusan pemilihan sesuuatu material binaan atau perubahan pembinaan.

3) Bolehkah saya membuat perubahan kepada rumah semasa rumah sedang dibina?

Boleh selagi tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak PBT. Selain itu, sebarang perubahan ke atas struktur rumah perlu dimaklumkan kepada PBT dan pelan perubahan perlu dihantar untuk kelulusan mereka. Sebarang kos tambahan akibat perubahan perlu ditanggung oleh pelanggan.

4) Antara mozek dengan laminate floor yang mana lagi murah?

Untuk mozek ada yang harga murah dan ada yang harga mahal, tetapi bagi majoriti projek yang dibuat oleh kontraktor, biasanya harga mozek yang diberikan dalam spesifikasi lebih murah berbanding laminate floor jika dibuat perbandingan.

5) Adakah kos deposit air dan elektrik di tanggung oleh pihak Mahligai Idaman?

Tidak. Kos deposit air dan deposit elektrik adalah di bawah tanggungan pelanggan atau pemilik rumah sendiri.

6) Berapakah ketinggian beam bawah dan ketinggian lantai rumah ke roof beam bagi spesifikasi mahligai idaman?

Ketinggian beam bawah bagi spesifikasi rumah mahligai idaman ialah satu kaki setengah, manakala ketinggian lantai ke beam atas ialah dua belas kaki.