Rumah Setingkat, 2 Tingkat atau Tiang Tinggi? Mana Satu Lebih Sesuai Untuk Anda?
Nak bina rumah atas tanah sendiri, tapi masih berbelah bahagi antara rumah setingkat, 2 tingkat atau rumah tiang tinggi?
Ada yang lebih suka rumah setingkat kerana tidak perlu naik turun tangga. Ada pula yang mengimpikan rumah 2 tingkat kerana mahukan ruang yang lebih luas dan privasi untuk keluarga. Bagi pemilik tanah di kawasan yang pernah mengalami banjir, rumah tiang tinggi mungkin menjadi pilihan.
Sebenarnya, setiap jenis rumah mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan bukan sekadar bergantung pada reka bentuk yang cantik, tetapi juga melibatkan kos pembinaan, keluasan tanah, keselesaan keluarga dan keperluan jangka panjang.
Jadi, sebelum membuat keputusan, jom kita lihat perbezaan ketiga-tiga jenis rumah ini.
Rumah Setingkat — Selesa dan Praktikal Untuk Jangka Panjang
Rumah setingkat merupakan antara pilihan popular bagi pemilik tanah yang mahukan kediaman selesa dengan susun atur yang mudah.
Semua ruang utama seperti bilik tidur, ruang tamu dan dapur terletak pada aras yang sama. Ini menjadikan pergerakan harian lebih mudah, terutamanya untuk keluarga yang mempunyai anak kecil atau warga emas.
Kelebihan Rumah Setingkat
Kekurangan Rumah Setingkat
✅ Kesimpulan mudah: Rumah setingkat sesuai untuk keluarga kecil hingga sederhana, pasangan yang merancang untuk menetap dalam jangka masa panjang serta pemilik tanah yang mempunyai kawasan binaan mencukupi.
Rumah 2 Tingkat — Lebih Banyak Ruang dan Privasi
Bagi mereka yang mempunyai keluarga besar atau mahu lebih banyak ruang tanpa menggunakan terlalu banyak kawasan tanah, rumah 2 tingkat boleh menjadi pilihan. Kebiasaannya, tingkat bawah digunakan sebagai ruang tamu, ruang makan dan dapur, manakala tingkat atas menempatkan bilik tidur serta ruang keluarga.
Pembahagian ini membolehkan ruang menerima tetamu dan ruang peribadi diasingkan dengan lebih jelas.
Kelebihan Rumah 2 Tingkat
Kekurangan Rumah 2 Tingkat
✅ Kesimpulan mudah: Rumah 2 tingkat sesuai untuk keluarga besar, pemilik tanah yang mempunyai kawasan binaan terhad atau mereka yang mengutamakan privasi antara ruang keluarga dan tetamu.
Rumah Tiang Tinggi — Pilihan Untuk Kawasan Berisiko Banjir
Rumah tiang tinggi bukanlah konsep asing di Malaysia, terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. Konsep ini menggunakan struktur bertiang untuk menaikkan aras lantai utama rumah daripada permukaan tanah.
Selain mempunyai identiti seni bina tersendiri, rumah tiang tinggi sering dipertimbangkan oleh pemilik tanah di kawasan yang mempunyai sejarah banjir.
Kelebihan Rumah Tiang Tinggi
Kekurangan Rumah Tiang Tinggi
✅ Kesimpulan mudah: Rumah tiang tinggi sesuai dipertimbangkan oleh pemilik tanah di kawasan berisiko banjir atau tapak yang memerlukan aras lantai utama dinaikkan berdasarkan penilaian teknikal.
Namun, perlu diingat bahawa rumah tiang tinggi bukan jaminan bebas banjir. Ketinggian lantai dan keselamatan struktur perlu ditentukan berdasarkan keadaan sebenar tapak.
