Asas Tapak Rumah

Asas tapak rumah yang perlu anda tahu sebelum bina rumah

Pembinaan asas atau tapak rumah amat penting bagi memastikan struktur rumah yang dibina kukuh dan melindungi keselamatan penghuni di dalam rumah. Di sini kami ingin berkongsi 2 jenis asas atau tapak rumah yang kebiasaannya digunakan berdasarkan keadaan tapak:

1) Pad footing

i) Digunakan untuk menampung bebanan yang tertumpu pada tiang-tiang utama rumah.-kebiasaannya digunakan di atas tapak yang mempunyai tanah yang keras dan tidak mudah mendap.

ii) Keburukan:
a) tidak sesuai digunakan di atas tanah lembut / tanah tambun atau tanah berhampiran cerun.

2) Raft footing

i) Terdiri daripada ‘slab’ konkrit yang keluasannya sama dengan permukaan lantai rumah dan dibawahnya terdapat unjuran konkrit sepanjang 2 kaki ke dalam tanah.

ii) Digunakan di atas tapak yang mempunyai struktur tanah yang tidak stabil dan mudah mendap (cth: tanah gambut,tanah tambun) kerana struktur ini dapat memindahkan beban secara sama rata ke seluruh kawasan permukaan.

iii) Keburukan:
a) Paip pembentung / saluran elektrik perlu dipasang sebelum konkrit dicurahkan untuk membentuk ‘slab’.
(b) Kos tinggi