Ya, pihak kami akan menguruskan proses pendaftaran elektrik dan air untuk rumah pelanggan tetapi kos deposit penyambungan perlu ditanggung oleh pelanggan.

Kos tambahan boleh dikenakan bagi tanah yang jaraknya lebih 300 meter daripada tiang elektrik terdekat. Ini kerana, kos tiang elektrik adalah percuma untuk tiga batang tiang pertama sahaja.

Kos tambahan turut akan dikenakan bagi penyambungan paip air yang terletak di seberang jalan rumah atau jarak yang lebih jauh.