Beza antara MRTT dan MLTT?

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “

🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.
Bila submit loan, Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?

Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:
📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
📌MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya cakap macam tu:
Contohnya jika harga Rumah : RM297,000
Situasi : Selepas 7 tahun bayar, baki pinjaman tinggal RM 160,000. Owner rumah meninggal dunia.

Jika ambil MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu RM160,000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.
Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan RM297,000 . Baki pinjaman RM 160,000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
✅ Duit RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.

Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.
Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih
jalan seperti biasa.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat
Jadi which one yang lagi menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.

Kredit : Ahmad Humaizi Ibrahim

Ingin dapatkan khidmat konsultansi tentang bina rumah secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔? Hubungi sekarang pegawai pemasaran kami atau melalui whatsapp dengan KLIK link dibawah:

𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽:

Nak Share Page Ni?

Klik ikon-ikon media sosial di bawah untuk share page ini kepada pasangan, rakan-rakan dan kenalan anda melalui Facebook, Twitter, Whatapps dan lain-lain social media dengan menggunakan button share.

LANGKAH-LANGKAH BINA RUMAH BERSAMA MAHLIGAI IDAMAN

Hubungi Kami Sekarang!

Hubungi pihak kami sekarang untuk penerangan lebih lanjut dan dapatkan khidmat konsultasi secara PERCUMA dengan membuat panggilan terus kepada number telefon di bawah, whatapps, emel menggunakan borang yang disediakan atau anda boleh walk-in ke pejabat kami.

MAHLIGAI IDAMAN DEVELOPMENT SDN BHD (1263469-H)

PEJABAT MAHLIGAI IDAMAN KELANTAN

PT 392, Jalan Kuala Krai,
Bandar Baru Tunjung,
(Belakang Bank Islam Tunjong),
Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu,
Kelantan.

09-7480888

PEJABAT MAHLIGAI IDAMAN TERENGGANU

Lot 30864, Taman Yayasan Terengganu,
Jln. Lapangan Terbang,
Kg. Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu.

09-6904534