Haji Wan Sukri bin Wan Othman
Pengasas (CEO),
Mahligai Idaman Sdn Bhd.
Sejak ditubuhkan dari tahun 2008, Mahligai Idaman telah berkembang menjadi antara kontraktor pembinaan rumah paling diyakini di negeri Kelantan & Terengganu.
Saya amat berbangga dengan seluruh kakitangan kami dalam mambantu menaikkan misi dan visi syarikat untuk menjadi peneraju pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti tinggi.
Syabas & Tahniah !!
Pengenalan
Ditubuhkan pada Julai 2011, MAHLIGAI IDAMAN SERVICES (KT0294993-M) adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001).
Syarikat ini telah ditubuhkan secara perkongsian dan salah seorang pengarah syarikat, Haji Wan Sukri bin Wan Othman juga merupakan pengarah syarikat MAHLIGAI IDAMAN CONSTRUCTION (KT0247997-T), syarikat pembinaan rumah yang telah beroperasi di Kelantan sejak Oktober 2008.
Pada tahun 2018, MAHLIGAI IDAMAN SERVICES (KT0294993-M) telah dinaik taraf kepada MAHLIGAI IDAMAN DEVELOPMENT SDN BHD (1263469-H) dimana syarikat telah menunjukkan perkembangan yang baik dari tahun ke tahun. Mahligai Idaman juga akan memastikan sistem pentadbiran syarikat yang teratur supaya syarikat lebih berdaya saing dan dapat mengukuhkan keupayaan untuk terus maju ke depan.
Misi
➡️ Beriltizam menjadikan syarikat berdaya maju yang mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan sepanjang masa.
Visi
➡️ Memastikan kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh tenaga mahir.
➡️ Memastikan kerja-kerja pembinaan menepati spesifikasi tepat.
➡️ Berusaha memastikan perlaksanaan kerja menepati tempoh masa.
➡️ Sentiasa memberikan perkhidmatan yang mesra.
➡️ Mengenalpasti lokasi tanah yang sesuai dan strategik untuk kediaman.