Kadar OPR Naik? jangan Buat Rumah Sekarang!

Betul ke? Seperti kita maklum, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk kali kedua tahun ini dengan ura-ura kenaikan untuk kali ketiga sebelum berakhirnya tahun 2022. Untuk penulisan kali ini, saya hanya ingin menyentuh kesan kenaikan OPR terhadap pembiayaan perumahan sahaja.

Terdapat beberapa pakar hartanah memberikan pendapat bahawa sekarang bukannya masa yang sesuai untuk membeli rumah:-

https://www.sinarharian.com.my/article/212778/berita/nasional/bukan-masa-sesuai-rakyat-beli-rumah

Pendapat saya adalah ini adalah benar dan tidak benar. Kenapa saya berkata demikian? Bagi penjawat awam, mereka tidak terkesan langsung dengan perubahan OPR kerana pembiayaan mereka ditanggung oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) secara kadar rata (fixed rate) dan tidak akan berubah berdasarkan kadar OPR yang ditetapkan oleh BNM.

Dengan kata lain, kadar bayaran balik pinjaman bank sahaja yang boleh berubah mengikut perubahan kadar OPR. Untuk pekerja swasta pula, walaupun mereka terkesan langsung dengan perubahan OPR, kadar OPR ini akan sentiasa berubah bergantung kepada keadaan ekonomi dan dasar ekonomi kerajaan.

Sebagai contoh, pada tahun 2020, kadar OPR telah diturunkan sebanyak empat kali daripada 4.00% sehingga 1.75% – kadar terendah yang pernah direkodkan dalam sejarah.

Mengambil kira tempoh pinjaman perumahan yang biasanya diantara tiga puluh hingga tiga puluh lima tahun, peminjam akan menghadapai kenaikan dan penurunan silih berganti. Jadi, tiada masa yang boleh dikira tepat sebagai ‘masa sesuai’ atau ‘masa tidak sesuai’.

Selain itu, jika anda menunggu sehingga kadar OPR yang anda rasakan rendah sebelum anda membina atau membeli rumah, peningkatan harga rumah saban tahun akibat kenaikan harga bahan binaan dan kenaikan upah tukang akan menjadikan penantian anda sia-sia. Lebih buruk, anda berkemungkinan menanggung harga yang jauh lebih tinggi atas faktor masa tersebut.

Bilakah kenyataan di atas benar? Sekiranya pinjaman yang dibuat adalah untuk pinjaman perumahan kedua, ketiga dan ke atas. Pendek kata, sekiranya pinjaman perumahan dibuat untuk rumah bagi tujuan pelaburan, peningkatan bayaran balik kepada pihak bank boleh menjejaskan pendapatan melalui sewa sehingga anda menanggung ‘negative cashlow’ disebabkan faktor peningkatan bayaran balik.

Situasi lain mungkin lebih berkait kepada perbelanjaan pinjaman-pinjaman bank lain yang anda miliki seperti pinjaman kereta dan pinjaman peribadi yang turut menerima kenaikan akibat kenaikan OPR sehingga menjejaskan kemampuan anda untuk memiliki rumah sekarang.

Apa-apa pun, situasi bagi setiap orang berbeza dan keperluan bagi pembiayaan rumah turut berbeza berdasarkan individu. Pastikan anda merancang kewangan anda sebaiknya dan buat keputusan terbaik untuk membina atau membeli rumah sekarang atupun tidak.

Akhir sekali, jangan lupa untuk berhubung dengan Mahligai Idaman untuk mendapatkan khidmat runding pembinaan rumah secara percuma. Dapatkan e-book koleksi Pelan Rumah Idaman secara percuma dengan cara whatsapp link di bawah dan isi maklumat di dalam Whatsapp tersebut.

Yang Benar,
Wan Mohd Syamim
Ketua Pegawai Khidmat Pelanggan
Mahligai Idaman Development Sdn Bhd