Kadar OPR Naik?

Mari ikuti blog dari Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan Mahligai Idaman.

Betul ke? Seperti kita maklum, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk kali kedua tahun ini dengan ura-ura kenaikan untuk kali ketiga sebelum berakhirnya tahun 2022. Untuk penulisan kali ini, saya hanya ingin menyentuh kesan kenaikan OPR terhadap pembiayaan perumahan sahaja.

Terdapat beberapa pakar hartanah memberikan pendapat bahawa sekarang bukannya masa yang sesuai untuk membeli rumah – https://www.sinarharian.com.my/article/212778/berita/nasional/bukan-masa-sesuai-rakyat-beli-rumah

Pendapat saya adalah ini adalah benar dan tidak benar.

Kenapa saya berkata demikian? Bagi penjawat awam, mereka tidak terkesan langsung dengan perubahan OPR kerana pembiayaan mereka ditanggung oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) secara kadar rata (fixed rate) dan tidak akan berubah berdasarkan kadar OPR yang ditetapkan oleh BNM. Dengan kata lain, kadar bayaran balik pinjaman bank sahaja yang boleh berubah mengikut perubahan kadar OPR. Untuk pekerja swasta pula, walaupun mereka terkesan langsung dengan perubahan OPR, kadar OPR ini akan sentiasa berubah bergantung kepada keadaan ekonomi dan dasar ekonomi kerajaan.

Sebagai contoh, pada tahun 2020, kadar OPR telah diturunkan sebanyak empat kali daripada 4.00% sehingga 1.75% – kadar terendah yang pernah direkodkan dalam sejarah. Mengambil kira tempoh pinjaman perumahan yang biasanya diantara tiga puluh hingga tiga puluh lima tahun, peminjam akan menghadapai kenaikan dan penurunan silih berganti. Jadi, tiada masa yang boleh dikira tepat sebagai ‘masa sesuai’ atau ‘masa tidak sesuai’.

Selain itu, jika anda menunggu sehingga kadar OPR yang anda rasakan rendah sebelum anda membina atau membeli rumah, peningkatan harga rumah saban tahun akibat kenaikan harga bahan binaan dan kenaikan upah tukang akan menjadikan penantian anda sia-sia. Lebih buruk, anda berkemungkinan menanggung harga yang jauh lebih tinggi atas faktor masa tersebut.

Bilakah kenyataan di atas benar? Sekiranya pinjaman yang dibuat adalah untuk pinjaman perumahan kedua, ketiga dan ke atas. Pendek kata, sekiranya pinjaman perumahan dibuat untuk rumah bagi tujuan pelaburan, peningkatan bayaran balik kepada pihak bank boleh menjejaskan pendapatan melalui sewa sehingga anda menanggung ‘negative cashlow’ disebabkan faktor peningkatan bayaran balik.

Situasi lain mungkin lebih berkait kepada perbelanjaan pinjaman-pinjaman bank lain yang anda miliki seperti pinjaman kereta dan pinjaman peribadi yang turut menerima kenaikan akibat kenaikan OPR sehingga menjejaskan kemampuan anda untuk memiliki rumah sekarang.

Apa-apa pun, situasi bagi setiap orang berbeza dan keperluan bagi pembiayaan rumah turut berbeza berdasarkan individu. Pastikan anda merancang kewangan anda sebaiknya dan buat keputusan terbaik untuk membina atau membeli rumah sekarang atupun tidak.

Akhir sekali, jangan lupa untuk berhubung dengan Mahligai Idaman untuk mendapatkan khidmat runding pembinaan rumah secara percuma. Dapatkan e-book koleksi Pelan Rumah Idaman secara percuma dengan cara whatsapp link di bawah dan isi maklumat di dalam Whatsapp tersebut.

Whatsapp Link
http://mahligaiidaman.com/azan-ebook

Yang Benar,
Wan Mohd Syamim
Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan
Mahligai Idaman Development Sdn Bhd

Nak Share Page Ni?

Klik ikon-ikon media sosial di bawah untuk share page ini kepada pasangan, rakan-rakan dan kenalan anda melalui Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain social media dengan menggunakan button share.

Langkah-Langkah Bina Rumah Bersama Mahligai Idaman !

Info

Jumpa kami untuk konsultasi percuma tanpa komitmen untuk membina rumah impian anda. Lihat koleksi pelan-pelan rumah menarik kami dan bincang kesesuaian rumah berdasarkan bajet dan kehendak anda

Pelan

Pelan rumah akan dilukis mengikut spesifikasi pelanggan dan pelan kemudiannya disahkan oleh jurutera bertauliah sebelum dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kelulusan pembinaan.

Loan

Proses pinjaman akan diuruskan pihak kami samada untuk pinjaman kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau pinjaman swasta melalui bank. Pembiayaan secara tunai turut diterima

Bina

Seterusnya, pembinaan akan diuruskan oleh pihak Mahligai Idaman dengan servis terbaik dan urusan pembinaan selesai sehingga rumah menerima Sijil Kelayakan Duduk (SKD).

Info

Jumpa kami untuk konsultasi percuma tanpa komitmen untuk membina rumah impian anda. Lihat koleksi pelan-pelan rumah menarik kami dan bincang kesesuaian rumah berdasarkan bajet dan kehendak anda.

Pelan

Proses pinjaman akan diuruskan pihak kami samada untuk pinjaman kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau pinjaman swasta melalui bank. Pembiayaan secara tunai turut diterima.

Loan

Pelan rumah akan dilukis mengikut spesifikasi pelanggan dan pelan kemudiannya disahkan oleh jurutera bertauliah sebelum dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kelulusan pembinaan.

Bina

Seterusnya, pembinaan akan diuruskan oleh pihak Mahligai Idaman dengan servis terbaik dan urusan pembinaan selesai sehingga rumah menerima Sijil Kelayakan Duduk (SKD).


Hubungi Kami Sekarang Atau Walk-In Ke Pejabat Kami !

Hubungi pihak kami sekarang untuk penerangan lebih lanjut dan dapatkan khidmat konsultasi secara PERCUMA dengan membuat panggilan terus kepada number telefon di bawah, whatapps, emel menggunakan borang yang disediakan atau anda boleh walk-in ke pejabat kami.

012-9377450

PEJABAT MAHLIGAI IDAMAN KELANTAN
PT 392, Jalan Kuala Krai,
Bandar Baru Tunjung,
(Belakang Bank Islam Tunjong),
Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu,
Kelantan.

09-7480888

PEJABAT MAHLIGAI IDAMAN TERENGGANU
Lot 30864, Taman Yayasan Terengganu,
Jln. Lapangan Terbang,
Kg. Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu.

09-6904534