Jenis Awning Rumah Terkini 2026 & 2025, Harga & Cara Pilih Yang Sesuai
Pemilihan jenis awning rumah yang betul bukan sahaja melindungi kediaman daripada cuaca panas dan hujan, malah ia mampu menaikkan seri reka bentuk rumah anda. Bagi tahun 2026, terdapat pelbagai variasi material popular di yang menawarkan fungsi serta estetika berbeza.
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli, jom ketahui info lengkap mengenai harga, tips memilih material, dan cara pengiraan bajet pemasangan secara terperinci di bawah.
5–8°C
Membantu dalam penurunan suhu
5
Jenis awning rumah popular di Malaysia
RM300+
Kos awning bermula dari seunit
10–15 thn
Tempoh hangka hayat awning
Kenapa Awning Penting Untuk Rumah di Malaysia?
Malaysia panas dan hujan sepanjang tahun. Awning bukan kemewahan ia keperluan praktikal yang memberikan manfaat nyata kepada setiap rumah.
Kurangkan Haba Dalaman
Awning yang dipasang di rumah boleh mengurangkan suhu dalaman rumah sehingga 5–8°C akibat cahaya matahari yang terik dan ini boleh menjimatkan bil elektrik anda daripada kebergantungan kepada penghawa dingin.
Perlindungan Dari Hujan Lebat
Boleh buka tingkap untuk pengudaraan walaupun ketika hujan tanpa bimbang air masuk. Penting di Malaysia di mana hujan lebat berlaku hampir setiap hari.
Tingkatkan Estetik Fasad
Design awning yang tepat mengubah penampilan luaran rumah secara dramatik dari biasa kepada menarik dan moden. Nilai pasaran hartanah turut meningkat.
Lindungi Dinding & Tingkap
Pendedahan UV dan hujan mempercepatkan kerosakan cat, kayu, dan bingkai tingkap. Awning bertindak sebagai lapisan perlindungan pertama — jimat kos penyelenggaraan jangka panjang.
Perluaskan Ruang Guna
Porch, teres, atau laman yang dilindungi awning menjadi ruang tambahan untuk bersantai, bermain, atau menjemur pakaian walaupun ketika hujan turun.
Pelaburan Yang Berbaloi
Kos pemasangan awning yang berpatutan berbanding manfaat jangka panjang, penjimatan elektrik, perlindungan struktur, dan peningkatan nilai hartanah menjadikannya ROI yang baik.
5 Jenis Awning Rumah Terkini di Malaysia
Setiap jenis awning rumah ada kelebihan dan kekurangannya. Fahami perbezaan ini sebelum membuat keputusan pembelian.
Harga Awning Rumah Terkini Malaysia 2025 – 2026
Semua harga adalah anggaran termasuk bahan dan pemasangan. Harga sebenar bergantung kepada jenis awning rumah, saiz, lokasi, kerumitan pemasangan, dan kontraktor yang dipilih.
|
Jenis Awning |
Harga Per Kaki² |
Anggaran 100 kaki² |
Jangka Hayat |
Kesesuaian |
|---|---|---|---|---|
|
Zink / Metal Sheet |
RM20–RM45 |
RM2,000–RM4,500 |
8–12 tahun |
Ekonomi |
|
Polycarbonate |
RM35–RM80 |
RM3,500–RM8,000 |
10–15 tahun |
Popular |
|
Kain / Fabric |
RM40–RM100 |
RM4,000–RM10,000 |
3–7 tahun (ganti kain) |
Fleksibel |
|
Aluminium Composite |
RM60–RM120 |
RM6,000–RM12,000 |
15–20 tahun |
Premium |
|
Kaca Tempered |
RM120–RM250 |
RM12,000–RM25,000 |
20–30 tahun |
Mewah |
⚠️ Nota penting: Harga di atas tidak termasuk kos kerja tambahan seperti korek tembok, ubah suai struktur sedia ada, atau sambungan gutter. Dapatkan sebut harga terperinci daripada kontraktor sebelum membuat keputusan.
Design & Jenis Awning Rumah Yang Trending di Malaysia 2025 – 2026
Rekabentuk awning terus berkembang mengikut trend seni bina rumah moden. Berikut adalah beberapa jenis awning rumah yang paling banyak dipilih pemilik rumah pada tahun 2025 – 2026.

Flat / Rata Moden
Rekabentuk paling popular untuk rumah moden masa kini. Bersih, minimalis, dan sesuai dengan hampir semua gaya seni bina rumah. #Trending 2025

Gable / Tringular
Design berbentuk segitiga yang klasik dan timeless. Memberikan tampak tradisional yang elegan, sesuai untuk rumah kampung moden dan banglo.

Curved / Melengkung
Rekabentuk melengkung yang unik dan menarik perhatian. Sesuai untuk porch rumah mewah yang mahu tampil berbeza dari jiran tetangga..

Box / Kotak Moden
Design berbentuk kotak yang tegas dan moden — popular untuk rumah berkonsep industrial dan contemporary. Nampak sangat kemas dan profesional..

