Anda Ada Tanah Nak Jual?
Nak Kami Beli? atau Join Ventures Bersama Kami !
Adakah anda memiliki tanah ekar atau tanah lot untuk dijual? Jika ada, kami berminat sama ada untuk membeli atau melaksanakan projek usahasama (JV) bagi membangunkan tanah tersebut.
(1) JUAL TANAH
Sekiranya anda mempunyai tanah bersaiz minimum satu (1) ekar dan ingin menjualnya segera, pihak kami sedia menimbangkan untuk membeli tanah anda. Mahligai Idaman akan membuat penilaian dahulu terhadap tanah tersebut sebelum pembelian dan sekiranya harga jualan yang ditawarkan oleh Pemilik Tanah bersesuaian, kami akan membeli tanah tersebut.
Pembelian tanah akan dibuat secara tunai dengan bayaran secara penuh atau bayaran secara ansuran dalam tempoh masa maksimum enam (6) bulan untuk kes-kes tertentu. Kelebihan proses jualan tanah ini adalah pemilik tanah akan mendapat bayaran tunai paling pantas berbanding kaedah usahasama yang lain.
(2) PECAH LOT TANAH
Untuk JV pecahlot tanah, Pemilik Tanah perlu mempunyai tanah bersaiz minimum satu (1) ekar. Mahligai Idaman akan membiayai semua kos yang terlibat untuk memecahlot kepada lot-lot banglo termasuk kos guaman, jurkur dan kos pejabat tanah.
Pada akhir proses, pemilik tanah akan menerima geran-geran individu untuk tanah lot yang telah siap dipecahkan dengan nilai tanah yang lebih tinggi. Sebagai balasan, Pemilik Tanah perlu menyerahkan sebahagian daripada lot tanah banglo yang telah siap dipecahlot tanpa perlu mengeluarkan bayaran daripada awal hingga akhir proses.
Pemilik tanah bebas untuk menjual menyimpan atau menjual tanah lot milik tuan tanah setelah menerima geran individu. Mahligai Idaman pula tidak terikat untuk membangunkan tanah-tanah lot tersebut atau menjual bagi pihak tuan tanah kecuali terdapat perjanjian khusus berkenaan perkara tersebut.
(3) JV PEMBANGUNAN TANAH
Untuk jenis JV ini, Pemilik Tanah menyerahkan kepada pihak Mahligai Idaman untuk membangunkan perumahan di atas tanah bersaiz minimum satu (1) ekar dengan pulangan berbentuk bangunan (rumah) dan/atau bayaran tunai kepada pemilik.
Lokasi dan kesesuaian tanah akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak Mahligai Idaman sebelum keputusan pembangunan perumahan diberikan. Kesesuaian tanah akan dinilai atas beberapa faktor seperti jenis tanah, kerja tanah (earthwork) yang terlibat, jenis bangunan yang sesuai, kebolehjualan projek perumahan di kawasan tersebut, fasiliti dan lain-lain.
JV pembangunan adalah termasuk rumah teres, semi-d, banglo dan/atau rumah kedai. Bergantung kepada saiz pembangunan, pembangunan boleh dilakukan secara berfasa bergantung kepada perjanjian di antara pemilik tanah dan Mahligai Idaman.
Tempoh masa proses pembangunan perumahan daripada peringkat pecahlot sehingga pembinaan siap mengambil masa antara lima (5) tahun ke enam (6) tahun.