Sistem Penuian Air Hujan (SPAH)

Tahukah Anda Apakah Itu Sistem Penuian Air Hujan (SPAH) Dan Proses-prosesnya?

Sistem Penuian Air Hujan (SPAH)

Sistem Penuian Air Hujan (SPAH) adalah sistem pengumpulan dan penggunaan semula air hujan yang dikumpul daripada bumbung bangunan yang kemudian disalurkan ke tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan semula untuk tujuan tertentu.

Ia adalah inisiatif terbaik bagi mengurangkan pergantungan kepada air bersih atau air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air. Dengan pelaksanaan SPAH, ribuan ’empangan kecil’ dalam bentuk tangki air hujan akan terbina di bangunan dan akan menyumbang ke arah penjimatan air terawat, pengurangan risiko banjir kilat serta keperluan untuk membina atau menaik taraf lebih banyak empangan.

Sistem Penuian Air Hujan (SPAH) boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara dan kaedah daripada, bermula daripada yang sangat mudah sehinggalah kepada sedikit rumit. SPAH yang paling mudah sebenarnya sudah lama dipraktikkan, malah ia sudah wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Antara contoh Sistem Penuian Air Hujan (SPAH) yang paling dekat dengan kita adalah takungan air hujan dalam tempayan yang digunakan untuk membilas kaki sebelum naik ke rumah, yang biasanya menjadi budaya masyarakat kampung zaman dahulu.

Kawasan tadahan air merangkumi bumbung rumah atau bangunan yang digunakan sebagai laluan air hujan, sebaliknya permukaan lantai luar bangunan, kawasan letak kenderaan, kawasan lapang serta kawasan luar lain juga boleh dijadikan sebagai tadahan tetapi ia tidak sesuai bagi SPAH kerana faktor pencemaran.

Sistem saliran pula perlu untuk mengalirkan air hujan dari kawasan tadahan ke tangki SPAH, manakala tangki simpanan disediakan bagi tujuan mengumpul dan menyimpan air hujan yang biasanya diletakkan di ruang atas, dalam, atas tanah, bawah tanah atau secara berasingan dengan bangunan.

Sistem agihan air hujan pula terdiri daripada rangkaian paip bagi mengagihkan air dari tangki ke tempat untuk kegunaan yang bersesuaian seperti mencurah tandas (flush), menyiram tanaman atau mencuci bangunan,

Melalui penyelidikan yang dijalankan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), mutu air hujan bagi SPAH adalah di dalam julat yang dibenarkan iaitu standard Kelas IIB (sesuai untuk reaksi dan sentuhan badan), bagaimanapun ia tidak sesuai untuk diminum dan mandi.

Kajian NAHRIM juga mendapati penggunaan SPAH berupaya menjimatkan penggunaan bekalan air awam sehingga 40 peratus sehari, sekali gus menyumbang kepada penjimatan penggunaan air terawat untuk jangka masa panjang.

Selain itu, NAHRIM juga mendapati sekiranya SPAH dipasang secara sempurna di kawasan perumahan, ia dapat mengurangkan air larian permukaan (surface runoff) yang memasuki sistem saliran awam sebanyak 10 hingga 50 peratus, yang mana dapat membantu mengurangkan risiko banjir kilat

Ingin dapatkan khidmat konsultansi tentang bina rumah secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔??? Hubungi sekarang pegawai pemasaran kami atau melalui whatsapp dengan KLIK link dibawah:

𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽:

Nak Share Page Ni?

Klik ikon-ikon media sosial di bawah untuk share page ini kepada pasangan, rakan-rakan dan kenalan anda melalui Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain social media dengan menggunakan button share.

Langkah-Langkah Bina Rumah Bersama Mahligai Idaman !

Info

Jumpa kami untuk konsultasi percuma tanpa komitmen untuk membina rumah impian anda. Lihat koleksi pelan-pelan rumah menarik kami dan bincang kesesuaian rumah berdasarkan bajet dan kehendak anda

Pelan

Pelan rumah akan dilukis mengikut spesifikasi pelanggan dan pelan kemudiannya disahkan oleh jurutera bertauliah sebelum dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kelulusan pembinaan.

Loan

Proses pinjaman akan diuruskan pihak kami samada untuk pinjaman kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau pinjaman swasta melalui bank. Pembiayaan secara tunai turut diterima

Bina

Seterusnya, pembinaan akan diuruskan oleh pihak Mahligai Idaman dengan servis terbaik dan urusan pembinaan selesai sehingga rumah menerima Sijil Kelayakan Duduk (SKD).

Info

Jumpa kami untuk konsultasi percuma tanpa komitmen untuk membina rumah impian anda. Lihat koleksi pelan-pelan rumah menarik kami dan bincang kesesuaian rumah berdasarkan bajet dan kehendak anda.

Pelan

Proses pinjaman akan diuruskan pihak kami samada untuk pinjaman kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atau pinjaman swasta melalui bank. Pembiayaan secara tunai turut diterima.

Loan

Pelan rumah akan dilukis mengikut spesifikasi pelanggan dan pelan kemudiannya disahkan oleh jurutera bertauliah sebelum dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kelulusan pembinaan.

Bina

Seterusnya, pembinaan akan diuruskan oleh pihak Mahligai Idaman dengan servis terbaik dan urusan pembinaan selesai sehingga rumah menerima Sijil Kelayakan Duduk (SKD).


Hubungi Kami Sekarang Atau Walk-In Ke Pejabat Kami !

Hubungi pihak kami sekarang untuk penerangan lebih lanjut dan dapatkan khidmat konsultasi secara PERCUMA dengan membuat panggilan terus kepada number telefon di bawah, whatapps, emel menggunakan borang yang disediakan atau anda boleh walk-in ke pejabat kami.

012-9377450

PEJABAT MAHLIGAI IDAMAN KELANTAN
PT 392, Jalan Kuala Krai,
Bandar Baru Tunjung,
(Belakang Bank Islam Tunjong),
Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bharu,
Kelantan.

09-7480888

PEJABAT MAHLIGAI IDAMAN TERENGGANU
Lot 30864, Taman Yayasan Terengganu,
Jln. Lapangan Terbang,
Kg. Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu.

09-6904534