Tips Pengeluaran KWSP Bagi Membina Rumah

/, Berita Semasa, Tips Bina Rumah, Uncategorised/Tips Pengeluaran KWSP Bagi Membina Rumah

syarat pengeluaran kwsp untuk membina rumah, pengeluaran kwsp untuk ubahsuai rumah, pengeluaran kwsp akaun 2, pengeluaran kwsp akaun 2 untuk bayar hutang, pengeluaran kwsp akaun 2 untuk peribadi, semak kwsp, pengeluaran kwsp skim pencen, pengeluaran kwsp untuk pendidikan,bina-rumah-dengan-pengeluaran-kwsp, semak kwsp pengeluaran kwsp akaun 2 untuk peribadi pengeluaran kwsp untuk ubahsuai rumah pengeluaran kwsp akaun 2 untuk bayar hutang pengeluaran kwsp umur 50 pengeluaran kwsp skim pencen pengeluaran kwsp untuk membeli rumah pengeluaran kwsp untuk pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ini admin Mahligai Idaman akan kongsi sedikit mengenai tips pengeluaran KWSP untuk membina rumah. Bagi anda yang masih baru dalam sektor ini, Banyak perkara yang perlu anda ketahui seperti kelayakan permohonan, jumlah yang boleh dikeluarkan dan lain-lain. Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun II untuk membiayai pembinaan sebuah rumah seperti berikut:

Pembinaan secara perseorangan atau Pembinaan secara bersama suami/isteri.

Kelayakan Permohonan bagi membuat permohonan pula adalah seperti berikut :
• Ahli warganegara Malaysia
• Ahli warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula.
• Ahli bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
• Ahli bukan warganegara Malaysia yang mendapat status penduduk tetap Malaysia (PR).
• Anda mempunyai baki simpanan dalam Akaun II anda dan anda juga mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran ini diterima oleh KWSP

Anda tidak layak memohon sekiranya anda membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja atau Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada

Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan

Anda boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut,
• Pembinaan Secara Perseorangan.
•Amaun perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada kos bina rumah atau
Semua simpanan dalam Akaun II.

Pembinaan Secara Bersama Suami / Isteri

Amaun perbezaan di antara kos bina rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% lagi daripada kos bina rumah atau Semua simpanan dalam Akaun II pemohon masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan di atas. Sekiranya anda mengambil 100% pinjaman perumahan, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak 10% dari kos bina rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah. Sekiranya anda membina rumah secara tunai, anda layak mengeluarkan simpanan sebanyak jumlah kos bina rumah dan tambahan 10% dari kos bina rumah atau semua simpanan dalam Akaun II, mengikut mana yang lebih rendah. Anda juga boleh memilih untuk menentukan jumlah yang ingin dikeluarkan daripada simpanan Akaun II, tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan dengan mengisi Surat Akujanji Pilihan Amaun Pengeluaran.

Kekerapan Pengeluaran.

Pengeluaran ini hanya dibenarkan untuk rumah pertama sahaja. Bagaimanapun, jika anda pernah membuat pengeluaran sebelum ini untuk membina rumah pertama dan kemudiannya telah menjual rumah tersebut, anda boleh membuat pengeluaran untuk membina rumah kedua. Bukti penjualan rumah pertama hendaklah dikemukakan. Selepas pengeluaran ini, anda layak mengeluarkan simpanan untuk mengurang/ menyelesaikan baki pinjaman bagi rumah yang sama sekali setahun dari tarikh pengeluaran terakhir.

Sebagai Kesimpulan, setiap orang ada matlamat pengurusan kewangan yang berbeza. Sudah pasti bukan semua orang bersetuju dengan pendapat saya berkenaan pengeluaran KWSP untuk bina rumah di atas ini. Namun apa yang nak saya tekankan adalah, dalam membuat keputusan yang melibatkan status kewangan anda, anda perlu mempunyai sebab yang kuat di sebalik setiap pilihan yang anda lakukan.

