Perlukah saya mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah?

Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah. Sekiranya tiada tanah sendiri, pihak kami akan memaklumkan kepada individu yang berminat sekiranya terdapat tanah lot banglo untuk dijual dan mereka boleh menggunakan pinjaman untuk membiayai pembelian `tanah + banglo'.

Perlukah saya mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah?2019-07-09T06:25:11+00:00

Tanah bagaimanakah yang sesuai dibeli untuk dimajukan?

Ada beberapa kriteria yang perlu dilihat dan dipastikan sebelum anda memilih tanah untuk dibeli dan seterusnya dimajukan. Anda perlu memastikan tanah tersebut memenuhi beberapa kriteria; Tanah tersebut bukan tanah pusaka yang masih tidak selesai (proses menjadi rumit dan panjang).

Tanah bagaimanakah yang sesuai dibeli untuk dimajukan?2019-07-09T06:23:50+00:00

Lot tanah saya teriri daripada pasir pantai / tanah gambut. Bolehkah saya membina rumah di atas tanah tersebut.

Bagi tanah yang terdiri daripada pasir pantai atau tanah gambut, kajian lanjut kesesuaian pembinaan rumah atau teknik pembinaan yang sesuai perlu dilakukan dengan membuat Kajian Tanah (Soil Investigation) yang akan diuruskan oleh pakar geologi. Kos untuk kajian ini perlu ditanggung oleh pelanggan. Sekiranya kajian mendapati perlunya penggunaan kaedah lain dalam pembinaan rumah, contohnya penggunaan tiang [...]

Lot tanah saya teriri daripada pasir pantai / tanah gambut. Bolehkah saya membina rumah di atas tanah tersebut.2019-07-09T06:23:07+00:00

Jika saya ingin membina rumah, perlukah saya menukar status tanah pertanian kepada bangunan? PEMBIAYAAN TUNAI

Tidak perlu. PINJAMAN BANK Perlu. Bank hanya menerima geran berstatus Bangunan untuk kelulusan pinjaman PINJAMAN KERAJAAN Tidak perlu kecuali kelulusan pelan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT) mewajibkan penukaran status tanah untuk kelulusan pelan rumah. Walaubagaimanapun, jika tanah dibeli dari pihak ketiga, adalah lebih baik membeli tanah berstatus bangunan kerana nilai pinjaman bergantung kepada nilai penilaian. [...]

Jika saya ingin membina rumah, perlukah saya menukar status tanah pertanian kepada bangunan? PEMBIAYAAN TUNAI2019-07-09T06:21:55+00:00

Geran tanah saya mempunyai ramai penama. Bolehkah saya bina rumah di atas tanah berkenaan dan mendapatkan pinjaman perumahan?

Pinjaman Kerajaan dan Pinjaman Bank Tidak boleh untuk mendapatkan pinjaman perumahan samada pinjaman kerajaan atau pinjaman bank kerana proses pinjaman melibatkan geran tanah berkenaan dicagarkan kepada pihak pembiaya. Cagaran pula perlu di atas nama peminjam sahaja.

Geran tanah saya mempunyai ramai penama. Bolehkah saya bina rumah di atas tanah berkenaan dan mendapatkan pinjaman perumahan?2019-07-09T04:56:27+00:00

Sekiranya syarat kegunaan tanah pada geran saya dikategorikan sebagai jenis pertanian, adakah permohonan saya untuk melakukan pembinaan rumah keatasnya dibenarkan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT)?

Ada PBT yang membenarkan pembinaan rumah di atas tanah berstatus pertanian dan ada juga PBT yang tidak membenarkan pembinaan di atas tanah berstatus pertanian kecuali selepas ditukar status kepada status Bangunan. Bagi PBT yang membenarkan, syarat asas kebenaran bagi tanah lot berstatus pertanian adalah pembinaan untuk sebuah bangunan sahaja dibenarkan di atas tanah lot berkenaan.

Sekiranya syarat kegunaan tanah pada geran saya dikategorikan sebagai jenis pertanian, adakah permohonan saya untuk melakukan pembinaan rumah keatasnya dibenarkan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT)?2019-07-09T04:53:59+00:00

Jika lot tanah milik saya masih belum dipecahkan / dibahagikan, apakah prosedur yang perlu saya lakukan?

Sekiranya tanah berkenaan adalah lot yang besar dan mempunyai ramai penama yang perlu dibahagikan, anda perlu menguruskan terlebih dahulu proses pecah lot atau pecah sempadan supaya geran individu dapat dikeluarkan di atas nama anda. Proses pecah lot boleh dirujuk kepada jurukur-jurukur swasta dan diuruskan oleh mereka.

Jika lot tanah milik saya masih belum dipecahkan / dibahagikan, apakah prosedur yang perlu saya lakukan?2019-07-09T04:53:01+00:00

Tanah saya agak rendah berbanding lot-lot bersebelahan, adakah pihak Mahligai Idaman akan menambun tanah saya sebelum pembinaan rumah dijalankan?

Tidak. Kos pembinaan rumah hanya mengambil kira rumah yang dibina di atas tanah yang sudah rata dan siap sedia untuk pembangunan. Walaubagaimanapun, kami boleh membantu pelanggan menambun tanah dengan kos menambun ditanggung oleh pelanggan.

Tanah saya agak rendah berbanding lot-lot bersebelahan, adakah pihak Mahligai Idaman akan menambun tanah saya sebelum pembinaan rumah dijalankan?2019-07-09T04:49:02+00:00
Whatsapp Team MI
Sila bersetuju dengan 'privacy policy' kami terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.