Perbandingan Rumah Setingkat, 2 Tingkat dan Tiang Tinggi
Untuk memudahkan anda membuat pilihan, berikut merupakan perbandingan ringkas antara ketiga-tiga jenis rumah.
|
Faktor |
Setingkat |
2 Tingkat |
Tiang Tinggi |
|---|---|---|---|
|
Pengunaan Tanah |
Memerlukan jejak bangunan lebih luas |
Lebih efisien untuk banyak ruang |
Bergantung pada reka bentuk |
|
Keselesaan Warga Emas |
Lebih sesuai |
Perlu ruang utama di bawah |
Memerlukan akses khas |
|
Privasi |
Bergantung kepada susun atur |
Lebih mudah diasingkan |
Bergantung pada susun atur |
|
Risiko Banjir |
Bergantung pada aras lantai |
Aras bawah masih terdedah |
Boleh mengurangkan risiko pada ruang utama |
|
Penyelenggaraan |
Umumnya lebih mudah |
Lebih mencabar |
Perlu pemeriksaan struktur tambahan |
Mana Satu Lebih Jimat Dari Segi Kos Pembinaan?
Ramai beranggapan rumah setingkat semestinya lebih murah berbanding rumah 2 tingkat. Namun, hakikatnya kos pembinaan tidak boleh ditentukan berdasarkan bilangan tingkat semata-mata.
Rumah setingkat mungkin mempunyai struktur yang lebih ringkas, tetapi memerlukan kawasan asas dan bumbung yang lebih luas jika dibina dengan keluasan lantai yang besar.
Rumah 2 tingkat pula memerlukan struktur tambahan seperti lantai tingkat atas, rasuk dan tangga. Walau bagaimanapun, bagi jumlah keluasan lantai yang sama, jejak bangunan dan kawasan bumbung mungkin lebih kecil.
Rumah tiang tinggi memerlukan perancangan struktur, asas dan ketinggian lantai yang sesuai. Ini boleh meningkatkan kos, bergantung pada keadaan tanah serta ketinggian yang diperlukan.
Oleh itu, sebelum membina rumah, sebaiknya dapatkan anggaran kos berdasarkan pelan, keluasan rumah, spesifikasi dan keadaan tanah sebenar.
4 Perkara Penting Sebelum Memilih Jenis Rumah
1. Keluasan dan Keadaan Tanah
- Jika mempunyai tanah yang luas, rumah setingkat mungkin lebih praktikal. Jika kawasan binaan terhad tetapi mahukan banyak ruang, rumah 2 tingkat boleh dipertimbangkan. Bagi kawasan yang pernah mengalami banjir, keadaan tapak dan aras lantai perlu dinilai sebelum memilih reka bentuk.
- Bagi kawasan yang pernah mengalami banjir, keadaan tapak dan aras lantai perlu dinilai sebelum memilih reka bentuk.
2. Keperluan Ahli Keluarga
- Fikirkan siapa yang akan tinggal di rumah tersebut.
- Adakah anda mempunyai anak kecil? Ibu bapa warga emas? Atau merancang untuk menambah ahli keluarga?
- Sebagai contoh, rumah 2 tingkat mungkin sesuai untuk keluarga besar, tetapi penyediaan bilik tidur di tingkat bawah boleh membantu keselesaan penghuni yang lebih berusia.
3. Bajet Pembinaan
- Jangan memilih reka bentuk berdasarkan penampilan semata-mata.
- Tetapkan bajet yang realistik dengan mengambil kira kos pembinaan, kerja tanah, spesifikasi bahan serta keperluan tambahan.
- Jika menggunakan pembiayaan LPPSA atau bank, pastikan perancangan rumah bersesuaian dengan kemampuan dan syarat pembiayaan.
4. Keselesaan Untuk Jangka Panjang
- Rumah bukan dibina untuk digunakan setahun dua sahaja.
- Rumah yang kelihatan menarik hari ini mungkin kurang praktikal apabila usia meningkat atau keperluan keluarga berubah.
- Sebab itu, penting untuk memilih reka bentuk yang bukan sahaja cantik tetapi juga selesa dan mudah diselenggara.
Soalan Lazim (FAQ) Tentang Jenis Rumah
Rumah setingkat atau 2 tingkat, mana lebih murah?