Pilihan anda mungkin berbeza dengan orang lain, tapi anda perlu tahu kenapa anda memilih keputusan berpandukan point-point yang nyata boleh dibentangkan oleh anda sendiri. Jika anda sendiri ragu-ragu dengan pilihan anda, masa depan kewangan anda akan bergantung kepada skim yang anda pilih, dan bukan anda yang berkuasa menentukan status kewangan anda sendiri.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini.
Dijemput masukkan komen atau soalan berkenaan artikel ini di ruangan komen di bawah.

By |2017-10-02T11:48:29+00:00October 27th, 2016|Categories: Artikel Umum, Berita Semasa, Tips Bina Rumah, Uncategorised|12 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

12 Comments

  1. anna November 7, 2017 at 12:52 am - Reply

    Apakah document yg perlu dibawa utk memohon pengeluaran KWSP utk membina rumah?

    • Admin
      Admin November 7, 2017 at 11:03 am - Reply

      Dokumen yang diperlukan
      1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL)(D5)
      2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
      3. Maklumat Akaun bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank / penyata akaun bank / salinan akaun semasa membuat permohonan pengeluaran)
      4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

      untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan ini, encik boleh tekan link ini https://goo.gl/qoATwR

  2. azhirah January 11, 2018 at 1:53 pm - Reply

    Saya telah membeli rumah ke dua dengan pinjaman bersama suami ke atas bank. Boleh kan saya memohon pngeluaran akaun 2 untuk pengubahsuain rumah ke dua y di beli ini?

    • Admin
      Admin March 20, 2018 at 10:31 am - Reply

      Pinjaman kedua adalah membeli harta kedua atau membuat kerja ubahsuai rumah (pilih salah satu) tertakluk kepada syarat pinjaman kedua dan ubahsuai.

  3. azmi January 25, 2018 at 4:19 pm - Reply

    kalau tanah masih nama ayah blh kah kita buat rumah utk keluarkan wang kwsp

    • Admin
      Admin January 28, 2018 at 9:39 am - Reply

      Buat rumah boleh..rasanya tidak ada apa-apa masalah

  4. Mohd Safaris bin Ismail February 3, 2018 at 10:15 pm - Reply

    Jika tanah atas nama ayah,bolehkah saya buat pengeluaran kwsp..untuk kerja baiki dan ubah suai rumah,sekiranya boleh,dokumen apa yang perlu saya submit..

    • Admin
      Admin February 7, 2018 at 9:59 am - Reply

      untuk mendapatkan kepastian encik perlu rujuk org kwsp berkenaan dokumen yang diperlukan untuk keluarkan duit sperti borang pengeluaran. Cuma bagi pengeluaran duit kwsp ni dia kena selesaikan diperingkat pelan sehingga siap sebutharga kerana kwsp dia nak tengok bukti betul ke tidak kita nak keluarkan duit untuk baiki @ bina rumah tu.

  5. ebol@boy bin juanis March 16, 2018 at 8:19 pm - Reply

    saya pernah pergi ke pejabat kswp, saya tanya pasal pengeluaran akaun 2 untuk membina rumah sebab saya belum ada rumah dan masih menumpang, dia kasih borang yang biasa untuk pengeluaran tu tapi dia bilang mesti tu rumah 80% siap, jadi macam mana begitu , saya tiada duit untuk buat rumah yg 80% siap , mohon penerangannya

    • Admin
      Admin March 20, 2018 at 10:22 am - Reply

      Encik perlu guna duit modal encik dahulu sehingga 80% baru boleh claim.

  6. Naina Nisaa May 7, 2018 at 4:10 pm - Reply

    Jika kos bina rumah di atas tanah sendiri ialah rm100k dan jumlah pinjaman utk bina rumah tersebut hanya layak rm60k sahaja, berapakah jumlah yang boleh dikeluarkan daripada akaun 2 kwsp?

    Terima kasih.

    • Admin
      Admin May 7, 2018 at 4:32 pm - Reply

      Jumlah yg boleh keluar ialah rm 40k shj untuk topup baki beza dari harga rumah…Tu pun jika kwsp dia ada 40k…kalau ada 30k…setakat tu je bleh buat keluar

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +