Tips Mencari Kontraktor Rumah Idaman Anda

//Tips Mencari Kontraktor Rumah Idaman Anda

TIPS MENCARI KONTRAKTOR BINA RUMAH.

Pada era ini, bukan mudah untuk mendapat kontraktor yang boleh dipercayai dan mengikut struktur binaan yang baik.

Jika sebelum ini anda sudah mempunyai pengalaman dalam binaan rumah maka akan memudahkan anda untuk mencari kontraktor yang terbaik.

Oleh itu, bagi anda yang tiada sebarang pengalaman dalam berurusan dengan kontraktor.

Anda boleh bertanya kepada jiran-jiran, kawan-kawan, saudara-mara yang pernah mempunyai pengalaman bina rumah dengan kontraktor. Kali ini, saya akan berkongsi beberapa tips penting dalam pemilihan kontraktor binaan yang boleh dipercayai.

bina rumah

Pastikan kontraktor Rumah Mempunyai Lesen

Langkah pertama sebagai pelanggan, anda perlu memastikan kontraktor tersebut mempunyai lesen perniagaan dan lesen kontraktor yang sah. Tidak menjadi masalah jika lesen perniagaan tersebut berdaftar sebagai ‘entreprice’ ataupun ‘sdn bhd’.

Seterusnya, anda perlu memastikan lesen kontraktor berdaftar ataupun tidak berdaftar. Jika lesen itu berdaftar pastikan juga dalam kelas apa lesen tersebut didaftar.

Kerana lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas E atau F. Hal ini bertujuan supaya pelanggan memastikan status kontraktor terlebih dahulu sebelum memilih.

Ia merupakan satu langkah untuk mengelak berlaku perkara yang tidak diingini ketika proses pembinaan rumah seperti kes penipuan, kecurian, dan sebagainya.

 

Pastikan Alamat Kontraktror Betul

Seterusnya, langkah kedua ialah memastikan alamat pejabat kontraktor atau tempat untuk berurusan dengan mereka tidak kira rumah atau pejabat dengan betul.

Hal ini penting kerana ia akan memudahkan anda untuk berurusan dan berbincang dengan kontraktor tersebut. Butiran maklumat kontraktor boleh dikenalpasti melalui kad perniagaan mereka. Dalam kad perniagaan,terdapat butiran maklumat seperti alamat pejabat, nombor telefon pejabat atau personal, nama syarikat, email, facebook, website dan sebagainya.

Oleh itu, menjadi keutamaan kepada pelangaan dengan memastikan cara yang paling mudah untuk menghubungi kontraktor tersebut. Samada melalui pangilan telefon, pesanan mesej atau kunjungi premis perniagaan mereka.

Kontraktor Rumah

Rekod Kerja Syarikat Dalam Bidang Perumahan

Selain itu, anda juga perlu menyelidik tentang hasil kerja syarikat tersebut ke atas pelangannya sebelum ini. Samada mereka mempunyai rekod baik atau buruk.

Anda juga haruslah, memastikan mereka mempunyai rekod yang bersih dalam pembinaan rumah ataupun banglo. Hal ini kerana, bagi kontraktor yang hanya mengubahsuai rumah dan hanya melakukan kerja-kerja kecil. Mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan rumah ataupun pembinaan banglo.

Tambahan lagi,, anda juga boleh melayari laman web syarikat kontraktor untuk melihat rekod projek (portfolio syarikat) sebelum ini.

Pada zaman yang moden ini, banyak kontraktor mengunakan laman sesawang sebagai medium untuk simpanan rekod. Secara automatik dapat menjadikan satu pendedahan kepada pelangan dengan lebih terbuka.

Hal ini sekali gus, juga bertindak sebagai salah satu medium pemasaran syarikat tersebut

Sebut Harga Kontraktor Rumah

Sebagai pelanggan, anda berhak untuk memilih harga sesuai berdasarkan bajet yang anda ada.

Nasihat dari saya adalah supaya pelanggan menyelidik tentang kualiti barang yang digunakan oleh kontraktor .

Terutama mereka yang memberi sebut harga yang rendah. kerana mungkin mereka mengunakan barang yang rendah kualitinya.

Jangan terlampau mengejar sebut harga yang terlalu rendah. Sehingga anda mengabaikan tahap kualiti bahan pembinaan rumah anda.

Kerana hal ini boleh menyebabkan perkara yang tidak berlaku seperti rekahan, runtuh, dan sebagainya.

By |2018-09-20T16:22:40+00:00September 20th, 2018|Categories: Artikel Umum|0 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +