Jenis Awning Rumah Terkini 2026 & 2025, Harga & Cara Pilih Yang Sesuai

Pemilihan jenis awning rumah yang betul bukan sahaja melindungi kediaman daripada cuaca panas dan hujan, malah ia mampu menaikkan seri reka bentuk rumah anda. Bagi tahun 2026, terdapat pelbagai variasi material popular di yang menawarkan fungsi serta estetika berbeza.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, jom ketahui info lengkap mengenai harga, tips memilih material, dan cara pengiraan bajet pemasangan secara terperinci di bawah.

5–8°C

Membantu dalam penurunan suhu

5

Jenis awning rumah popular di Malaysia

RM300+

Kos awning bermula dari seunit

10–15 thn

Tempoh hangka hayat awning

Kenapa Awning Penting Untuk Rumah di Malaysia?

Malaysia panas dan hujan sepanjang tahun. Awning bukan kemewahan ia keperluan praktikal yang memberikan manfaat nyata kepada setiap rumah.

Kurangkan Haba Dalaman

Awning yang dipasang di rumah boleh mengurangkan suhu dalaman rumah sehingga 5–8°C akibat cahaya matahari yang terik dan ini boleh menjimatkan bil elektrik anda daripada kebergantungan kepada penghawa dingin.

Perlindungan Dari Hujan Lebat

Boleh buka tingkap untuk pengudaraan walaupun ketika hujan tanpa bimbang air masuk. Penting di Malaysia di mana hujan lebat berlaku hampir setiap hari.

Tingkatkan Estetik Fasad

Design awning yang tepat mengubah penampilan luaran rumah secara dramatik dari biasa kepada menarik dan moden. Nilai pasaran hartanah turut meningkat.

Lindungi Dinding & Tingkap

Pendedahan UV dan hujan mempercepatkan kerosakan cat, kayu, dan bingkai tingkap. Awning bertindak sebagai lapisan perlindungan pertama — jimat kos penyelenggaraan jangka panjang.

Perluaskan Ruang Guna

Porch, teres, atau laman yang dilindungi awning menjadi ruang tambahan untuk bersantai, bermain, atau menjemur pakaian walaupun ketika hujan turun.

Pelaburan Yang Berbaloi

Kos pemasangan awning yang berpatutan berbanding manfaat jangka panjang, penjimatan elektrik, perlindungan struktur, dan peningkatan nilai hartanah menjadikannya ROI yang baik.

5 Jenis Awning Rumah Terkini di Malaysia

Setiap jenis awning rumah ada kelebihan dan kekurangannya. Fahami perbezaan ini sebelum membuat keputusan pembelian.

🔷
Awning Polycarbonate
Paling popular di Malaysia — cahaya masuk, hujan tidak
Paling Popular
✓ Kelebihan
Ringan, tahan UV & karat
Membenarkan cahaya semula jadi masuk
Pelbagai warna — jernih, biru, hijau
Kos pemasangan berpatutan
✗ Kekurangan
Bunyi bising ketika hujan lebat
Panel nipis boleh menguning lama-kelamaan
Kurang tahan lasak jika kualiti rendah
🔘
Awning Aluminium Composite
Moden, kemas, dan tahan lama untuk rumah mewah
Premium
✓ Kelebihan
Rupa moden & premium
Tahan karat, UV & cuaca ekstrem
Sunyi — tidak bising ketika hujan
Boleh dicat pelbagai warna
✗ Kekurangan
Kos lebih tinggi berbanding polycarbonate
Tidak telus — cahaya tidak masuk
Lebih berat, perlu struktur sokongan kuat
🟨
Awning Kain / Fabric
Fleksibel, boleh roll up dan hadir dalam pelbagai corak
Fleksibel
✓ Kelebihan
Boleh digulung bila tidak guna
Pelbagai corak, warna & design menarik
Nampak mewah & bergaya
Sesuai untuk teres & balkoni
✗ Kekurangan
Perlu ganti kain setiap 3–5 tahun
Tidak tahan hujan lebat jangka panjang
Kos penyelenggaraan lebih tinggi
Awning Zink / Metal Sheet
Paling lasak dan kos rendah — pilihan klasik Malaysia
Paling Murah
✓ Kelebihan
Kos paling rendah di pasaran
Sangat tahan lasak & kuat
Mudah dipasang & dibaiki
✗ Kekurangan
Sangat bising ketika hujan lebat
Rupa lama & tidak moden
Mudah berkarat jika tidak dicat semula
💎
Awning Kaca Tempered
Mewah, moden, dan eksklusif untuk rumah high-end
Mewah
✓ Kelebihan
Penampilan sangat mewah & eksklusif
Cahaya masuk sepenuhnya
Sangat tahan lasak jika dipasang betul
✗ Kekurangan
Kos paling tinggi dalam pasaran
Berat — perlu struktur sokongan kuat
Panas — kaca menyerap haba matahari

Harga Awning Rumah Terkini Malaysia 2025 – 2026

Semua harga adalah anggaran termasuk bahan dan pemasangan. Harga sebenar bergantung kepada jenis awning rumah, saiz, lokasi, kerumitan pemasangan, dan kontraktor yang dipilih.

Jenis Awning

Harga Per Kaki²

Anggaran 100 kaki²

Jangka Hayat

Kesesuaian

Zink / Metal Sheet

RM20–RM45

RM2,000–RM4,500

8–12 tahun

Ekonomi

Polycarbonate

RM35–RM80

RM3,500–RM8,000

10–15 tahun

Popular

Kain / Fabric

RM40–RM100

RM4,000–RM10,000

3–7 tahun (ganti kain)

Fleksibel

Aluminium Composite

RM60–RM120

RM6,000–RM12,000

15–20 tahun

Premium

Kaca Tempered

RM120–RM250

RM12,000–RM25,000

20–30 tahun

Mewah

Design & Jenis Awning Rumah Yang Trending di Malaysia 2025 – 2026

Rekabentuk awning terus berkembang mengikut trend seni bina rumah moden. Berikut adalah beberapa jenis awning rumah yang paling banyak dipilih pemilik rumah pada tahun 2025 – 2026.

Jenis Awning Rumah
Flat / Rata Moden

Rekabentuk paling popular untuk rumah moden masa kini. Bersih, minimalis, dan sesuai dengan hampir semua gaya seni bina rumah. #Trending 2025

Gable / Tringular

Design berbentuk segitiga yang klasik dan timeless. Memberikan tampak tradisional yang elegan, sesuai untuk rumah kampung moden dan banglo.

Curved / Melengkung

Rekabentuk melengkung yang unik dan menarik perhatian. Sesuai untuk porch rumah mewah yang mahu tampil berbeza dari jiran tetangga..

Box / Kotak Moden

Design berbentuk kotak yang tegas dan moden — popular untuk rumah berkonsep industrial dan contemporary. Nampak sangat kemas dan profesional..

Retractable / Boleh Gulung

Awning yang boleh digulung masuk bila tidak diperlukan — memberikan fleksibel maksimum. Sesuai untuk teres dan balkoni rumah mewah..

Cantilever / Tanpa Tiang

Awning tanpa tiang sokongan di hadapan — ruang bawah lebih lapang dan pandangan lebih terbuka. Memerlukan struktur sokongan yang kuat di dinding.

Cara Pilih Awning Yang Sesuai Untuk Rumah Anda

Jawab soalan-soalan berikut untuk tentukan jenis awning rumah yang mana yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

🏠
Apa gaya seni bina rumah anda?
Moden / minimalis: Pilih aluminium composite atau polycarbonate dengan design flat. Kampung / tradisional: Gable atau curved dengan zink atau polycarbonate. Mewah / banglo: Kaca tempered atau aluminium premium..
💰
Berapakah bajet anda?
Di bawah RM5,000: Zink atau polycarbonate standard. RM5,000–RM15,000: Polycarbonate premium atau aluminium composite. RM15,000 ke atas: Kaca tempered atau aluminium mewah.
📍
Di mana awning akan dipasang?
Porch / kereta: Polycarbonate atau aluminium — perlu tahan berat dan lasak. Tingkap: Polycarbonate nipis atau kain. Teres / balkoni: Retractable fabric atau polycarbonate..
🔇
Adakah bunyi bising isu untuk anda?
Jika anda sensitif dengan bunyi hujan, elakkan zink dan polycarbonate nipis. Pilih aluminium composite atau polycarbonate tebal (10mm ke atas) yang jauh lebih senyap ketika hujan lebat.
☀️
Perlukah cahaya semula jadi masuk?
Jika ruang di bawah awning perlu cahaya — pilih polycarbonate jernih atau kaca tempered. Jika tidak perlukan cahaya atau nak lebih sejuk — pilih aluminium composite atau zink.
🔧
Berapa kerap anda mampu selenggara?
Jika anda mahu penyelenggaraan minimum — pilih aluminium composite (tahan 15–20 tahun dengan selenggara rendah). Awning kain perlukan gantian setiap 3–5 tahun — kos penyelenggaraan lebih tinggi.

Tips Penjagaan & Penyelenggaraan Awning Supaya Tahan Lama

Awning yang dijaga dengan baik boleh bertahan dua kali lebih lama. Ikut tips mudah ini untuk memanjangkan jangka hayat awning anda.

1
Cuci Awning Sekurang-kurangnya Dua Kali Setahun
Gunakan air bersih dan guna sabun untuk buang habuk, sarang labah-labah, dan kotoran yang terkumpul. Elakkan bahan kimia keras yang boleh merosakkan permukaan polycarbonate atau cat aluminium.
2
Periksa Skru dan Bolt Sokongan Setiap Tahun
Getaran dari angin kencang dan hujan lebat boleh melonggarkan sambungan lama-kelamaan. Ketatkan semua skru dan gantikan yang berkarat sebelum ia menjadi masalah yang lebih serius dan mahal untuk dibaiki.
3
Semak Saluran Air (Gutter) Supaya Tidak Tersumbat
Awning tanpa saluran air yang berfungsi akan menyebabkan air bertakung dan menitis ke dinding yang boleh menyebabkan cat dan struktur rumah cepat rosak. Bersihkan gutter dari sampah seperti daun dan kotoran selepas hujan lebat.
4
Cat Semula Awning Zink Setiap 3–4 Tahun
Awning zink yang tidak dicat semula akan mula berkarat dari bahagian tepi dan sambungan. Gunakan cat anti-karat berkualiti untuk memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan penampilan yang kemas serta bersih.
5
Gulung Awning Kain Sebelum Ribut atau Angin Kencang
Awning fabric yang dibiarkan terbuka semasa ribut berisiko rosak teruk atau tercabut dari dinding. Gulung masuk sebelum cuaca buruk kerana ini juga memanjangkan jangka hayat kain dengan mengurangkan tekanan angin berulang.
6
Periksa Sambungan di Titik Lekat Dinding Sekali Setahun
Titik di mana awning disambung ke dinding adalah kawasan paling mudah bocor dan longgar. Pastikan sealant masih dalam keadaan baik dan tukarkan jika ada tanda-tanda retak atau tertanggal sebelum musim hujan tiba.

Soalan lazim (FAQ) Bina Rumah Banglo Mewah

Berikut adalah soalan yang paling sering ditanya oleh bakal pemilik banglo mewah kepada kami.

Perlukah kelulusan PBT untuk pasang awning?
Untuk awning kecil di atas tingkap atau pintu (projek kurang dari 2 meter), kebanyakan PBT tidak memerlukan kelulusan rasmi. Namun untuk awning besar seperti porch kereta atau kanopi yang melebihi sempadan lot, kelulusan PBT mungkin diperlukan. Semak dengan PBT kawasan anda sebelum memulakan kerja untuk mengelakkan saman atau arahan tanggal.

Berapa lama masa diperlukan untuk pasang awning rumah?
Pemasangan awning standard untuk rumah kediaman biasanya mengambil masa 1–3 hari bergantung kepada saiz dan kerumitan. Awning porch kereta saiz sederhana (20′ × 12′) lazimnya siap dalam 1 hari. Awning yang memerlukan kerja dinding atau struktur tambahan mungkin mengambil masa 2–4 hari.

Polycarbonate mana yang terbaik — single wall, twin wall, atau multiwall?
Untuk awning rumah di Malaysia, twin wall (double layer) adalah pilihan terbaik dari segi nilai wang. Ia lebih senyap berbanding single wall, lebih baik dalam menghalang haba, dan masih membenarkan cahaya masuk. Multiwall adalah pilihan premium yang paling senyap dan tahan haba terbaik, tetapi kos hampir dua kali ganda. Single wall adalah paling murah tetapi paling bising dan panas.

Bolehkah awning dipasang sendiri (DIY) atau perlu kontraktor?
Awning kecil seperti awning tingkap yang ringan boleh dipasang secara DIY jika anda ada kemahiran asas. Namun untuk awning besar seperti porch kereta, struktur yang tidak dipasang dengan betul boleh runtuh dan mengakibatkan kecederaan atau kerosakan hartanah. Sangat disyorkan untuk menggunakan kontraktor berpengalaman, terutama untuk awning yang memerlukan penggerudian ke dinding-dinding konkrit.

Adakah awning boleh dipasang semasa bina rumah baru?
Ya dan ini adalah cara terbaik! Memasang awning semasa pembinaan membolehkan struktur sokongan (anchor bolt, rasuk, atau wall plate) dibina terus dalam dinding atau struktur rumah. Hasilnya jauh lebih kuat dan kemas berbanding menambah awning selepas rumah siap. Ia juga lebih jimat kerana mengelakkan kos korek tembok atau ubah suai dinding sedia ada. Beritahu kami di Mahligai Development Idaman Sdn Bhd dari awal jika anda merancang untuk pasang awning.

Awning polycarbonate atau aluminium atau mana lebih berbaloi untuk rumah di Kelantan?
Untuk rumah di Kelantan, jenis awning rumah polycarbonate twin wall adalah pilihan paling popular dan berbaloi kerana harga lebih rendah, cahaya masuk, dan cukup tahan untuk cuaca Kelantan yang panas dan hujan lebat. Aluminium composite adalah pilihan premium yang lebih senyap, lebih tahan lama (15–20 tahun vs 10–15 tahun), dan memberikan penampilan lebih mewah bersesuaian dengan banglo mewah yang mengutamakan estetik dan kualiti jangka masa panjang.

Pilih Awning yang Sesuai Untuk Anda dan Jom Bina Rumah Dengan Kami

Pasang awning semasa pembinaan adalah lebih kuat berbanding selepas bina rumah, ianya juga nampak lebih kemas, dan lebih jimat.

Mahligai Idaman membantu anda dalam merancang dan memilih jenis awning rumah yang sesuai dengan rekabentuk rumah dari peringkat awal sehinggalah siap bina.

Khidmat konsultasi adalah adalah percuma bersama pakar bina rumah kami dan tiada komitmen diperlukan untuk perundingan awal!

Klik link di bawah sekarang!!!