Retractable / Boleh Gulung
Awning yang boleh digulung masuk bila tidak diperlukan — memberikan fleksibel maksimum. Sesuai untuk teres dan balkoni rumah mewah..

Cantilever / Tanpa Tiang
Awning tanpa tiang sokongan di hadapan — ruang bawah lebih lapang dan pandangan lebih terbuka. Memerlukan struktur sokongan yang kuat di dinding.
Cara Pilih Awning Yang Sesuai Untuk Rumah Anda
Jawab soalan-soalan berikut untuk tentukan jenis awning rumah yang mana yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
⚠️ Nota penting: Harga di atas tidak termasuk kos kerja tambahan seperti korek tembok, ubah suai struktur sedia ada, atau sambungan gutter. Dapatkan sebut harga terperinci daripada kontraktor sebelum membuat keputusan.
Tips Penjagaan & Penyelenggaraan Awning Supaya Tahan Lama
Awning yang dijaga dengan baik boleh bertahan dua kali lebih lama. Ikut tips mudah ini untuk memanjangkan jangka hayat awning anda.
Soalan lazim (FAQ) Bina Rumah Banglo Mewah
Berikut adalah soalan yang paling sering ditanya oleh bakal pemilik banglo mewah kepada kami.
Perlukah kelulusan PBT untuk pasang awning?
Untuk awning kecil di atas tingkap atau pintu (projek kurang dari 2 meter), kebanyakan PBT tidak memerlukan kelulusan rasmi. Namun untuk awning besar seperti porch kereta atau kanopi yang melebihi sempadan lot, kelulusan PBT mungkin diperlukan. Semak dengan PBT kawasan anda sebelum memulakan kerja untuk mengelakkan saman atau arahan tanggal.
Berapa lama masa diperlukan untuk pasang awning rumah?
Pemasangan awning standard untuk rumah kediaman biasanya mengambil masa 1–3 hari bergantung kepada saiz dan kerumitan. Awning porch kereta saiz sederhana (20′ × 12′) lazimnya siap dalam 1 hari. Awning yang memerlukan kerja dinding atau struktur tambahan mungkin mengambil masa 2–4 hari.
Polycarbonate mana yang terbaik — single wall, twin wall, atau multiwall?
Untuk awning rumah di Malaysia, twin wall (double layer) adalah pilihan terbaik dari segi nilai wang. Ia lebih senyap berbanding single wall, lebih baik dalam menghalang haba, dan masih membenarkan cahaya masuk. Multiwall adalah pilihan premium yang paling senyap dan tahan haba terbaik, tetapi kos hampir dua kali ganda. Single wall adalah paling murah tetapi paling bising dan panas.
Bolehkah awning dipasang sendiri (DIY) atau perlu kontraktor?
Awning kecil seperti awning tingkap yang ringan boleh dipasang secara DIY jika anda ada kemahiran asas. Namun untuk awning besar seperti porch kereta, struktur yang tidak dipasang dengan betul boleh runtuh dan mengakibatkan kecederaan atau kerosakan hartanah. Sangat disyorkan untuk menggunakan kontraktor berpengalaman, terutama untuk awning yang memerlukan penggerudian ke dinding-dinding konkrit.
Adakah awning boleh dipasang semasa bina rumah baru?
Ya dan ini adalah cara terbaik! Memasang awning semasa pembinaan membolehkan struktur sokongan (anchor bolt, rasuk, atau wall plate) dibina terus dalam dinding atau struktur rumah. Hasilnya jauh lebih kuat dan kemas berbanding menambah awning selepas rumah siap. Ia juga lebih jimat kerana mengelakkan kos korek tembok atau ubah suai dinding sedia ada. Beritahu kami di Mahligai Development Idaman Sdn Bhd dari awal jika anda merancang untuk pasang awning.
Awning polycarbonate atau aluminium atau mana lebih berbaloi untuk rumah di Kelantan?
Untuk rumah di Kelantan, jenis awning rumah polycarbonate twin wall adalah pilihan paling popular dan berbaloi kerana harga lebih rendah, cahaya masuk, dan cukup tahan untuk cuaca Kelantan yang panas dan hujan lebat. Aluminium composite adalah pilihan premium yang lebih senyap, lebih tahan lama (15–20 tahun vs 10–15 tahun), dan memberikan penampilan lebih mewah bersesuaian dengan banglo mewah yang mengutamakan estetik dan kualiti jangka masa panjang.
Pilih Awning yang Sesuai Untuk Anda dan Jom Bina Rumah Dengan Kami
Pasang awning semasa pembinaan adalah lebih kuat berbanding selepas bina rumah, ianya juga nampak lebih kemas, dan lebih jimat.
Mahligai Idaman membantu anda dalam merancang dan memilih jenis awning rumah yang sesuai dengan rekabentuk rumah dari peringkat awal sehinggalah siap bina.
Khidmat konsultasi adalah adalah percuma bersama pakar bina rumah kami dan tiada komitmen diperlukan untuk perundingan awal!
Klik link di bawah sekarang!!!

