3 Jenis Tombol Pintu WAJIB GUNA

/, Videos/3 Jenis Tombol Pintu WAJIB GUNA

Jenis Tombol Pintu?

Untuk #MONDAYTIPS minggu ini, kita akan review berkaitan tombol pintu. Jangan lupa untuk klik dan lihat dan video yang disediakan di bawah kerana barangan tersebut turut dijual oleh kontraktor bina rumah tersohor !

Terdapat pelbagai jenis tombol pintu..hurmm tetapi kebiasaan orang akan sebut semua nya dengan panggilan satu nama sahaja.Haaa sebenarnya setiap jenis tombol ini berbeza dan ada nama yang tersendiri.

Jenis-jenis Tombol Pintu tersebut ialah :

1.) Front Door Handle-sets / Tombol Pintu Hadapan
Tombol jenis ini terdapat pada bahagian hadapan rumah,bentuk papan/plat kekunci bagi dalam dan rumah adalah berbeza.

Biasanya ia datang dengan ‘design’ yang eksklusif dan pelbagai bagi menaikkan seri rumah anda atau dengan kata lain sebagai unsur tambah bagi nilai estetika rumah anda.

2.) Standard and Medium Duty Tubular Lever Handle-Sets/ Tombol Pintu Bilik dan Bilik air

Kunci pintu ini memiliki handle tuas yang sama di antara bahagian luar dan dalam pintu. Tombol pintu jenis ini lebih mudah digunakan dan sistem kekunci haruslah sesuai dengan fungsinya yang sering digunakan.

Perbezaan antara standard dan medium adalah pada lubang anak kunci. Kebiasaanya jenis medium digunakan di dalam bilik di mana terdapat lubang anak kunci manakala bagi jenis standard digunakan pada bilik air di mana lubang kekunci tidak diperlukan. Namun, semestinya tombol pintu bilik air itu boleh dikunci menggunakan sistem kunci pulas.

3.) Deadlock

Ia berfungsi sebagai kunci tambahan bagi pintu utama dan pintu belakang. Saiznya agak kecil sesuai dengan fungsinya sama seperti mana penyelak pintu biasa. Namun ia lebih bagus dan berkualiti kerana sifat bahannya dan cara pemasangan yang berada di dalam daun pintu.

Sudah tentu terdapat pelbagai lagi jenis tombol pintu yang boleh didapati di pasaran dan mempunyai nama yang berbeza. Namun ia adalah antara tombol yang digunapakai bagi rumah klien #mahligaiidaman.com

Sekian dahulu #MONDAYTIPS minggu ini,

Jumpa lagi isnin hadapan untuk perkongsian yang lain.
Terima kasih

By |2017-11-22T16:33:45+00:00February 22nd, 2017|Categories: Artikel Umum, Videos|Tags: , , , |0 Comments

About the Author:

Admin
Write code !

Leave A Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.

This Is A Custom Widget

This Sliding Bar can be switched on or off in theme options, and can take any widget you throw at it or even fill it with your custom HTML Code. Its perfect for grabbing the attention of your viewers. Choose between 1, 2, 3 or 4 columns, set the background color, widget divider color, activate transparency, a top border or fully disable it on desktop and mobile.
Hubungi Kami ? sila tekan DISINI
+ +