Tempoh pembinaan sesebuah rumah bergantung kepada keluasan rumah tersebut. Kebiasaannya untuk rumah berkeluasan 2000 kaki persegi, tempoh pembinaan rumah memakan masa selama 7-8 bulan.

Walaubagaimanapun, tempoh kontrak pembinaan standard Mahligai Idaman adalah 18 bulan daripada tarikh kelulusan pinjaman perumahan atau bermula daripada tarikh penyerahan 10% deposit harga rumah bagi pelanggan yang membuat pembiayaan tunai. Tempoh ini mengambil kira faktor-faktor di luar jangkaan seperti cuaca dan juga mengambil kira tempoh mencapatkan Sijil Kesiapan dan Pematuhan (CCC).