Tiada jawapan yang tetap. Rumah setingkat mungkin mempunyai struktur yang lebih ringkas, tetapi memerlukan kawasan asas dan bumbung yang lebih luas bagi keluasan lantai yang sama. Rumah 2 tingkat pula memerlukan struktur lantai atas dan tangga. Kos sebenar perlu dibandingkan melalui pelan serta sebut harga yang setara.
Adakah rumah tiang tinggi sesuai untuk kawasan banjir?
Rumah tiang tinggi boleh membantu mengurangkan risiko air memasuki ruang kediaman utama jika aras lantai direka berdasarkan penilaian banjir yang sesuai. Namun, ia tidak menjamin keselamatan sepenuhnya daripada banjir besar, hakisan atau kerosakan utiliti.
Berapa keluasan tanah yang diperlukan untuk rumah 2 tingkat?
Ia bergantung pada keluasan rumah, bentuk lot, anjakan bangunan dan syarat pihak berkuasa tempatan. Sebagai panduan perancangan, Mahligai Idaman mencadangkan keluasan lantai rumah 2 tingkat bermula sekitar 2,500 kaki persegi, namun keperluan sebenar perlu dibincangkan berdasarkan projek.
Bolehkah rumah tiang tinggi mempunyai ruang parkir di bawah?
Boleh dipertimbangkan jika reka bentuk struktur, ketinggian ruang, akses dan syarat kelulusan membenarkannya. Walau bagaimanapun, ruang parkir di bawah rumah masih boleh terdedah kepada banjir. Penggunaannya perlu mengambil kira keselamatan dan pelan pemindahan kenderaan.
Adakah rumah setingkat sesuai untuk keluarga besar?
Ya. Rumah setingkat boleh mempunyai empat, lima atau lebih bilik tidur jika keluasan tanah, bajet dan susun atur mengizinkan.
Bolehkah rumah setingkat ditambah menjadi 2 tingkat kemudian?
Ia mungkin boleh dilakukan, tetapi bukan semua rumah direka untuk menanggung penambahan tingkat. Jika anda merancang penambahan pada masa depan, maklumkan kepada arkitek dan jurutera sejak awal supaya keperluan struktur dapat dinilai. Sebarang penambahan tingkat kemudian juga memerlukan semakan struktur serta kelulusan yang berkaitan.
Rumah mana paling sesuai untuk warga emas?
Rumah setingkat biasanya lebih mudah diakses kerana ruang utama berada pada satu aras. Rumah 2 tingkat masih boleh sesuai jika bilik tidur dan kemudahan penting disediakan di tingkat bawah.
Bolehkah bina ketiga-tiga jenis rumah menggunakan LPPSA?
Pembiayaan pembinaan rumah atas tanah sendiri boleh dipertimbangkan melalui kemudahan LPPSA tertakluk pada kelayakan pemohon, kategori pembiayaan, dokumen dan syarat semasa. Jenis reka bentuk rumah sahaja tidak menjamin kelulusan. Pelan, kos projek dan dokumen teknikal perlu memenuhi keperluan pihak pembiaya.
Adakah rumah tiang tinggi lebih sejuk?
Ruang terbuka di bawah rumah boleh membantu pengudaraan pada sesetengah reka bentuk. Namun, keselesaan suhu dalaman juga dipengaruhi orientasi rumah, penebatan bumbung, tingkap, pengudaraan silang dan bahan binaan.
Bolehkah saya memilih reka bentuk rumah sendiri?
Ya. Jika anda membina rumah secara custom design, susun atur dan konsep rumah boleh dirancang mengikut keperluan keluarga, tertakluk pada kesesuaian tapak, bajet, keperluan teknikal dan kelulusan.
Masih Keliru Nak Bina Rumah Setingkat, 2 Tingkat atau Tiang Tinggi?
Mahligai Idaman Development Sdn Bhd dapat membantu anda, bakal pemilik rumah merancang pembinaan rumah atas tanah sendiri di Kelantan dan Terengganu.
Khidmat konsultasi adalah adalah percuma bersama pakar bina rumah kami dan tiada komitmen diperlukan untuk perundingan awal!
Klik link di bawah sekarang!!!

